Pages

Friday, January 11, 2013

Nak kuruskan badan dengan cara selamat..?

Alhamdulillah, selepas 3 kali bersalin pn berat badan saya masih maintain with less flabby ok.Yer, makcik memang paling takut GEMUK ok! Bukan x pernah gemuk pn..dulu after SPM..tiba2 jer berat naik secara mendadak. Register UIA dengan berat 60kg. Wa..sadissss. Maklum la, cuti SPM tu berbulan2..so mkcik makan tido..makan tido..xde keje lain. Berat turun mendadak bila amik part time kt Ascent Consortium PKNS mase cuti semesta. Turun 8kg...sbb komited sgt dengan keje..ecehh! Lepas tu maintain..smpai la nk kawen jadi 47kg. Lepas jer bersalin anak 1st, berat naik sket 51 kg. Lepas bersalin anak ke-2, berat dalam 53 kg and bersalin yg ketiga ni berat dalam 54kg. Still ideal. Tapi ade hati nak turun sampai 47kg mcm zaman2 anak darrr tu. Lepas bersalin anak ke-3, masuk jer opis..bos puji..'hmm maintain..bagus2'. Ape lagi..berbunge2 mawar la hati makcik..siap sms encik hubi lg.

Ape rahsianye??

1. Set Nona Roguy
Sesetengah orang memang malas nk makan jamu2 ni. Sebab takut panas and effect pada bayi semasa menyusu. Tapi selepas bersalin, jangan la terus makan jamu2 ni. Tunggu after 2 weeks, selepas bayi btol2 free dari jaundice. Phytonatal tu jangan la makan 4 biji sekaligus. Silap2 karang ade yang berkampung kat toilet. Start makan 1 biji pil phytonatal sekali sehari. Teh NR tu jangan tinggal. Minum 4 kali sehari. Pagi, tgh hari, ptg and malam. Barut? Jangan minum and makan sebelum pakai barut..x kisah la nk barut mcm manapun. Kalau x kisah perut anda buncit selepas bersalin, boleh teruskan niat tak pakai barut..hihi. Hasilnye..kompem perut macam mengandung 2 bulan oke. Ni petua dari mak mertua sy yg slim melim tu.



2. Phytonatal NR
Kalau boleh, continue makan phytonatal NR sampai 100 hari, untuk body maintenance jg kan. Badan kita ni kn nak guna lama...in sya Allah:)

3. Phyto Cleanse Plus/ Phytox
After end of confinement, boleh la proceed dengan phyto cleanse plus or phytox. Tp phytox tak boleh makan ketika period ye. Mkn 1-2 month.

4. After 100 days, boleh la start mkn Jamu Mak Dara & Jamu Susut Mak Dara. Perbezaan antara dua ni ialah Jamu Mak Dara Gold mempunyai extract collagen plus dpt menurunkan berat sekiranya dimakan secara konsistent. Manakala Jamu Susut Mak Dara mmg mainly utk kuruskan badan. So mane2 pon bole. Nak makan dua2? pon boleh..tapi dengan aturan yang betul...2 pil Jamu Mak Dara Gold sebelum makan pagi, 2 pil Jamu Susut sebelum makan tengah hari disusuli dengan 2 pil Jamu susut sebelum makan petang. Ha..senang jer kan.


Ala..ni jamu2. Saya x suka makan jamu2 ni! Ha..mungkin ade sesetengah orang yang tak tahan ambil jamu sebab kesan dia yg panas. Bagi yang dah biasa makan, sebenarnye..xde la panas sgt pn kan. Ok..takpe, jangan risau. Masih ade option lain:). Cuba try SHAKLEE produk or FELINNA.

SHAKLEE

Walaupun sy consume Shaklee semasa bersalinkan anak ke-3, phytonatal tetap jg sy amik  sbb phytonatal ni bagi saya sangat mempercepatkan pengecutan rahim which i couldnt find in any other product yet:). Shaklee ni adalah sejenis vitamin yang selamat untuk ibu menyusu selain dapat mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Ok, kali ni sy fokus kepada cara menguruskan badan dengan SHAKLEE. Ade beberapa vitamin yang sy boleh suggest:-

1. Lecithin-Lecithin mampu membakar lemak berlebihan semasa penyusuan berlaku. Kalau kurang menyusu badan Lecithin ini menjadi kurang berkesan.

