Pages

Showing posts with label santapan rohani. Show all posts
Showing posts with label santapan rohani. Show all posts

Friday, February 20, 2015

Doa untuk Kanser

Assalamualaikum,

Harini saya nak share doa2 yang saya dapat dari doctor Wadi Do'an. Semoga sama-sama mendapat manfaat.

Dan antara penyakit-penyakit yang akhir-akhir ini dapat disembuhkan melalui pengubatan cara al-Quran iailah penyakit kanser. Padahal para doctor telah putus asa untuk mengubatinya, malah ada di antara mereka yang telah menjangkakan umur pesakitnya hanya 2 minggu lagi. Tetapi ternyata jangkaan tersebut seringkali tidak tepat.

Saudara kita tadi telah Berjaya (dengan izin Allah S.W.T) mengubati 118 kes penyakit kanser pelbagai jenis dengan kesembuhan yan g sempurna.

Adapun pengubatan yg kita maksudkan, itu merangkumi pendengaran ayat-ayat suci Al-Quran, mandi dan minum air yang telah dibacakan Al-Quran dan juga menggosok minyak zaitun pada tempat-tempat yang dijangkiti kanser.

Adapun ayat-ayat yang perlu dibaca sebagaimana berikut:-

1. Surah Al-Fatihah (7x)
2. Surah Al-Baqarah, ayat 1-ayat 5 (7x)
3. Surah Al-Baqarah, ayat 163, 164 & 165.
4. Surah Al-Baqarah, ayat 255, 256 & 257
5. Surah Al-Baqarah, ayat 284, 285, 286
6. Surah Al-Imran, ayat 1 - 5
7. Surah Al-Imran, ayat 18
8. Surah Al-Imran, ayat 26 & 27
9. Surah Al-A'raaf, ayat 54, 55 & 56
10. Surah Al-A'raaf, ayat 117, 118 & 119
11. Surah Yunus, ayat 80, 81 & 82
12. Surah Thahaa, ayat 65 - 69
13. Surah Al-Mukmin, ayat 115 hingga 118
14. Surah Ash-Shaaffaat, ayat 1 - 15
15. Surah Ar-Rahman, ayat 31 - 34
16. Surah Al-Hasyr, ayat 21 - 24
17. Surah Al-Mulk, ayat 3 - 4
18. Surah Al-Qalam, ayat 51 - 52
19. Surah Al-Jiin, ayat 3

Cara:
Baca ayat-ayat tersebut sebanyak 7x di hadapan air mandi, air minum & minyak zaitun dengan perincian sebagaimana berikut:-
1. Air mandi untuk 7 hari.
2. Air minum untuk seminggu (3 gelas sehari)
3. Minyak Zaitun untuk digosok selama 21 hari.

Selesai baca surah-surah di atas, diikuti pula dengan bacaan doa dihadapan air/minyak tersebut iaitu:-





Doa untuk mendapat anak lelaki dan perempuan


Doa2 ni saya ambil dari FB produk anugerah. Selamat beramal :-)


Saturday, January 19, 2013

KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS?


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Wallahualam.

Sunday, October 9, 2011

Amal Jariah Bekalan Akhirat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLjI93LrgxO1jV2tCGJ5jnxUbmriX48jNzpRwmCGiYe5M4sTcc4tLTGAFFcbdOUmp5DYI6Tg5mvlU5Tct5cwD-Cbvrc3verr73WQV8hUsas01RIF9oC8FF4qgUW_-4lsu-H3GLy-cCanw/s1600/syurga2.jpg

KEMATIAN adalah suatu yang pasti dihadapi oleh setiap insan bernyawa. Namun, kematian yang mendatangi manusia itu tidak diketahui detik, masa dan tempatnya. Semua itu termasuk antara rahsia Allah swt.

Firman Allah bermaksud: “Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan.” (Surah Ali Imran, ayat 145).

Luqman al-Hakim pernah berkata kepada anaknya: “Wahai anakku! Urusan yang tidak engkau ketahui bila ia akan menemuimu. Bersedialah sebelum ia datang kepadamu. Ia adalah kematian yang datangnya tidak pernah diundang.”

Kematian ialah proses terputusnya hubungan di antara roh dan jasad.Dr Sidi Gazalba menyatakan bahawa kematian itu ialah proses terhentinya jasmani seperti nafas, perjalanan darah, gerak fikiran, perasaan, tenaga dan lain-lain daripada berfungsi seperti biasa.

Kematian adalah batas sempurnanya roh dalam hidup makhluk. Maut bererti menghilangkan seluruh daya selama roh itu berada dalam genggaman Allah.

