Pages

Saturday, February 21, 2015

Halford S8 selepas 3 tahun

Ramai yang tanya saya...ok tak Halford S8 ni? Ni gamba baru selepas 3 tahun kami menggunakan Halford S8. Sorg umur 4 tahun (15 kg), sorg lagi umur 3 tahun (10 kg). Halford S8 ni memang berat sket..tapi tahan lasak.




Friday, February 20, 2015

Grilled Chicken with Spinach Pesto By Pink Stilettos

Pagi ni saya nak share cara buat pasta pakai Spinach Pesto yg diambil dari blog Pink Stilettos.
Macam sedap plk kan..nanti la ada masa I'll give a try :)

IMG_5689

The recipe didn’t use any garlic tho, but I decided to add a couple because the usual basil pesto recipe uses garlic, and because I think garlic makes dishes taste better, especially veggies. You can even add basil leaves to this spinach pesto if you like, for that herby flavour. The rest of the ingredients are pretty much the same like the usual basil pesto – pine nuts (or you can substitute with walnuts if you don’t have pine nuts), Parmesan cheese and olive oil.

IMG_5697

Making pesto is reaaaally easy. Just toss everything in the blender (or a food processor, if you have one) and zap until creamy. No cooking involved, yay! Well, of course you need to cook the chicken but we’re talking about making pesto here.
Here’s the recipe, adapted from foodnetwork.com.
Grilled Chicken with Spinach Pesto:
2 boneless chicken breasts
2 cups baby spinach leaves
1/2 cups pine nuts, toasted
2 cloves garlic
2 tbsp lemon juice
2 tsp grated lemon peel
1/3 cup olive oil
Salt and pepper to taste
1/3 cup grated Parmesan cheese
Sprinkle the chicken breasts with salt and pepper.
Heat the grill pan on medium heat and lightly oil the pan. Grill the chicken until cooked on both sides (you can also bake the chicken in the oven for about 20 minutes). Transfer to a plate and let cool.
In a blender, combine spinach, pine nuts, garlic, lemon juice and lemon peel and blend. With the blender running, gradually add olive oil until the mixture is creamy. Add salt and pulse lightly. Transfer the spinach mixture into a bowl and stir in the Parmesan cheese. Season with salt and pepper.
Spread the spinach pesto over the chicken breasts and serve.

IMG_5701


IMG_5805
 
You can make this pesto in advance, store it in a jar and keep it in the fridge up to 5-7 days.
And best part is, you can eat this pesto with anything! Pasta, sandwiches, burgers, chicken. I ate it with pasta the other day. Just stir a couple of tablespoons of pesto with cooked pasta in a pan over low heat and it’s ready to eat.

IMG_5819

This has become my new favourite pasta sauce. Yum! Who needs store-bought sauce when you can make your own, right?

Ubat selsema dengan madu dan serbuk kulit kayu manis


Selsema ringan dan berat dapat disembuhkan dengan satu sudu makan madu suam-suam kuku dan setengah sudu the serbuk kulit kayu manis setiap hari selama tiga hari.

Ramuan ini dapat menyembuhkan hampir semua batuk dan selsema kronik serta membersihkan sinus.

Ramai pakar pengubatan yang menasihatkan agar madu dicampur dengan susu untuk mengubati selsema dan khasiat yang cepat pula apabila madu dicampur dengan limau nipis.

Sumber: Page 122, Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku
By: Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi

Dan ini pula doa untuk merawat selsema yang saya ambil dari FB produk Anugerah:-


Berusaha, berdoa & bertawakal, inshaAllah.

Doa untuk Kanser

Assalamualaikum,

Harini saya nak share doa2 yang saya dapat dari doctor Wadi Do'an. Semoga sama-sama mendapat manfaat.

Dan antara penyakit-penyakit yang akhir-akhir ini dapat disembuhkan melalui pengubatan cara al-Quran iailah penyakit kanser. Padahal para doctor telah putus asa untuk mengubatinya, malah ada di antara mereka yang telah menjangkakan umur pesakitnya hanya 2 minggu lagi. Tetapi ternyata jangkaan tersebut seringkali tidak tepat.