2. Omega Guard - Ha..product ni saye sukee. Sebab bila consume Omega Guard, badan aka rase panas dan ini akan menyebabkan anda sentiasa rasa dahaga. Ia berfungsi untuk mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan dan menyebabkan anda berasa sentiasa kenyang. Omega Guard juga mampu membantu anda untuk lebih fokus dan ia mengandungi DHA yang baik untuk perkembangan minda kanak-kanak. Kira product ni multifunction la..kuruskan badan + brain development:-)


3.ESP - Product ESP SHAKLEE mmg tak perlu dipertikaikan lagi. Product ni mampu membanyakkan pengeluaran susu badan dan dalam masa yang sama menngurangkan rasa lapar yang keterlaluan jika mengikut aturan makan dengan betul.


OK..macam mane? Ok tak Shaklee? Ape? Malas nk telan2 ubat ni..?? Pulak dah..! Ok..xper..masih ade option lagi..jom cuba Felinna Inchloss nak?

Kenapa Losyen Felinna Inchloss?
1.Selamat untuk ibu yang menyusu badan, sebab losyen ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja.
2. Losyen ini berbau wangiii sangat2..susah nak describe:)
3. Losyen ini tahan lama walaupun pakai dengan kuantiti yang sedikit. Just apply losyen Inchloss ni di seluruh badan atau dikawasan yang anda target untuk dikecilkan. Tak perlu bersenam yang keterlaluan..just jalan2 setempat..kalau kat rumah tu..lepas pakai losyen, cuba anda bergerak aktif, basuh baju, naik turun tangga, masak2 ke. Anda akan dapat merasakan sedikit kepanasan dimana lemak sedang terbakar dengan jayanye. Kalau kurang bergerak, lemak tetap akan terbakar, tp tak se aggresive kalau anda byk melakukan movement. Lepas tu..kalau apply a few drop of Inchloss waktu pagi..klu anda banyak bergerak di waktu petangnye..anda boleh merasakan kesan losyen tersebut masih lagi kekal berfungsi. Boleh dikatakan losyen Inchloss ni memang tahan lama.
4. Losyen ini tidak berminyak. Ini yang paling saya suke..dulu..macam2 losyen sy pakai..tp felinna inchloss ni la yang paling wangi dan tak berminyak. So kalau nk pergi keje tu..xde la bau macam minyak angin kan. Pakai pn org tak perasan...hihi


Option lain, SD II pn ade, tp setakat ni makcik tak pernah try lagi. Nnti kalau makcik dh try..baru makcik boleh kasi testimoni ye.

SELAIN TU???

1. Apple Cider Vineger (ACV)
Boleh cuba minum ACV setengah jam sebelum makan. Saya memang dah lama amalkan ACV ni, Alhamdulillah, badan kurang letih dan rasa lebih bertenaga.

2. Madu + Serbuk kulit kayu manis
Yang ni salah satu cara boleh memaintainkan badan anda. InshaAllah..lemak2 memang susah nak menapak kalau anda amalkan minum madu + serbuk kulit kayu manis secara konsistent.

3. Jalan Kaki
Banyakkan berjalan kaki, kalau boleh, bila time nak pergi keje...parking jauh sikit agar kita boleh berjalan. Then kurangkan naik lif, amalkan turun naik tangga.

LAGI???

1. Berdoa
Kita dah cuba macam-macam cara, jaga permakanan..makan supplement, makan makanan sunnah..tapi jangan lupa untuk berdoa agar kita mendapat berat badan yang ideal dengan niat agar kita lebih mudah menjalankan ibadah dan pekerjaan seharian dengan lebih bertenaga, inshaAllah :-)

Kat sini saya nk share satu doa yang saya dapat dari FB Produk Anugerah, doa untuk menguruskan badan:-


Cara:
1. Baca surah Al-Fatihah (1 kali)
2. Baca Surah Al-Hasyr, ayat 21 - 24 (1 kali)
3. Dan baca doa di atas.

InshaAllah.





Tuesday, January 8, 2013

Authentic Coach Bags/Wristlets/Wallets with installment plan


Please 'LIKE' us on Bungalicious Collections in facebook 

Saya suka beg Coach, tapi saya tak mampu? Saya memang teringin sangat nak bergaya dengan Coach bag/wallets/purse macam orang lain, tapi harga mahal sangat la! Coach bag ni cuma untuk orang kaye kot! Sila buangkan statement itu dalam diri anda kerana kami mampu membantu untuk memberikan yang terbaik!

