Pages

Saturday, February 26, 2011

Makan Dan Minum Mengikut Sunnah Rasulullah SAW



Cara Rasulullah Makan
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
Cara Rasulullah Mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu
Cara Rasulullah Minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

khasiat Kurma & Susu

Khasiat Janggut

Sy baru jer mendapat tahu bahawa janggut ni berkhasiat rupenye..hehe~

Khasiat Kasturi

Sebelum ni sy mmg ade mendengar psl minyak Kasturi, tp sy x brape nk amek port sbb igtkan minyak tu dr buah limau Kasturi..hihi. Lepas dengar ceramah dari Ustaz (Dr) Jamhul Azhar semalam barulah sy tau yg minyak Kasturi ni hanya boleh didapati dr beberapa binatang seperti Kijang, tikus tp extract dr Kijang la yang paling mendapat sambutan. (Kalau dr tikus..kompem2 ramai yg x sanggup nk gune la kan..he). Sebenarnya Ustaz tertarik un untuk mempromosikan Minyak tersebut setelah pesakit jantungnya yg tgh membuat rawatan sembuh dengan izin Allah selepas menghidu bau minyak Kasturi yg dipakainya sebelum Ustaz menunaikan solat. Puas Ustaz mengulang ICG, namun ICG tersebut tetap menunjukkan perubahan yang amat baik. Dia ade merujuk pekara tersebut dgn seorg pakar dr IJN..x (igt plak namanya), tp menurut pakar tersebut..ini adalah kes pertama selama 30 tahun die berada dlm bidang perubatan Jantung.

Cara Memakai: 
1. Baca Bismillah & selawat 3 kali dan calitkan di anggota tubuh.
2. Atau, Baca Bismillah & selawat 3 kali, calitkan pada jari telunjuk kanan. Celup dalam air kosong lawan arus sebanyak 3 kali. Insya'Allah..dengan izin Allah dapat menghindarkan/menyembuhkan dr penyakit.


Lepas habis ceramah mmg ramai jg yg beli. Maklum la, bukan senang nk dpt..walaupun ade yg ckp blh dpt kt Masjid India..tp kompem ke ORI kan? Lagipun hasil jualan akan disumbangkan ke Sekolah Maahad Mulkan milik keluarga beliau. So, kami pun berniat membeli sambil menderma kan. Dpt jugak saham akhirat:). Ok, jom tengok ape khasiat Kasturi dan details mengenai minyak ini.

Khasiat Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

sumber: Madrasah Darul Atiq


Anugerah kijang jantan

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.




'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

BULU pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.


Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.
"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.
"Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya," ujar peniaga Tarmizi Yusuff, 35, yang ditemui di bazar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Menurutnya, dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang gemar habitat kotor itu.

KASTURI banyak dimanfaatkan dalam pembuatan minyak wangi kerana ia menguat dan memanjangkan hayat haruman.


Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .
Mula menjual kasturi di gerainya sejak tahun 2005, Tarmizi memberitahu dia mendapat bekalan dari seorang rakan niaga dari Nepal. Sebiji 'kantung' kasturi tersebut yang saiznya lebih kurang sebiji bola pingpong dijual pada harga RM30.
"Ada juga kasturi yang berangkai dan harganya antara RM500 hingga RM1,000, bergantung pada bilangan kasturi yang bersambung bersama.
"Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan.
"Lebih istimewa apabila ada pelanggan warga Bangladesh dan Pakistan yang membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan," katanya.
Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.
Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.

TARMIZI menerima pelbagai reaksi daripada pengunjung yang mengamati kasturi yang dijual di gerainya.


Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.
"Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya," kata Tarmizi.
"Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif," ujarnya.



Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.
Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.
Bagi peniaga minyak wangi dan kasturi seperti Tarmizi, dia mengakui ada juga di kalangan pengunjung gerainya yang tidak mempercayai itulah rupa kasturi yang sebenar.
Menyingkap pengalamannya berniaga, kasturi jualannya itu paling kerap dipertikai oleh warga Pakistan yang mengatakan bahawa agak mustahil bagi orang biasa memiliki kasturi dengan mudah, apatah lagi dijual di pasar atau kaki lima.
"Mereka pelik melihat kasturi dijual dengan harga semurah ini di Malaysia.
Kata mereka, kasturi jarang sekali dimiliki oleh orang di jalanan.
"Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit," katanya.

Thursday, February 24, 2011

Tasik Yang Akan di Minum airnya oleh Yaajud Dan Maajud

Tasik Yang Akan di Minum airnya oleh Yaajud Dan Maajud


Dalam Surah Al-Kafhi Ayat 83 Hingga 98 ada disebut tentang tembok besi yang dibina oleh Zukarnain bagi menghalang Yaajud Dan Maajud.

"Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.(Al-Kahfi ayat 93)

Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?” (Al-Kahfi ayat 94)

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.(Al-Kahfi ayat 95)

Bawalah kepadaKu ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: “Tiuplah Dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya”.(Al-Kahfi ayat 96)

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi ayat 97)

(setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.(Al-Kahfi ayat 98)

Sememangnya Yakjud dan Makjud akan muncul selepas runtuhnya tembok yang didirikan oleh Iskandar Zulkarnain. Dalam satu Majalah arab yang saya baca saya bertemu dengan satu artikel yang mendakwa bahawa Yakjud dan makjud akan minum air tasik sehingga kering sebelum memulakan perjalanan melakukan kerosakkan di atas muka bumi.dan Tasik itu ialah ialah Tasik yang terdapat di utara Jordan.
Wallahuaklam.
http://gg999gg.jeeran.com/bq3.jpg

Khasiat Epal Petua Syaidina Ali b Abi Talib

Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.

Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.
Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.*
Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah..

Doa siapa yang Mustajab ???


Dikisahkan terdapat dua orang adik beradik lelaki. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba Allah yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang agak pandai dan lebih berketerampilan dari adiknya. Saban hari dia berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada Allah agar dirinya juga kaya raya dan nampak hebat di mata orang.

Si adik pula, tidak begitu pandai. Dia amat lambat dalam banyak hal. Untuk berdoa pun dia menyalin terlebih dahulu di kertas dan doa itulah yang dibaca setiap kali menunaikan sembahyang.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan si abang. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya membina kehidupannya sendiri.

Si abang akhirnya kaya raya, malah bertambah kaya apabila dia memasuki bidang bisnes. Dia sudah mula alpa dengan Allah, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada Allah. Kalau masuk dalam bab perniagaan dan kekayaan dunia, maka bersungguh-sungguh dia memohon doa ke hadrat Allah. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia sungguh istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan akademik yang tidak begitu baik, dia hanya mendapat kerja sederhana, dan terus menetap dan menjaga rumah pusaka. Si adik, walau bagaimana pun dia masih rajin beribadat dan kerap berdoa. Dia masih juga melihat kertas bila berdoa.

Si abang tahu, adiknya rajin berdoa. Tapi si abang memerhatikan hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas di satu hari, ketika si abang menziarahi adiknya, si abang berkata dengan sombong:

“ Aku tengok hidup kau ni tidak pernah berubah. Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, semua doa aku Allah makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas mana nak khusyuk. Tak cukup hebat” tutur abang dengan sedikit lagak.

Adik tersenyum sahaja. Dia suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan beradoa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, adik meninggal dunia. Ketika abang mengemas rumah pusaka, dia terjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Setelah membuka dan menatap isi kandungan kertas itu, air mata si abang gugur satu persatu. Dia merasa begitu hiba bila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abangku”

Ya Allah…

Si abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah malahan tidak meminta apa-apa pun untuk dirinya.

Dia hanya memohon agar segala doa abangnya dimakbulkan. Sedangkan dia sebagai abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan si adik.