Kerahsiaan detik kematian itu adalah rahsia Allah untuk memberi peringatan
supaya manusia membuat persediaan setiap masa sebelum kematian datang menjelma
kerana ia akan muncul secara tiba-tiba.

Lantaran itulah setiap manusia digalakkan beramal sepanjang masa sebagai bekal
pahala yang akan dibawa ke alam barzakh.

Persediaan pahala perlu dibekal sebanyak mungkin bagi menjamin keselamatan dan
keselesaan hidup di alam sana.

Pokok persoalan yang ingin diketengahkan adalah bekalan pahala berpanjangan bagi si
mati walaupun telah menempuh alam kematian.

Hanya tiga perkara yang akan mengikuti jenazah ke tanah perkuburan, iaitu
amalannya ketika hidup, kaum-kerabat dan sanak-saudara serta harta
peninggalannya.

Namun, hanya satu yang akan tetap setia sanggup bersama dan bersemadi dengan si
mati di dalam kubur, iaitu amalannya.

Kaum-kerabat dan sanak-saudara hanya akan menghantar setakat ke tanah
perkuburan, begitu juga dengan harta benda seperti wang, kenderaan dan kemewahan
lain akan segera meninggalkannya sebaik jenazah selamat dikebumikan.

Amalan saja yang akan menjadi teman setia si mati dalam menempuh kehidupan baru
di alam kubur. Jika amal soleh yang dibawa bersama, pasti ia akan memberi
manfaat serta keberkatan yang kelak akan menerangi kuburnya.

Seandainya yang menemaninya itu adalah amal yang jahat, maka sejahat-jahat teman ialah dosa daripada amalan buruk yang akan mendatangkan malapetaka azab di dalam kubur.

Apa yang zahir dan pasti, segala amalan seseorang akan terputus dengan
kematiannya tetapi Rasulullah di dalam hadisnya menyebut tiga perkara yang tidak
akan terputus dengan kematian seseorang.

Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Satu noktah penting yang perlu diambil perhatian ialah seseorang itu telah
meninggal dunia, masih ada peluang untuknya membuat pahala sebagai bekalan
berpanjangan dan berterusan di alam kubur.

Maksudnya, pahala akan tetap bertambah walaupun ketika itu dia berada di dalam
kubur dalam keadaan tidak mampu untuk beramal lagi. Ia ibarat orang yang membina
saluran air dari gunung, air itu akan terus mengalir sehingga bila-bila.

1.Sedekah jariah:
Amalan bersedekah adalah satu perbuatan mulia. Seseorang yang
selalu bersedekah akan mendapat pulangan lumayan di akhirat kelak, bahkan seawal
mungkin ketika masih di alam barzakh. Ketika tidak mampu beramal lagi, sedekah
jariahnya akan tali-menali sebagai ganjaran pahala buatnya. Contohnya seperti
seseorang mengeluarkan hartanya atau menderma dan mewakafkan tanah untuk membina
masjid, surau, sekolah atau madrasah, menanam pokok buah-buahan yang diniatkan
sebagai makanan manusia dan haiwan apabila tumbuhan itu mengeluarkan hasilnya
kelak.

2.Ilmu yang dimanfaatkan:
Ia termasuk seseorang yang mengajar orang lain membuat kebaikan dan orang yang diajar itu melakukannya dengan istiqamah dan kemudian dia mengajar pula kepada orang lain.

Ibarat guru yang mengajar anak muridnya dengan ilmu yang bermanfaat, langsung
terus diamalkan. Itulah yang amat bernilai yang tidak akan terhitung banyaknya
walaupun ketika itu jasadnya telah hancur dimamah bumi.

3. Doa anak soleh:
Doa adalah satu-satunya alat komunikasi di antara orang hidup dengan orang yang telah mati.Penghuni alam barzakh akan sentiasa merindui dan menaruh harapan agar Allah akan mencucuri rahmat ke atasnya melalui doa anak yang soleh setelah semua amalannya terputus akibat kematian.

Terdapat pelbagai kaedah yang diguna pakai dan diterima masyarakat Islam
mengenai konsep berdoa untuk arwah yang telah meninggal dunia. Antaranya, doa yang dipanjangkan ketika solat jenazah, ketika membawa mayat ke
tanah perkuburan, selepas selesai solat fardu dan sunat, doa yang dibaca di
majlis tahlil dan bacaan surah Yasin hadiah buat pahala si mati.