This album contains pre-order stock for authentic Coach/Prada handbags, wallets & wristlets from UK. An Attractive Installment plan are available:).

*********************************************

For ORDERS AND INQUIRIES:

1. Kindly pm OR email to us: bungaliciousstore@gmail.com
2. Please check with us first on the stock's availability before proceeding with payment.We will advise you regarding booking amount to be made based on the price stated.
3. Once we confirm the availability of the stock, booking payment are required for us in order to process your order.
4. Once booking payment has been made, NO CANCELLATION & REFUND ARE ALLOWED.
5. If booking already made but somehow the item is not available, we will inform you earlier and for this case, booking payment are refundable.
6. All the stated in this folder is mainly for CASH BUYER.

**All the price stated is exclusive of postage charges**

***********************************************

INSTALLMENT PLAN

1. Installment plan are available up until 4 times but subject to the final price. Kindly contact us for further info - bungaliciousstore@gmail.com
2. The ordered-item shall be release once your payment is 100% COMPLETED.

**********************************************

HOW TO PAY?
PM US NOW: bungaliciousstore@gmail.com





Duffle-001


THANK YOU & HAPPY SHOPPING:-))
Duffle-002
Duffle-003

Duffle-004

Duffle-005
Duffle-006

Duffle-007

Duffle-008

Duffle-009
Duffle-010

Duffle-011
RM1120
COACH LEGACY LEATHER DUFFLE SHOULDER BAG TOTE PURSE

Item Descriptions:
Approx. Measurements: 9 3/4 (L) x 13 (H) x 5 1/2 (W)
Inside zip, cellphone and multifunction pockets
Outside back Zippered pocket
Inside Soft Fabric lining
Zippered top closure with Leather pull
Leather shoulder strap with 9 1/2" drop
Converts into longer crossbody strap with 18 3/4" drop
RM650
COACH KYRA NYLON SIGNATURE BACKPACK F16548 HIBISCUS

Item Description:
Signature nylon fabric with patent fabric trim
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Top handle
Snap and drawstring closure, fabric lining
Outside zip pocket and open side pockets
Measurements:
Height 11 1/2’,
Depth 4 ½’
Width 11 ¾’
Coach hangtags
Silver hardware
fabric lining

RM740
COACH Floral Print Tote Pink/Multi, F17148


Item Description:
Floral Print fabric / metallic fabric trim
Inside multi-function pockets
Outside pockets
Zip top closure
Fabric lining
Double Straps
Approx measurements: 13 x 10.5 x 4
Handles 8" drop

 RM690
COACH SADDLE BROWN LEATHER PIECED EW DUFFLE BAG 17489

Item Descriptions:
- Approx. measurements : 12 1/2" (L) x 7 1/4" (H) x 4 3/4" (W)
- Pieced leather
- Inside zip, cell phone and multifunction pockets
- Zip-top closure, fabric lining
- Double strap converts to single long strap for shoulder or crossbody wear
RM820
COACH HAMPTONS WEEKEND STRIPE SHOULDER BAG 19389 PINK GREEN BLUE


Item Description:
Legacy stripe canvas with vachetta leather trim
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Zip-top closure, fabric lining
Handle with 5-3/4" drop
Longer strap for shoulder or crossbody wear
Approx. measures: 12-1/4" (L) x 10-1/4" (H) x 4-3/4" (W)

RM820
COACH HAMPTONS WEEKEND STRIPE SHOULDER BAG 19389 PINK GREEN BLUE


Item Description:
Legacy stripe canvas with vachetta leather trim
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Zip-top closure, fabric lining
Handle with 5-3/4" drop
Longer strap for shoulder or crossbody wear
Approx. measures: 12-1/4" (L) x 10-1/4" (H) x 4-3/4" (W)


RM890
Coach Purse KRISTIN Patent Leather HOBO/Shoulder Tote Bag-19299


Item Description:
Inside zip, cellphone, and multifunction pockets
Zip top closures
Fabric lining
Outside front pocket
Handle with 10" drop
Longer strap for shoulder or crossbody wear with 22" drop
Approx. Measurements: 13” (L) x 9.5” (H) x 3 1/2” (W)

RM1220
COACH MADISON LEATHER LINDSEY SATCHEL- Fuchsia--F18641


Item Descriptions:
Leather
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Zip-top closure, fabric lining
Handles with 6" drop
Longer strap for shoulder wear
Approx. measurements: 15 3/4" (L) x 14 1/4" (H) x 4" (W)
RM760
COACH Signature Stripe Outline C Sateen Convertible Hobo 19442 - Fuschia