Si abang mula menyedari, rupanya,bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh Allah, lantas segala doanya menjadi makbul.

ceramah agama: Fakta Kiamat menurut Al Quran & Hadith

Ptg dlm pukul 5.50..selepas kemas2 meja utk aktiviti 5's, kitorg 3 stooges (me-om-tasha) trun ke Auditorium utk mendengar ceramah yg bunyinya agak menarik berkenaan dgn Fakta Hari Kiamat menurut Hadith & Al-Quran. Penyampaian Ustaz Jamhul Azhar Mulkan yang juga merupakan seorang Doktor graduated from Universiti Al Azhar Mesir yang selamba menyebabkan kitorg semua x kering gusi sbb asyik dok gelak2 jer. Ceramah dimulakan dengan tayangan movie 2012 yg menunjukkan kemusnahan Dunia. Sy pon x tgk lg cerita ni..sbb sy agak2 lebih kurang mcm cerita World of The Wars, lakonan Tom Cruise yg bg sy agak menakutkan tu. 

Kemudian ustaz menyentuh mengenai tanda-tanda kecil and tanda-tanda besar Hari Kiamat secara ringkas disebabkan masa yg diperuntukkan hanyalah 1 jam shj.  Antara tanda-tanda kecil:-
1. Isteri derhaka kepada suami
2. Tasik Tiberia (Galilee) semakin cetek. 
3. Kebangkitan di Tanah Mesir - Seperti yang dapat kita lihat berlaku di Mesir skrg.

Rahsia disebalik keringnya Tasik Galilee(Tasik Tiberia)

Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan- rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memper- kenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)


Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini.Setelah air tasik ini kering ketika itulah Dajal akan muncul dan berlakukan kecelakaan besar kepada umat Islam.

Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan.


Tasik Galilee ini juga dipanggil "Lake of Gennesaret". Juga ada yang memanggil "Lake Kinneret" dan ada yang menyebut "Sea of Tiberias". Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama terendah di bawah paras laut di muka bumi ini. Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai 'sejarah' yang tersendiri.


Diberitakan Tasik ini menuju ke alam 'kontang'. Proses pengontangannya berlaku sejak dari tahun 2000 lagi. Mengikut pemerhatian, proses ini berlaku begitu pantas, bagaimanapun sumber-sumber yang tidak rasmi menyatakan pihak 'Yahudi' telah memohon bantuan badan-badan dunia untuk menaikkan kembali paras tasik ini.

Natijahnya bangsa Yahudi sebenarnya amat takut dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw.hakikatnya mereka amat meyakini kebenaran hadis Nabi akhir zaman cumanya hati mereka amat degil dan keras untuk menerima kebenaran tersebut.
Wallahuaklam...




Wednesday, February 23, 2011

Nabi (S.A.W.) Baring Atas Riba Isterinya

Kadang-kadang orang kita silap persepsi  dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka  menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan  lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini  terbukti silap.

Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu  dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang  malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul  budaya romantis dan kering dalam bercinta.  Yang lebih  ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main  romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya  tahu romantik ketika di atas katil.

Sikap ini berbeza dengan sifat romantis  Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan  isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu  tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk  bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di  ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula  membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala  menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam  keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak  menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya  kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita  tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik  perasaan cinta itu.

Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk  meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri  pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu  sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan  ibunya yang mahu bermanja.

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat  disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan  dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan  keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud  dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat  betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan  berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah  terdahulu.

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang  perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan  undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang  buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam  yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara  fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra  dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda  di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang  berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan  nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba  Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun  Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh  bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan  bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga  menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran  berhampiran dengan najis.



Source:
http://iluvislam.com/Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis:

Ustaz Fathi Yusuf. merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

AIR ZAM-ZAM : Kelebihan dan Adab Meminumnya

Photobucket - Video and Image Hosting
Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."

Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri oleh gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.

Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

Al-'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudah pun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."

Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)

Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah (lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.

ADAB MEMINUMNYA

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai(kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata: "Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.