Saudara kita tadi telah Berjaya (dengan izin Allah S.W.T) mengubati 118 kes penyakit kanser pelbagai jenis dengan kesembuhan yan g sempurna.

Adapun pengubatan yg kita maksudkan, itu merangkumi pendengaran ayat-ayat suci Al-Quran, mandi dan minum air yang telah dibacakan Al-Quran dan juga menggosok minyak zaitun pada tempat-tempat yang dijangkiti kanser.

Adapun ayat-ayat yang perlu dibaca sebagaimana berikut:-

1. Surah Al-Fatihah (7x)
2. Surah Al-Baqarah, ayat 1-ayat 5 (7x)
3. Surah Al-Baqarah, ayat 163, 164 & 165.
4. Surah Al-Baqarah, ayat 255, 256 & 257
5. Surah Al-Baqarah, ayat 284, 285, 286
6. Surah Al-Imran, ayat 1 - 5
7. Surah Al-Imran, ayat 18
8. Surah Al-Imran, ayat 26 & 27
9. Surah Al-A'raaf, ayat 54, 55 & 56
10. Surah Al-A'raaf, ayat 117, 118 & 119
11. Surah Yunus, ayat 80, 81 & 82
12. Surah Thahaa, ayat 65 - 69
13. Surah Al-Mukmin, ayat 115 hingga 118
14. Surah Ash-Shaaffaat, ayat 1 - 15
15. Surah Ar-Rahman, ayat 31 - 34
16. Surah Al-Hasyr, ayat 21 - 24
17. Surah Al-Mulk, ayat 3 - 4
18. Surah Al-Qalam, ayat 51 - 52
19. Surah Al-Jiin, ayat 3

Cara:
Baca ayat-ayat tersebut sebanyak 7x di hadapan air mandi, air minum & minyak zaitun dengan perincian sebagaimana berikut:-
1. Air mandi untuk 7 hari.
2. Air minum untuk seminggu (3 gelas sehari)
3. Minyak Zaitun untuk digosok selama 21 hari.

Selesai baca surah-surah di atas, diikuti pula dengan bacaan doa dihadapan air/minyak tersebut iaitu:-





Doa untuk mendapat anak lelaki dan perempuan


Doa2 ni saya ambil dari FB produk anugerah. Selamat beramal :-)


Senarai Sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah Cancer


Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser.  Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan  makan.

18. Makanan yang menguatkan anda .. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan  kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai  penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

! Tolong edarkan untuk membantu orang lain
#sharingiscaring

Anak di Tadika Nuri


Alhamdulillah, dengan izin Allah...anak2 saya Adam & Aqeef dah masuk 2 tahun bersekolah di Tadika Nuri. Keputusan kami suami isteri nak hanta ke Nuri memang tepat melihatkan progress mereka yang memberangsangkan. Sebelum ni babysitter yang jaga mereka, tapi bila saya pindah JB..terpaksa lah kami mencari taska/tadika untuk budak berdua ni.

Mula2 kami hanta mereka di Tadika **** Mukmin. Nampak la progress Adam, dah pandai baca doa syifa'. Tapi disebabkan satu incident, saya terus stop immediately hanta kat taska tu then mintak tolong sorang baby sitter ni jaga, masa tu baru tahun 2013. Then melihatkan Adam akan berusia 3 tahun pada 2014..kami decide nak hanta Adam kat Nuri. Kebetulan Nuri terima jugak budak umur 2 tahun. So alang-alang tu masukkan Aqeef sekali.