Item Descriptions:
Signature fabric with patent fabric trim
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Zip-top closure, fabric lining
Handle with 11" drop
Longer strap for shoulder or crossbody wear
Approx. measurements: 13" (L) x 11" (H) x 4 1/2" (W)

Thursday, December 20, 2012

DIP 01
Untuk sebarang pertanyaan & sebut harga, bolehlah emailkan kepada azirahf@gmail.com. More design will be available in our next updates.. :))

Wednesday, December 19, 2012

Dulang hantaran butterfly untuk disewa:)

 
Salam, sesiapa yang berminat untuk menyewa dulang hantaran butterfly yang comel2 ini..boleh pm saye untuk harga azirahf@gmail.com. Area covered adalah sekitar Klang Valley, Rawang, Bukit Beruntung sahaja.
 

Friday, October 12, 2012

Supplements semasa hamil

Disebabkan aku pregnant rapat2 setahun sorg smpai 3 kali..aku mmg slalu over tired mase pregnantkn bby Aqeef. Blk jer keje mengadu kt umi...penatttt! Before this pn aku mmg x pernah consume any supplements kecuali yg doctor recommend during pregnancy mcm folic acid, vit c, neurogain, iron or obimin/pramilette. Tapi kali ni mmg aku btl2 rase sgt cepat penat especially on 3rd trimester. Nak naik tangga level 4 pn makcik x larat. So untuk mengelakkan keletihan yg amat2 ni aku pn try a few vits after survey2 review by forumer2 & blogger2.

1. Elken spirulina - aku consume 5 biji sehari w/o skip. Alhamdulillah, badan mmg rase bertenaga.

2. Produk shaklee - supplement ni mulanya aku amik sbg preparation utk BF. Tapi lepas consume pill ostematrik, ESP & Omega Guard masa kandungan dlm 6 bln..then aku terus amalkan smpai la selamat delivered. Pil oste (kalsium) mmg x pernah tinggal, sbb after consume oste, kaki mmg x cramp...gusi kurang berdarah dan badan rase cergas lepas bangun tidur. ESP n omega guard plk buat aku rase kenyang dan takde masalah sembelit langsung during pregnancy. Produk shaklee mmg recommended la utk pregnancy & confinement. Set confinement yg aku amik mmg merpercepatkan penyembuhan luka epi. So far, kurang sikit rambut gugur bila mkn Zinc Shaklee.

3. Obimin - yg ni supplied by klinik on every monthly checkup. Org ckp klu mkn obimin bb jadi beso? Hoho..tak kot, sbb bb aqeef ni lahir 3 kilo jer wlpun mkn mcm2 vitamin.

4. VCO Tanamera - Aku makan vco ni tiap2 hari sebulan before giving birth. Tgk review, VCO ni memudahkan kelahiran. Alhamdulillah, dengan izin Allah, mmg mudah:)

5. Neurogain - yg ni aku consume start 3 month of pregnancy. Pastu bila dh start mkn omega guard shaklee, terus stop mkn neurogain.

Semua2 supplements ni aku amik dlm end of 2nd trimester. Awal2 tu cuma makan acid folic bli kt farmasi. Yg aku perasan, lepas consume pill calcium shaklee, tulang bby aqeef ni mmg agak keras dbandingkan dgn abg2 dia. Nk mandi pn senang. Thumbs up to shaklee!:)

Sunday, October 7, 2012

Klinik gomen vs klinik swasta...

Smlm adik Aqeef baru jer cucuk sebulan kt klinik kesihatan kerteh. Masuk ni, dh 3 kali berconfinement kt uma mak mertua. Senang! Kwn2 sume kagum bila sy asyik berpantang kt uma mertua. Hoho..xde spesifik jawapan utk persoalan kenapa sy bptg kt sini. Cuma yg pastinya sy selesa dan MIL n FIL dh mcm mak n ayah sendiri. Umi ade, tp x sanggup sy nk menyusahkan kudrat umi jaga abg adam yg makin lincah and sometimes x terjaga. MIL pn smpai demam sakit urat sbb asyik dukung abg adam yg tgh membesar ni..hihi. Adam plk skrg ni dh banyak akal..tak dpt keluar je nangis..paling tak tahan dia dok lembik kn badan. Mak aihhhh..berat tu nk angkat2. Mase tgh checkup ibu smlm, nurse tu dok ckp next month appointment. Sy ckp x dpt dtg sbb dh blk kl. pastu nurse tu tanye lg, nnti nk checkup & inject bby kt mane? Sy ckp..private. Sbb adam pn mcm tu. Skali nurse lg sorg tu menyampuk..rugi la kalau x g government, bby akan di check everymonth. Pastu nnti kena keluar duit lg klu g private (lebih kurang mcm tu la ayat die). Dari diam, sy terus jawab..oh xpe, bby ni ade ING covered. Maaf, kalau terkasar bahasa yer mesi (panggilan org terengganu utk nurse). Klu u tak sibuk2 td..i senyap jer. Dlm hati, eh suka atila nk pg mane2 pn..bukan ko yg bayar kn! Eh...emo plak tetibe yer..hehe. Biasela, x lepas 44 hari lg kn.