Rangkuman daripada hadis di atas dapat disimpulkan seperti yang dinukilkan di
dalam kitab Syarah Aqidah at-Tahawiyah: Doa orang yang hidup dan disedekah atau ditujukan kepada orang yang telah
meninggal dunia boleh memberi manfaat kepadanya.

Ittifaq (bersepakat) Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa orang mati boleh mendapat
manfaat daripada perbuatan orang yang masih hidup melalui dua perkara, iaitu
punca (sebab) yang diusahakan oleh si mati ketika hayatnya dan doa kaum
muslimin, istighfar, perbuatan sedekah dan haji untuk si mati. (Rujuk kitab
Aqidah at-Tahawiyah karangan ad-Dimasyqi)

Di dalam kitab al-Azkar karangan Imam an-Nawawi ada disebutkan bahawa ulama telah berijma dalam menyatakan bahawa doa orang hidup yang ditujukan kepada si mati sampai kepadanya dan boleh mendapat manfaat daripadanya.

Ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang datang sesudah
mereka (Muhajirin dan Ansar) berdoa: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan
saudara-saudara kami yang telah beriman terdahulu daripada kami.” (surah
al-Hasyr ayat 10)

Nabi Muhammad pernah mendoakan Abu Salamah dan Baginda turut berpesan kepada
ahli keluarga Abu Salamah pada saat akhir hayatnya: “Janganlah kamu meratapi
dirimu kecuali dengan baik kerana malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan.”

Kemudian Rasulullah berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Abu Salamah,
angkatlah darjatnya bersama dengan orang yang mendapat petunjuk, lapangkanlah
kuburnya, sinarilah dirinya di dalam kubur dan berilah pengganti yang baik untuk
orang yang ditinggalkannya.” (Rujuk kitab Bulughul Maram, karangan Ibn Hajar
al-Asqalani)

Inilah yang sepatutnya menjadi resam bagi anak soleh, bukan saja sentiasa
mengambil berat kebaikan atau kebajikan kedua-dua orang tuanya, terutama ketika
kedua-duanya telah menempuh usia tua, menjaganya dari segi fizikal dan
kesihatan, tetapi juga membelai hatinya agar tidak terluka akibat tingkah laku
yang tidak menyenangkan.

Bahkan apa yang lebih penting ialah mendoakan kesejahteraan setelah mereka
meninggal dunia. Anas bin Malik berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tujuh perkara yang akan terus mengalir pahalanya walaupun setelah orang itu meninggal dunia, iaitu orang yang mengajarkan ilmu, orang yang membina parit atau tali air, orang yang membuat telaga, orang yang menanam pokok buah-buahan, orang yang membina masjid,orang yang mewakafkan mashaf al-Quran dan orang yang mendidik anaknya sehingga menjadi orang soleh.”

Orang yang mengajarkan ilmu:
Syarat ilmu yang diajar itu ialah ilmu yang boleh memberi manfaat, sama ada ilmu
agama atau ilmu duniawi. Syarat orang yang mengajar pula mestilah dengan niat
ikhlas kerana Allah, bukannya untuk mencari habuan dunia.


Orang yang membina parit atau tali air:
Ia sama ada dibina sendiri atau secara bergotong-royong. Parit atau tali air itu
akan memberi manfaat kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Orang yang membuat telaga:
Ia dengan tujuan supaya orang ramai dapat memanfaatkan airnya. Membina telaga
boleh dikiaskan juga dengan membina kolah di masjid dan surau untuk kegunaan
mengambil wuduk.

Orang yang menanam pokok buah-buahan:
Selama mana hasilnya dapat dimakan dan dimanfaatkan oleh manusia atau haiwan,
atau pokok itu digunakan sebagai tempat berteduh dari panas terik atau tempat
kediaman burung dan sebagainya, maka pahala daripada semua faedah itu akan terus
kepada orang yang menanamnya.

Membina masjid:
Sama ada secara berseorangan atau menderma untuk pembinaan atau pembesaran
masjid. Termasuk di dalam kategori ini ialah membina surau, musalla, madrasah
dan balai Islam asalkan tempat itu digunakan sebagai tempat beribadat dan
aktiviti keagamaan.


Mewakafkan mashaf al-Quran supaya dibaca oleh orang ramai, sama ada wakaf di
masjid, surau, musalla dan madrasah. Selama mana mashaf itu dibaca dan
dimanfaatkan orang ramai, selama itulah pahalanya akan turut menjadi bekalan
tambahan orang yang mewakafkan itu.