Masuk beberapa bulan Adam kt sana..memang boleh nampk progress. Dalam usia 3 tahun dia dah kenal colors, shapes, number, alphabets. At the end of 2014, adam dah boleh tulis nama sendiri. Aqeef plk mmg banyak vocab..so dalam usia kalau ikut bulan belum lagi mencecah 2 tahun..dh boleh buat ayat. Kami tak lah expect apa2 memandangkan mereka masih lagi kecil. Tapi melihat progress diorg membuatkan kami hari-hari teruja dan ternanti-nanti apa yang diorg belajar kt school :)

Sedar tak sedar, masuk jer tahun 2015, baru bulan Feb, adam dh boleh menulis dan kenal semua huruf, cuma belum pandai membaca lagi. Aqeef pn dh pandai tulis "A" & "O"...hihi. ok la kan.

 

Wednesday, February 18, 2015

Keputusan Biopsy

Harini 18hb adalah tarikh untuk keputusan Biopsy, selepas hari ke-7..baru saya betul2 tenang. InshaAllah saya tak kan menangis for any possibility. Hubi pegang tangan saya dan air mukanya mengatakan bahawa semuanya baik2 sahaja. Dh la doctor masuk lambat sikit, menambahkan lagi tahap ke'cuakan' disitu.

Dalam pukul 9.45 pagi saya dipanggil, muka doctor tenang. Doktor ckp 'keputusan awk ok, semuanya benign.' Terus sy mengucapkan 'Alhamdulillah'...bersyukur banyak kali. mahu saja saya sujud syukur di situ. Tapi dengan anak-anak ni lagi. Then terus kami arrange untuk next surgery..buang aja lump2 suspicious tu. Kalau ikutkan next appointment adalah setahun dari skrg.

Keluar saja dari bilik doctor, terus saya kol umi..umi pn lega sangat2 mendengar keputusan biopsy saya. Saya tak habis2 mengucapkan terima kasih atas doa umi. Kemudian saya kol pulak Mok (mertua), dia pun tersangat lega mendengar perkhabaran tersebut. Menurut mak mertua saya, dia tak henti2 berdoa buat saya. Alhamdulillah..berkat doa umi & mok..berkat doa ibu:). Then saya msg pulak sahabat sy, Shai dan boss saya, Encik Rashid...orang yang banyak memberi kata2 semangat dan berdoa untuk saya.

Tapi moral disini, Allah cuba menyedarkan saya..bahawa saya agak tersasar jauh sikit dari laluan. Terus saja saya diuji. InshaAllah, saya akan tetap mengamalkan doa-doa yg diberi oleh sahabat dan doctor tadi. Nanti ada masa saya share doa2 tersebut ye.

Tuesday, February 17, 2015

Procedure Biopsy


Hello 2015! :)

Dah masuk bulan Feb baru terhegeh2 nk update blog ye..hihi. Sy very tight with Maybank & GST project..tu yang tak berkesempatan nk update2 blog ni. Tapi saya ada benda nk share dgn semua especially buat pembaca-pembaca wanita semua.

Last 2 weeks kami di office dikejutkan dengan berita sahabat kami disahkan menghidapi kanser payudara. Berita itu betul2 sangat mengejutkan kerana keadaan beliau sangat2 lah sihat. Saya mula cuak..sebab 8 tahun lepas saya mmg ada lump di sebelah kiri namun doctor mengesahkan bahawa lump tersebut tak berbahaya, so mmg xde la saya kena undergo apa2 procedure ultrasound or biopsy selepas tu. Namun lately ni mmg saya terasa sengal2 jugak..especially kalau anak terhantuk di kawasan tersebut..ops. Tambahan berita yang mengejutkan ni mmg menambahkan lagi kerisauan.