Klu ckp psl private clinic n goverment clinic ni sy mmg dh ade bad experienced. Dulu x kisah pg mane2. Tercongok kt klinik goment smpai 2-3 jam pon takperrr..sabarrrr...aiman x kisahhhh. Lgpun maternity checkup kt klinik gomen tu mmg details, ni yang saya paling suka.

Klu checkup kt government, mula2 letak buku kt kaunter, pastu kena check blood pressure, pastu urine test and hb. Then letak blk buku kt kaunter sebelum dipanggil ke bilik nurse utk measure ketinggian rahim, kendudukan bby and heartbeat. Klu diorg rase kena refer doc, so kena que lg. So abis la masa anda 2-3 jam tengok org..pg sane..pegi sini..pastu tengok org lg, baca readest digest kejap..main2 fb dlm hp. Ok, takpe..aiman x kisahhh ponnnn! Tu belum kena datang hari lain utk ceramah penyusuan dan juga test gula. Ok, xpe..boleh sabar lg. Klu dibanding checkup kt private..mmg x sedetails gomen la, itu yang bagusnya.

Dari pregy yg 1st smpai 2nd mmg sy g checkup gomen. Lgpn boleh mintak time sleep. Mase pregy yg 3rd ni, sy pg gomen jg. Tp saje g lambat2. Masa kandungan 3m sy g private, bila dh 5m baru checkup gomen sbb nk buat buku merah tu. Nasib makcik x kena marah sbb lambat buat buku merah kn. Nurse tu question jg, tp sy ckp x sempat sbb kena g outstation kt obesi;p. Pegi kali pertama, procedure mcm biase. So x kisah pn, managed to smpai opis less than 2 hours. Tp bila 2nd time checkup..sy kena ngn budak praktikal. Haa..time ni la yg bengangnye. Punyer banyak org x keje yg tgh buat checkup, ko kasi aku bdk praktikal?? Dalam hati mmg bersumpah seranah jg la. Sbb aku kena smpai opis within 2 hours, pastu ngn budak praktikal ni dh la mcm x reti sgt nk measure ketinggian rahim. 2-3 kali plak staff nurse kena double check. Kn dh membuang masa tu! Pulak tu, kena tunggu mentor die double check plak, haiskkk..ni mmg cari nahas! Makcik dh la kena cepat smpai opis, ko punye mentor plak terhegeh2 ntah kt mane. Time ni mmg aku bengang tahap gaban dh ni. Sbb kena tunggu mentor die tu. Smpai terkeluar statement, 'eh..cepat sket boleh tak, sy kena smpi opis before 10am'. Praktikal nurse tu ckp 'sabar ye kak..nk tunggu cikgu jap'. Astaghfirullahal adziim, ko igt keje kami ni menunggu cikgu ko ke. Adoiaiiiyy. Dh la 15 minit, nk jer aku blah cmtu jer..tp x proper la plak kn.