Termasuk di dalam kategori ini ialah mewakafkan buku agama, pakaian seperti
telekung sembahyang, selipar yang digunakan untuk mengambil wuduk, sejadah dan
barang lain yang boleh dimanfaatkan oleh jemaah.

Orang yang mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang soleh. Hanya anak yang
soleh tahu apa tanggungjawabnya terhadap Allah dan kepada ibu bapanya.
Meraka pasti akan menjaga ibu bapa dengan baik, sama ada semasa hidupnya atau
hari tuanya. Tanggungjawab paling utama selepas kematian ibu bapa ialah
mendoakan kesejahteraan dan kebaikan agar ibu bapa ditempatkan bersama golongan
yang mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah swt.

Sebagai kesimpulannya, setiap mukmin mestilah memastikan lingkungan hidupnya
tidak lari daripada konsep beribadah – bukan setakat bekalan pahala sewaktu
hidupnya, malah berusaha meningkatkan kualiti pahalanya agar ada kesinambungan
ketika mereka di alam barzakh nanti.

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada
orang lain.

Wallahualam..

Wednesday, July 13, 2011

process kejadian ahmad adam..:)

Proses Kejadian Anak Adam
Berikut ini beberapa seleksi fotografer Sweden bernama Lennart Nilsson. Dia terkenal dengan gambar-gambar in vivo embrio manusia dan subjek2 kedoktoran lain yang dulu dianggap tidak mampu diabadikan melalui sekeping gambar.
Dia menggunakan sebuah endoskop untuk menghasilkan gambar-gambar menakjubkan ini!
Dalam siri foto ini, dia menguak semua rahsia – bagaimana kehidupan bermula!!! Bukti keagungan Tuhan!!! Subhanallah!!!
Ini bukan ilustrasi, bukan pula hasil ilustrasi.. This is real!!!

Perjalanan panjang sperma menuju sel telur:


Sperma yang telah bersusah payah berenang menghasilkan sel telur..

Pembuahan:

Dinding rahim yang baru dibenih:

Sel telur  menuju dinding rahim:


Embrio mulai terbentuk, disini yang kelihatan adalah awal pembentukan kepala:

Sudah mulai berbentuk:












Manusia sempurna, yang bersedia berjuang melawan hidup…dengan janji-janji kepada Allah.

Tuesday, July 12, 2011

Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…


“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”
“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian.
Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya
.’

Saturday, February 26, 2011

KELEBIHAN BERSELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

p/s:di petik dari trangngkite..

Jangan Bersedih...Jangan Berdukacita

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYNGWTubgndWqnjojDqM4a5oXLrS3D-LQCbHfvhi9dmyzhWeJLlMdrps6zFsK-R05LQOt_xdW7oGQ1y4gxDgEipS8NV3EdToQbH7cXyazNh5qg8fSwH_cv8B3R1S9CfnJNb2KTCiTCDRA/s400/ujian+Allah.jpg

Ya Allah Kenapakah Aku Diuji...?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Sesungguhnya kami telah menguji mereka yg terdahulu dari kamu dan kami mengetahui siapa yg beriman dan siapakah yg berdusta" (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Ya Allah kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan...?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu namun ia mendatangkan kebaikan kepada kamu, dan kamu menyukai sesuatu tetapi mendatangkan keburukan kpd kamu" Allah amat mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya "(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Ya Allah kenapa aku rasa lemah dan kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati... padahal kamu adalah orang yg ditinggikan darjatnya andainya kamu seorang yg beriman"(Surah Ali Imran ayat 139)

Ya Allah aku tidak mampu menghadapi ujian Mu

"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa drpd rahmat Allah melainkan orang yang kafir (Surah Yusuf ayat 12)

Ya Allah sampai bilakah hambaMu akan diuji begini?

"kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan...Sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan ada kemudahan" (Surah Al-Insyirah ayat 5-6)

Makan Dan Minum Mengikut Sunnah Rasulullah SAW



Cara Rasulullah Makan
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
Cara Rasulullah Mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu
Cara Rasulullah Minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

khasiat Kurma & Susu

Khasiat Janggut

Sy baru jer mendapat tahu bahawa janggut ni berkhasiat rupenye..hehe~

Thursday, February 24, 2011

Tasik Yang Akan di Minum airnya oleh Yaajud Dan Maajud

Tasik Yang Akan di Minum airnya oleh Yaajud Dan Maajud


Dalam Surah Al-Kafhi Ayat 83 Hingga 98 ada disebut tentang tembok besi yang dibina oleh Zukarnain bagi menghalang Yaajud Dan Maajud.

"Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.(Al-Kahfi ayat 93)

Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?” (Al-Kahfi ayat 94)

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.(Al-Kahfi ayat 95)

Bawalah kepadaKu ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: “Tiuplah Dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya”.(Al-Kahfi ayat 96)

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi ayat 97)

(setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.(Al-Kahfi ayat 98)

Sememangnya Yakjud dan Makjud akan muncul selepas runtuhnya tembok yang didirikan oleh Iskandar Zulkarnain. Dalam satu Majalah arab yang saya baca saya bertemu dengan satu artikel yang mendakwa bahawa Yakjud dan makjud akan minum air tasik sehingga kering sebelum memulakan perjalanan melakukan kerosakkan di atas muka bumi.dan Tasik itu ialah ialah Tasik yang terdapat di utara Jordan.
Wallahuaklam.
http://gg999gg.jeeran.com/bq3.jpg

Doa siapa yang Mustajab ???


Dikisahkan terdapat dua orang adik beradik lelaki. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba Allah yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang agak pandai dan lebih berketerampilan dari adiknya. Saban hari dia berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada Allah agar dirinya juga kaya raya dan nampak hebat di mata orang.

Si adik pula, tidak begitu pandai. Dia amat lambat dalam banyak hal. Untuk berdoa pun dia menyalin terlebih dahulu di kertas dan doa itulah yang dibaca setiap kali menunaikan sembahyang.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan si abang. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya membina kehidupannya sendiri.

Si abang akhirnya kaya raya, malah bertambah kaya apabila dia memasuki bidang bisnes. Dia sudah mula alpa dengan Allah, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada Allah. Kalau masuk dalam bab perniagaan dan kekayaan dunia, maka bersungguh-sungguh dia memohon doa ke hadrat Allah. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia sungguh istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan akademik yang tidak begitu baik, dia hanya mendapat kerja sederhana, dan terus menetap dan menjaga rumah pusaka. Si adik, walau bagaimana pun dia masih rajin beribadat dan kerap berdoa. Dia masih juga melihat kertas bila berdoa.

Si abang tahu, adiknya rajin berdoa. Tapi si abang memerhatikan hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas di satu hari, ketika si abang menziarahi adiknya, si abang berkata dengan sombong:

“ Aku tengok hidup kau ni tidak pernah berubah. Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, semua doa aku Allah makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas mana nak khusyuk. Tak cukup hebat” tutur abang dengan sedikit lagak.

Adik tersenyum sahaja. Dia suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan beradoa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, adik meninggal dunia. Ketika abang mengemas rumah pusaka, dia terjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Setelah membuka dan menatap isi kandungan kertas itu, air mata si abang gugur satu persatu. Dia merasa begitu hiba bila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abangku”

Ya Allah…

Si abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah malahan tidak meminta apa-apa pun untuk dirinya.

Dia hanya memohon agar segala doa abangnya dimakbulkan. Sedangkan dia sebagai abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan si adik.

Si abang mula menyedari, rupanya,bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh Allah, lantas segala doanya menjadi makbul.

ceramah agama: Fakta Kiamat menurut Al Quran & Hadith

Ptg dlm pukul 5.50..selepas kemas2 meja utk aktiviti 5's, kitorg 3 stooges (me-om-tasha) trun ke Auditorium utk mendengar ceramah yg bunyinya agak menarik berkenaan dgn Fakta Hari Kiamat menurut Hadith & Al-Quran. Penyampaian Ustaz Jamhul Azhar Mulkan yang juga merupakan seorang Doktor graduated from Universiti Al Azhar Mesir yang selamba menyebabkan kitorg semua x kering gusi sbb asyik dok gelak2 jer. Ceramah dimulakan dengan tayangan movie 2012 yg menunjukkan kemusnahan Dunia. Sy pon x tgk lg cerita ni..sbb sy agak2 lebih kurang mcm cerita World of The Wars, lakonan Tom Cruise yg bg sy agak menakutkan tu. 

Kemudian ustaz menyentuh mengenai tanda-tanda kecil and tanda-tanda besar Hari Kiamat secara ringkas disebabkan masa yg diperuntukkan hanyalah 1 jam shj.  Antara tanda-tanda kecil:-
1. Isteri derhaka kepada suami
2. Tasik Tiberia (Galilee) semakin cetek. 
3. Kebangkitan di Tanah Mesir - Seperti yang dapat kita lihat berlaku di Mesir skrg.

Rahsia disebalik keringnya Tasik Galilee(Tasik Tiberia)

Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan- rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memper- kenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)


Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini.Setelah air tasik ini kering ketika itulah Dajal akan muncul dan berlakukan kecelakaan besar kepada umat Islam.

Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan.


Tasik Galilee ini juga dipanggil "Lake of Gennesaret". Juga ada yang memanggil "Lake Kinneret" dan ada yang menyebut "Sea of Tiberias". Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama terendah di bawah paras laut di muka bumi ini. Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai 'sejarah' yang tersendiri.


Diberitakan Tasik ini menuju ke alam 'kontang'. Proses pengontangannya berlaku sejak dari tahun 2000 lagi. Mengikut pemerhatian, proses ini berlaku begitu pantas, bagaimanapun sumber-sumber yang tidak rasmi menyatakan pihak 'Yahudi' telah memohon bantuan badan-badan dunia untuk menaikkan kembali paras tasik ini.

Natijahnya bangsa Yahudi sebenarnya amat takut dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw.hakikatnya mereka amat meyakini kebenaran hadis Nabi akhir zaman cumanya hati mereka amat degil dan keras untuk menerima kebenaran tersebut.
Wallahuaklam...




Wednesday, February 23, 2011

Nabi (S.A.W.) Baring Atas Riba Isterinya

Kadang-kadang orang kita silap persepsi  dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka  menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan  lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini  terbukti silap.

Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu  dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang  malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul  budaya romantis dan kering dalam bercinta.  Yang lebih  ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main  romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya  tahu romantik ketika di atas katil.

Sikap ini berbeza dengan sifat romantis  Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan  isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu  tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk  bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di  ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula  membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala  menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam  keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak  menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya  kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita  tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik  perasaan cinta itu.

Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk  meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri  pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu  sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan  ibunya yang mahu bermanja.

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat  disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan  dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan  keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud  dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat  betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan  berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah  terdahulu.

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang  perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan  undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang  buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam  yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara  fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra  dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda  di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang  berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan  nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba  Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun  Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh  bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan  bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga  menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran  berhampiran dengan najis.



Source:
http://iluvislam.com/Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis:

Ustaz Fathi Yusuf. merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Friday, February 18, 2011

Keutamaan dan fadhilat berselawat atas Nabi SAW

Salah satu amalan yang sangat-sangat digalakkan pada hari Jumaat ialah memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW.
Ada banyak hadith yang menerangkan tentang keutamaan-keutamaan dan kelebihan-kelebihan berselawat ini.
Allah Subhannahu wa Ta’ala telah berfirman di dalam Al-Qur’an yang bermaksud ;
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. 33:56)


Berikut adalah antara hadith-hadith Nabi yang menerangkan keutamaan berselawat.

  • Dari Abu Hurairahzbahwa Rasul Allah Subhannahu wa Ta’ala bersabda ;
“Barang siapa berselawat terhadapku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)
  • Dari Anas bin Malik Radhiallaahu anhu , bahwa Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda ;
“Barang siapa berselawat atasku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, menghapus darinya sepuluh keburukan, dan mengangkatnya sebanyak sepuluh darjat.” (HR Ahmad, an-Nasai dan di shahihkan oleh al-Albani).
  • Dari Abdullah bin Amr bin Ashz ia mendengar Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda ;
“Apabila kamu mendengarkan muadzin maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan, kemudian berselawatlah kepadaku karena barang siapa yang berselawat atasku sekali saja, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah untukku al-Wasilah, sesungguhnya ia adalah kedudukan di Syurga yang tidak layak kecuali hanya untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Dan aku berharap agar hamba tersebut adalah aku, barang siapa yang meminta kepada Allah al-Wasilah untukku, maka berhak atasnya syafaat.” (HR. Muslim)
  • Dari Abu Darda’zia berkata, “Telah bersabda Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam ;
“Perbanyaklah selawat atasku pada Hari Jum’at karena ia disaksikan, dan para malaikat pun menyaksikan. Dan sungguh tidaklah seseorang berselawat atasku, kecuali akan diperlihatkan kepadaku selawatnya hingga ia selesai darinya.” Dia mengatakan,”Aku berkata, ”Dan juga setelah meninggal dunia? Nabi menjawab, ”Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi.”(HR Ibnu Majah dan al-Mundziri menyatakan jayyid)
  • Dari Aus bin Auszia berkata, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda;