So last week 10/2 saya pn pergi Columbia Asia utk breast examine walaupun saya paling takut jumpe doctor dan doctor gigi. Nurse akan tanya kalau kita ni first timer, mmg kena undergo ultrasound dulu..cost dlm RM250 dan di'cover' oleh insurance. Mase ultrasound dengan Doktor Siti (kalau x silap), saya terkejut...bukan 1 lump tp 3 lump yang suspicious. Selama ni saya cuma rasa 1 jer..itu pn kadang2 jumpe..kadang2 tak. 2 lagi lump ni mmg x perasan langsung sbb tak ada tanda2. Hati saya mula gundah. Doktor ckp 'Em...bentuk x berapa cantik!'. Saya tanya 'Mcm mana nk tau bahaya ke tak?'. Doktor ckp kalau ada shadow and ada increase vascularity mmg suspicious. Ya Allah...ujian apakah ini. risaunya dalam hati...mengenangkan anak-anak yang masih kecik. Aqeef yang masih manja. Adam yang masih kuat menangis. Itu jer yang bermain dalam kepala. Doktor Siti enggan mengulas lanjut, dia ckp nanti Doktor pakar breast surgery akan mengulas lebih lanjut.

Dalam pukul 10 pagi selepas ultrasound procedure, saya jumpe dengan doctor pakar breast surgery. Lemah lembut jer doctor ni. Dia tgk report ultrasound dan suggest 3 procedures...tp 2 jer yang saya ingat. 1st biopsy....kedua surgery untuk buang suspicious lump. Tp suspicious lump tu akan dihantar ke klinik untuk ujikaji..selepas seminggu kalau didapati mengandungi sel kanser, doctor akan melakukan surgery yang seterusnya untuk lymph nodes..iaitu mengambil sample dibahagian ketiak untuk melihat sejauh manakah sel kanser telah merebak.

Lemah lutut saya mendengar saranan doctor tu. Risau hanya Allah yang tahu. Kemudian saya mintak masa untuk discuss dengan husband. Sy kol husband dan terus menangis. Saya beritahu apa procedure yang sy kena buat. Mula2 kitorg dicuss nak buat surgery, tapi sorang nurse ni ckp...'Saya suggest puan buat Biposy' dulu. Kalau xde ape...puan xyah la buat surgery'. Last2 saya pn agree. So mlm tu mmg patutnya saya kena tido kat Hospital, sebab biopsy procedure tu keesokan harinya tapi saya mintak blk sebab kesian plk kt husband nak menguruskan anak-anak.

Tapi malam tu saya mmg macam hilang separuh jiwa...down sgt2..asyik menangis siang malam. Saya cakap kt husband mengenai pelbagai possibilities. Saya tanye dia banyak kali..'awak ready ke?' 'adakah awk akan terima saya seadanya?'. Hubi peluk saya...pegang tangan saya..dan mintak saya bertenang. Dia ckp inshaAllah..jangan fikir bukan2. Tapi masakan saya boleh fikir yang baik2 saja sedangkan report ultrasound menunjukkan suspicious. Malam tu saya x blh tido..rasanya pukul 3 pagi saya dah terjaga dan menangis lagi.

Esoknya pukul 5 saya kol umi (mak saya di KL). Saya story kat dia dan mintak umi berdoa agar semuanya baik2 sahaja. Kemudian pagi tu saya hanta husband ke opis sbb dia ada training dan selepas hanta anak-anak, saya masuk semula ke bilik wad. Sambil menunggu tu saya kol mok (mak mertua di Terengganu). Saya mohon dia berdoa untuk saya juga. Mok suruh saya banyak bersabar dan berdoa. Sambil menunggu di wad saya baca surah Al-Fiil & 'Rabbi Yassir Wala tu' assir'... banyak-banyak kali. Kadang2 air mata tumpah jugak. Kemudian dlm pukul 9.30 Doktor pakar breast surgery tu dating melawat. Melihatkan air muka saya yang sungul, dia mintak saya bertenang. Dia ckp 95% keputusan biopsy adalah -ve, so inshaAlllah. Saya Tanya lagi, kalau sel kanser, mmg lump tu akan membesar? Doktor ckp 'Ye'. Nurse sebelahnya pn cakap benda yang sama. So kalau mengikut size lump yng kurang dari 2cm and sebelah lagi kurang dari 1cm inshaAllah..bukan. Tapi hati saya masih lagi risau.