Akhirnye mentor dia pun muncul (Senior staff nurse kot), pastu suruh aku baring lg skali nk double check measurement yg dibuat oleh anak muridnye tu. Hmmmmmm..aku mmg dh naik angin gile2 dh time ni. Org nk cepat, ko lg terhegeh2. Prifttt...prfth...sabar2. Pastu lepas check2 tu mentor dia tanye, vitamin sume ade lg tak? Sy ckp ade..semua adeee. Pastu mentor tu mcm tak percaya, dia tanye lg skali 'Ade lg??' dengan muka berkerut mcm tak percaya. Aku ckp adeee..aku mkn obimin. Pastu dia soh aku masuk bilik lg satu utk suntikan kancing gigi. What?? Kena tunggu lg?? Time ni mmg makcik ckp kt mentor tu..takperla..sy g cucuk kt private sbb kena arrive ofis before 10am. Pastu mentor tu question plak, nape sy x g hari lain utk checkup..so tak la rushing2. Ehh..banyak plak ko punye soal. Sy jawab hari lain pn sy busy jg. Mmg sy tgh busy pn..sebab nk dekat sebulan sy ade testing dengan user utk 2 different project. So, aku terlepas la suntikan kancing gigi kt situ, klu x mau kena tunggu lg. next, doa soh aku amik appointment utk next checkup kt luar blk tu. Aku keluar jer..tgk org tgh beratur tunggu nk buat appointment, dh la kaunter tu skali dengan check baby. Masuk buku aku jer dlm berbelas2. Ohh..takde mase mkcik nk tunggu! So aku tinggalkan buku merah yg clinic copied kt dlm bakul tu..and blahh camtu jer without ambil next appointment.

Masa tu mmg dh nekad, this will be the last day aku dtg checkup kt sini. Haa..mmg lepas2 tu aku dh x pg dh pn checkup kt klinik rawang tu. Aku g pusat perubatan naluri. Mmg ramai jg, tp at least aku boleh dtg weekend without need to rushing2 mase office hours kn. pulak tu terbesalin plak kt Naluri...hihi. Adik nk jadi org kl la tu. Diorg pn satu, dlm ramai2 patient, ape kate korg amik patient yg tak bekerja utk nurse2 praktikal ni. Aku pn x ksh klu time tu aku tgh cuti ke ape. Dh la blh dtg weekdays jer..patut consider la sikit. Bukan semua company allow staffnya keluar lama2. Lgpun, bila kita keluar checkup, keje kita tu org lain yg kena backup. Tak ke kesian!

Another bad experienced, mase selepas bersalinkn arwah zahin yg first tu. Jahitan epi langsung x elok...dh la lame, smpai makcik jadi serik nk bersalin kt hospital gomen kt kemaman ni. Masa jahit epi tu punye la lame..mcm nk dekat 1 jam. Bersalin pn x sesakit masa jahit. Serik punye pasal, masa induce nk bersalinkan adam, aku ckp kt nurse tu yg aku nk injection bius byk2 masa jahit epi. Pengalaman kt alfarabi mmg yg paling best setakat ni. Nurse n doc pn friendly. Disebabkan positif kuman GBS, so doc n nurse takde la asik nk seluk2 check bukaan. Tak mcm kat gomen and pusat perubatan naluri. Jahitan pn molek. Yg paling best, aku belajar teknik pernafasan kt sini tanpa memerlukan kelas antenatal. Concept dia senang jer, bila ade contraction..tarik nafas and push without any voices. Bila takde contraction, rileks sekejap.

Itula dia pengalaman2 checkup n bersalin di gomen n private. Takde la nk ckp checkup/bersalin di private adalah yg terbaik pn, it depends. Ikut kemampuan and situation jg. Tp klu based on experienced, lepas2 ni aku mmg g private jer utk chckup;)

Monday, September 24, 2012

Preparation for 44 days of confinement

Sebelum 3-4 bulan nk bersalin, biasenye sy dh ade full listing ape benda brg yg perlu ade semasa berpantang nnti. Maklum la..kita akan berkurung dlm rumah agak lama la jg. So ade baiknye sagala persiapan bayi & ibu kita sediakan awal2. Lagipun sy mmg x blh nk mengharapkan icik hubi beli brg2 confinement tu..krg ade yg tersalah beli plak. Nk suruh beli air horlick 3 in 1 pn..hubi g bli cereal horlick 3 in 1 kn. Hubi klu bab beli2 ni mmg x reeti..sayur sawi pn x knl ok..hehehe (sori ayah...). Bagi saya barang baby & barang ibu sama pentingnye. Berikut adalah brg2 persiapan barang2 ibu untuk selepas bersalin:

1. Jamu nona roguy - sy mmg dh biasa mkn jamu NR especially untuk mengelakkan sembelit. Just take 2 pills before breakfast. Kali ni disebabkan Aqeef bf & ade jaundice, so sy start amik phytonatal selepas bacaan jaundice nya dlm 150 iaitu selepas nurse ckp x perlu lg buat blood test for jaundice. 15 hari tu mmg asyik sembelit je walaupun dh mkn senokot.