”Termasuk hari-hari kalian yang utama adalah hari Jum’at, pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, pada hari itu ditiup sangkakala dan terjadi suara keras yang mematikan. Maka perbanyak-lah selawat atasku pada hari itu, sesungguhnya selawat kalian diperlihatkan kepadaku” (HR. Ahmad dan Abu Dawud, dishahihkan oleh al-Albani)
  • Dari Abu Umamahzdia berkata, ”Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam telah bersabda ;
“Perbanyaklah selawat kepadaku pada Hari Jum’at, karena selawat dari umatku diperlihatkan pada tiap-tiap Hari Jum’at. Barang siapa yang lebih banyak selawatnya kepadaku maka ia lebih dekat kedudukannya dariku.”(HR. al-Baihaqi dihasankan oleh al-Albani).
  • Dari Abu Hurairahzia berkata, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda ;
“Sungguh rugi seseorang yang disebutkan diriku disisinya namun tidak berselawat atasku.” (HR. At-Tirmidzi, berkata al-Albani hasan shahih)
  • Dari Ibnu Abbaszberkata,”Telah bersabda Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam ;
“Barang siapa melupakan (meninggalkan) selawat terhadapku maka akan tersalah dia dari jalan surga.” (HR. Ibnu Majah dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits lain)
  • Dari Husain Radhiallaahu anhu, dari Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda ;
“Orang bakhil adalah orang yang diriku disebut di sisinya namun tidak berselawat kepadaku.” (HR. An-Nasai di sha-hihkan oleh al-Albani)
  • Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata ;
”Wahai Rasulullah, sungguh aku akan memperbanyak selawat atasmu, maka seberapa banyak kujadikan do’aku untuk berselawat kepadamu? Beliau menjawab, “Sekehendakmu” Dia bekata, “Aku mengatakan, “Apakah seperempatnya?” Beliau menjawab, “Terserah kamu, dan jika engkau menambah, maka itu lebih baik bagimu.”
Aku berkata, ”Apakah separuhnya?” Rasul menjawab, ”Terserah kamu, dan jika kamu menambah, maka itu lebih baik bagimu.” Aku lalu berkata, “Apakah dua per tiganya?” Nabi menjawab, “Terserah kamu dan jika kamu menambahnya, maka itu lebih baik bagimu.”
Aku berkata, ”Apakah aku berselawat kepadamu sepanjang hariku.” Beliau bersabada, “Kini telah cukup keinginan dan kesungguhanmu dan Allah mengampuni dosa-dosamu.” (HR. Ahmad dan at-Tirmidzi, ia mengatakan hadits hasan shahih, dan al-Albani menyetujuinya).
  • Dari ‘Amir bin Rubai’ahzia berkata ;
“Saya mendengar Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam berkhutbah dan bersabda, “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka malaikat senantiasa berselawat kepadanya selagi ia masih berselawat kepadaku. Maka seorang hamba boleh menyedikitkan atau memperbanyaknya.”
  • Dari Aliz ia berkata,
“Setiap do’a terhalang, sehingga diucapkan selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad.”(riwayat ath-Thabrani dan dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits yang lain)
  • Dari Umar bin Khaththabz secara mauquf ;
”Sesungguhnya do’a terhenti di antara langit dan bumi, ia tidak naik sama sekali, sehingga disampaikan selawat kepada Nabimu Shallallaahu alaihi wa Salam .” (Riwayat at-Tirmidzi dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits yang lain).
Lihatlah begitu banyak hadith yang memperkatakan tentang keutamaan berselawat terutamanya pada hari Jumaat. Maka apakah tindakan kita setelah mengetahui tentang hadith-hadith ini? Banyak mana kita berselawat dalam sehari?

Berikut ini pula saya senaraikan beberapa faedah, fadhilat atau kebaikan kita berselawat atas Nabi SAW.