Kemudian dalam pukul 11 pagi, baru saya dipanggil untuk Biopsy procedure dengan Doktor lelaki Chinesse tapi ada Assistant Radiologi perempuan la. Saya tak malu sangat sebab dulu mase melahirkan adam, disebabkan saya ada GBS, so pakar saya mmg doctor lelaki. Mula2 dia scan dulu, then dia sapu krim antiseptic. Kemudian, dia cucuk ubat bius. Masa cucuk ubat bius tu mmg rase la jg, tp xde la smpai nak nangis. Bila dh dibius, dia masukkan jarum untuk ambil sel lump. Masa tu saya mmg tak tenguk langsung jarum tu besar mana...sebab takut saya terlampau takut kalau jarum tu besar sangat. So mata saya memang terarah di bahagian screen ultrasound. Memang Nampak jarum tu sikit demi sikit menghampiri lump. Sebelah kiri memang sangat susah nk tembus. Memang terasa sakit sikit..tp xde la sakit sangat. Cuma sebelah kanan tu tak rase ape2. Selepas habis procedure tu, saya ingat boleh la saya pegi office keesokkan harinya. Tapi masih lagi rasa ngilu..last2 saya ikut saranan doctor untuk cuti berehat 4 hari.

Dalam masa cuti tu, saya masih lagi down..makan tak lalu..asyik menangis3. Hubi memang suruh saya bertenang tapi saya mmg xblh bertenang langsung. Especially bila saya baca banyak articles2 dlm blog. Bila hubi kat office kol jer..saya menangis..dia kol aje saya menangis. Saya mintak maaf banyak2 kat dia sbb saya takut membebankan dia. Hubi ckp 'Awk tanggungjawab saya kan'. Boss saya Encik Rashid pun banyak memberi kata-kata positive..dia suruh saya pergi Hospitak KPJ ambil ujian darah la. Pastu dia suruh jer saya cuti sampai dapat Biopsy result sebab dia rasa saya x blh focus. Saya ckp tgk dulu...saya bukannya apa..team kitorg kecik jer..kalau saya cuti lama mcm mana plk dgn GST & Maybank project kan.

So Alhamdulillah, hari ke-4 saya dh mula calm. Saya mula melayan anak-anak macam biasa. Then saya banyak baca mengenai doa2 merawat sel kanser dan ubat2 yang disyorkan. Hari Ahad, hubi ajak pergi Jusco, pagi tu mulanya saya bad mood lagi. Lepas beli2 barang keperluan, hubi ajak naik level 2. Saya ckp nk buat ape..hubi ckp nk tgk iron Tafel tak? Saya pandang dia..mata berair..hati menangis. Dalam hati saya ckp 'perlu lagi ke iron tafel untuk saya?'..dalam hati jer la..kt mulut tak terluah. Hubi pandang saya memujuk. Last2 dia belikan iron steam tafel yang sblm ni saya nak sangat2..hehe. Masa tu mood macam dh boost sket. Pastu saya ajak hubi ke Kedai jual madu di area Bandar Baru Uda. Menurut kawan saya, kedai ni dibuka oleh sepasang doctor suami isteri. Kalau tak silap isterinya bahagian gynea.