2. Full set confinement shaklee - kali ni sy try jg set shaklee sbg supplement penyusuan. Disebabkan bby ade jaundice dan xblh mkn jamu, so sy mkn set shaklee sbg backup. Alhamdulillah, luka mmg cepat sembuh sbb set ni ade vitamin c & zinc untuk menceptkan penyembuhan luka luaran dan dalaman.

3. Bengkung leesa formula - Untuk mengecutkan rahim, sy amalkan bertungku dan berbarut. Bertungku tu sy smpat buat dlm 7 hari jer..tapi berbarut mmg smpai sekarang. Ikut dan, kalau sempat & cuaca x panas...sy pakai bengkung lilit2 leesa formula bersama dengan krim barut nona roguy & minyak herbanika. Klu cuaca panas..sy pakai jer bengkung premium beautiful jer..senang & cepat. Hasilnye mmg perut xde buncit2 ok..hihi.

4. Pati ikan haruan polleney with gingseng- kali ni sy beli 1 kotak jer. Makan pn after jaundice bby dh turun untuk penyembuhan luka dalaman.

5. Pam susu medela - sebelum ni sy mmg x ambil tau pn pasal pam susu yg ok. Sy igt semua sama jer smpai la sebelum bersalin Aqeef ni sy ade dengar ceramah penyusuan di klinik kesihatan rawang. Nurse ckp better beli brand medela sama ade manual or electric sbb hospital recommended. Kalau boleh jgn beli brand pureen or anakku sebab suction utk both product tu x resemble langsung dgn bby suction & menyakitkan. Laa..skrg baru la sy tau kenapa sy mmg rase sakit bila pam smpai x berjaya nk bf bby. Dh la luka & crack. So dsebabkan ade bad experienced, sebulan sebelum bersalin tu sy terus ckp kt hubi nk beli medela freestyle, yg agak mahal. Based on review, ramai yg ckp pam ni ok dan x menyakitkan. Alhamdulillah..now dh almost 1 month guna medela FS..mmg x sakit langsung. Pam yg bagus bukan boleh menjamin pengeluaran susu yg banyak dengan tiba2 ye. Sy pam pd hari pertama selepas bersalin untuk menggalakkan pengeluaran susu, cuma boleh dpt dlm 0.5 to 1 oz jer. Tu pn puas nk pam. Tapi pam medela ni byk membantu sbb x menyakitkan. Now hasil dari kerajinan mengepam sy boleh dpt dlm max 4 oz utk sekali session atas bantuan supplement shaklee, pil ASI & phytonatal bersama doa dan selawat. Dan percaya dengan concept demand & supply. Lagi banyak kita pam or direct feeding, lagi banyak pengeluaran susu.

6. Bra penyusuan.

7. Krim nursing palmers - applied during pregnancy and bfeeding to avoid from nipple crack.

8. Socks - sy mmg rajin pakai sock utk especially during nite untuk mengelakkan badan sejuk. Klu org2 mengurut ckp elok pakai untuk mengelakkan masuk angin & unsur2 yg x elok..wallahualam.

9. Milk storage - brand mlo & jingle jungle.

10. Horlick, soya, susu low fat & enfamama.

11. Coklat - untuk merangsang hormon gembira...;).

12. Pad - kotex night untuk hari 1-10. Intimate slim untuk hari ke 10 ke atas.

14. Kain batik/ skirt.

15. Lappy & ipad - guna lappy bila kena remote pc opis utk buat kije, ipad untuk entertainment.
.
16. Eco bottle tuperwear - untuk simpan air masak.



Rasenye ni jer kot. Brg2 bby tu biasela..utk Aqeef sy beli jg baju baru tp baju abang adamnye pn banyak lagi...;). So sy beli dlm kadar yg sederhana. Cuma lebihkan kpd keperluan seperti stroller, bby carrier, bby rocker. Bby rocker tu sangat la penting kalau anda ade toddler. Dari awal lagi sy & hubi slalu berdiscuss kt mana nk letak adek nnti. Takkan nk letak kt bawah kan..silap2 kena pijak ngn abg adam yg masih dlm category toddler ni. Masa pregnantkn aqeef pn, adam asyik nk kiss perut jer. Dh lahir ni..dia mmg sikit2 nk sayang adiknya. Tak kira mcm mana. Kalau x kasi, mula la adam pe'el..nangis, lembikkan badan. Kitorg bukan la x kasi, tapi takut cara die nk kiss tu..karang pakai panjat jer adik dia. Maklum la, abgnye pn kecik lg..mana tau ape. Itulah cabaran ade anak setahun sorg..ekeke. So sepanjang confinement ni, adiknya kitorg slalu letak kt bilik or dlm rocker. Tp mmg kena sentiase berjaga-jaga. Ade skali tu sy just keluar blk g amek air, bila masuk jer bilik tgk2 adam baru try nk panjat katil. Sy pn biar jer nk tgk dia nk buat ape..rupenye nk kiss adik. Adoiiai..sayang betul. Tp dlm syg2 tu ade jg die pek muka adik die. Kesiann adik aqeef..hihi. Nasib x kuat..cuma adiknye la terkejut.