Al-Imam Ibnul Qayyim dalam kitab “jala’ul afham” menyebutkan ada lebih kurang empat puluh fadhilat berselawat atas Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam , di antaranya ialah :
  1. Berselawat merupakan satu bentuk pelaksanaan perintah Allah dan selaras terhadap apa yang DIA lakukan iaitu selawat terhadap Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam .
  2. Para malaikat juga menyampaikan selawat atas Nabi.
  3. Orang yang mengucapkan satu selawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam akan mendapatkan sepuluh selawat dari Allah Subhannahu wa Ta’ala .
  4. Pelakunya akan diangkat sebanyak sepuluh darjat, ditulis untuknya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh keburukan.
  5. Apabila dibaca sebelum berdo’a, maka akan sangat memungkinkan untuk dimakbulkan do’a itu.
  6. Menjadi penyebab untuk mendapatkan syafa’at.
  7. Menjadi asbab untuk diampunikan dosa-dosa.
  8. Menjadi asbab Allah memberikan kecukupan bagi keperluan seorang hamba.
  9. Selawat akan mendekatkan kedudukan seorang hamba dengan Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam nanti pada hari kebangkitan kelak.
  10. Selawat disejajarkan pahalanya dengan sedekah kepada orang yang kesusahan.
  11. Selawat merupakan salah satu sebab terpenuhinya hajat.
  12. Dengan berselawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam , maka Allah dan para malaikat juga akan berselawat terhadapnya.
  13. Merupakan pembersih dan penyucian bagi orang yang melakukannya.
  14. Merupakan sebab seorang hamba mendapatkan khabar gembira dengan syurga sebagai balasan menjelang saat dia meninggal dunia.
  15. Menjadi sebab terbebasnya seseorang dari huru-hara pada Hari Kiamat.
  16. Nabi akan membalas ucapan selawat dan salam kepada orang yang mengucapkannya terhadap baginda.
  17. Ia menjadi sebab untuk teringatnya kepada sesuatu apa yang kita terlupa.
  18. Merupakan sebab untuk baiknya sesuatu majlis dan dapat menyelamat-kan dari buruknya sesuatu majlis yang tidak disebut di dalamnya nama Allah.
  19. Menjadi penyebab hilangnya kefakiran.
  20. Menghilangkan sifat bakhil pada seorang hamba.
  21. Dapat menjadikan orang yang mengucapkan selawat terbimbing untuk menuju jalan ke Syurga.
  22. Menjadikan sebab terpancarnya cahaya bagi seorang hamba, ketika melepasi titian ash-Shirath (Titian yang perlu dilepasi pada hari kebangkitan).
  23. Menjadikan seseorang dapat terbebas dari tabiat yang keras dan kasar.
  24. Merupakan penyebab untuk mendapat keberkatan amal dan umur orang yang mengucapkannya.
  25. Menjadi penyebab untuk mendapatkan rahmat dari Allah.
  26. Selawat dapat menjadikan seseorang terus-menerus mencintai Rasulullah dan bahkan akan selalu bertambah cintanya.
  27. Ia akan menjadikan seorang hamba mendapat hidayah dan menghidupkan hati.
Sumber : Kutaib, “Fahlail wa Tsamarat ash-Shalih ‘an Nabi saw,” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan.


Banyak sungguh kelebihan dan fadhilat berselawat atas Nabi SAW ni kan? Sekarang, cuba tanya pada diri sendiri, berapa kalikah kita berselawat ke atas Nabi dalam 1 hari? 100 kali? 50 kali? 10 kali? Atau 1 kali pun kita susah nak berselawat?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal ;)

Monday, December 6, 2010

Doa akhir tahun dan awal tahun..

Selamat menyambut awal Muharam:)
 
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk 
waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
  Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, 
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan 
ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada 
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya 
dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak 
redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya 
di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, 
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku
 melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon 
keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan
 yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau
 menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka 
aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang 
Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima
 taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan 
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah 
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli 
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan 
kesejahteraan ke atas mereka.

************************************************************

 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada 
malam satu Muharram.
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, 
insya Allah dirinya akan terpelihara daripada 
gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:

Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, 
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan 
ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang 
awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu 
yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul 
di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di 
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya
 dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri 
yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang 
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung
 dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang 
mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami 
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan 
 sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, October 26, 2010

Nikmat Bersin, Bahana Menguap Tanpa Tutup Mulut

Filed under Himpunan Hadith, Ingatan, Uncategorized and tagged: adab, akhlak, manusia, nasihat, pahala
Oleh Ibrahim Abdullah

ANAS bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: “Sebab yang seorang mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.
Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma’ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah `alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan `yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa `yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.

Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta. Firman-Nya dalam hadis Qusi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”
Lain bersin, lain pula menguap (tatha’ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap `ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit.

Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.

Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.

Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian Baginda merendahkan suaranya.” Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang flu (selesema).”

Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya’ari pula, berkata: “Seorang Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah: `yahdikumullah wa yuslihu balakum.’”

Berdasarkan hadis ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidayah dan taufik kepada keimanan, dan tidak mendoakan mereka dengan rahmat.

dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun tidak boleh bagi orang yang mendengarnya mendoakannya dengan mengucapkan yarhakumullah.

Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang mereka ucapkan setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas mereka. Maka dengan bersin itu mereka saling mendoakan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaannya.

Dari al-Barra’ bin ‘Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan, menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang bersin, membalas salam, menolong orang yang dizalimi, memenuhi jemputan, dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).