Teruja sangat melihat produk2 dalam kedainya Wadi Do'an. Macam ade..susu kambing, susu unta, kurma, buah tin, habatussauda, sampai buah durian frozen pn ade tau :). Pastu tiba2 ada seorang perempuan menegur saya. Dia tanye ape yang saya cari, kemudian saya tanya..apa yang terbaik untuk merawat barah. Lepas tu perempuan itu cakap nanti dia panggilkan seorg lagi. Saya agak2 yang lagi sorg ni kot doctor. Then dia tanye saya mcm2..pastu sy pn cerita yang saya tgh menunggu result biopsy, saya ckp saya cuma ada lump..tp xde plk tanda2 physical yg menunjukkan ianya cancer...tapi ujian ultrasound menunjukkan suspicious image. Then dia cakap rawatan alternatif yang terbaik untuk BC (breast cancer) adalah minyak zaitun, air zam-zam, apricot dan  durian belanda pn elok. Dia tanye details lagi..apa bacaan ultrasound. Saya pun jawab term 'heterogeneous.....pastu increase vascularity'. Pastu Doctor tu cakap..biasanya kalau image tu abnormal sikit pun..diorg akan suggest buat biopsy sbb takut sebarang possibility. Then dia menasihatkan saya supaya jangan risau sangat. Saya jawab saya x boleh x fikir sbb saya xnk bila terlalu konfiden nanti at the end saya kecewa. Then doctor tu ckp doa banyak-banyak..sembahyang tahajud. Mintak pada Allah. Tapi kalau result tu +ve, saya kena redha sbb tu rezeki Allah kasi. Sekurang-kurangnya kita akan lebih bersedia. Terus saya angguk2 kepala. Seingat saya..dalam tahun ni saya takda bangun buat tahajud lagi. Sibuk sangat dengan urusan dunia yang x habis2. Lepas tu sebelum balik, doctor tu kasi saya copy of Doa merawat Cancer. Sebelum blk, dia tepuk2 bahu dan cakap inshaAllah..xde ape2..nnti update dalam FB kami yer. Saya senyum2 jer.

Buah durian belanda

Balik tu saya bukak penutup air zam-zam & olive oil dan saya bacakan surah2 yang doctor tadi kasi. Pagi2 pukul 4.30 saya bangun sembahyang tahajud. Berdoa banyak2 agak Allah memberi peluang kepada saya. Berdoa agar keputusan Biposy tu -ve sahaja. Then pagi2 tu saya rase bersemangat nak pegi opis walaupun boss suruh saya cuti jer sampai dapat result. Tapi dok rumah pun banyak berfikir nanti. So baik saya pegi office kan.



Saturday, November 8, 2014

Cabaran Kekal Kurus


Naik berat badan senang, nk turunkn berat badan punyela susah...betul tak?
Sebab ramai yang tanye mcm mana nk maintain & nk kasi perut tu x buncit walaupun dh beranak pinak.

Berat sebelum sebelum kawen 48kg, category underweight.
Lepas bersalin....maintain dlm 53-54kg, category berat ideal and maintain dari anak no 1 sampai anak no 3. 
Favourite makanan yg bercheeseee. Suka mkn cheese tart, carrot cake with cheese dan segala mak nenek makanan yg ade cheese la. Seminggu mesti mkn.
Pagi mkn breakfast dgn sejemput kue teow/bihun goreng + telur goreng. Kdg2 breakfast nasi lemak tapi jarang2. Sebulan sekali cmtu. 
Tengah hari amik sesenduk kecik nasi, lebihkan sayur + lauk pauk.
Malam mkn sesenduk kecik nasi.
Tapi selepas makan pagi & tengahari, saya akan amik 2 biji lecithin. Atau pn selepas amakan mkn2 yg bercheese & berlemak, mmg saya akan makan lecithin.
Sebelum makan malam, saya minum sesudu besar ACV (apple cider vinegar) campur dgn air suam.
Senaman, klu rajin saya buat zumba. Ikut jer dalam youtube tu. Pastu parking keta jauh sket, jalan kaki laju2. Klu office ade tangga, usahakan naik tangga. Jgn malas:). Macam office saya tingkat dua, so hari2 memang mendaki tangga. Surau tingkat 7, usahakan jugak naik tangga dari tingkat 2-7 plk lepas tu. Serious memang tercungap & gigil lutut makcik bila sampai tingkat 7 tu, tapi nak maintain punye pasal kan.
Biasakan puasa.


   Tinggi tak surau saya ni....:)

Itula dia al-kisahnyer. Saya kurang percaya slimming centre bagai. Sbb kita ada cara lain yang murah, jimat & x memerlukan kita menghabiskan duit. Bagi saya, kalau ada duit lebih, invest lebih pelajaran anak-anak lagi bagus kan.

Sekian