Adek Aqeef & Abg Adam..




















20 days of confinement..

Hi..i x nmpak cam org tgh confinement kn...thihi. Sempat lg teman icik hubi g makan burger king..nyums. Tapi mustahil teman jer kan..sy pn order gak grill chicken burger plus milo without ice. Baby aqeef mane? Oh..ade kt uma..bby mmg kena berpantang 40 days sbb takut kot kembung ke krg sape yg susah.

Alhamdulillah, pengalaman bersalin dan confinement kali ni mmg agak different compared to previous2 birth. Org ckp lain anak..lain pengalaman kan. Lepas bersalin, hari ketiga aku dh start berurut dengan cik nora, org sungai choh. Baby plk masih di nursery di Pusat Perubatan Naluri sbb on antibiotik for 5 days. Mmg tak sangka bby Aqeef nk jadi org KL. Klu ikutkan, plan nk induce pd 10/9/2012..tapi kita hanya merancang, Allah jua yg menentukan segalanya. Pada 2/9/2012 pagi2 lg perut rase memulas2..igtkan sebab aku dok breakfast cikedis Mr. Potato. Asyik2 nk g toilet jer..kejap2 nk pg..pastu perut x rase contraction sgt pn..biase2 jer. Tp sbb rase memulas cmpur cam rase period pain..terus ku kejut incik hubi.

Aku: awak...sy rase cam sakit perut la..ntah2 dh ade opening kot.
Hubi terus terjaga..smbil terpisat-pisat tu dia jwb 'yer ke?'.
Aku: hmmm..tak la rase sakit sangat..to asik kuar masuk toilet. Rase sakit mcm yg nk bsalinkan zahin aritu.
Hubi: jom g klinik bwh tu la..check opening..
Aku: hmmm...

Sebenarnye aku mengiakan aje..tp 50-50. Tak sure sakit ni braxton hicks ker or sakit nk bersalin. Lepas tu aku mcm tak sure sama ada nk g check opening kt klinik biase ker..or pg terus kt Pusat Perubatan Naluri tu. Sbb kalau x silap aku..bila check opening, mmg boleh merangsang lg opening serviks tu..oh ngeri, kang ade yg terbesalin kt klinik biase plak..huhu. So dlm fikir nk pg mane tu..aku sempat mandi and siap2. Sakit perut memulas masih ade. Based on previous experienced, aku mmg jenis tak pecah ketuban. Yg ade cuma bleeding sikit sgt2. Silap2 boleh tak perasan. Tapi kali ni aku check2 jg kot2 ade darah ape2..mmg xde. Then tgk2 hubi pn dh siap2. Aku ckp kt hubi, baik terus pg Naluri ..sbb takut kot2 dh nk bsalin ke. Pastu hubi ajak terus pg...adam plak tinggal jap ngn opah dia kt uma. Tp sbb takde ape2 tanda..lepas siap2 tu aku tertido kt blk plak dlm sejam lebih. Bgn2 dlm pukul 12 t/hari still rase sakit memulas tu x hilang2. Then bila masuk toilet baru aku perasan ade bleeding sikit. Masa tu terus aku panggil hubi..'awk..mmg dh masa la...'. Hubi yg mmg dh siap sedia tu terus ckp..'jom kita g Naluri terus'. Sebelum pg, sempat aku salam umi n mintak umi doakan agar semuanya dipermudahkan kalau aku bersalin harini.

Sampai jer kt Naluri, aku terus diminta pg ke tingkat 2. Kebetulan ade 2 org nurse yg bertugas, tp suasana kt sane mase tu mmmg agak lengang..mcm x ramai org jer. Aku ckp kt nurse, mana doctor, sy nk check opening..sbb rase mcm semacam and dah keluar tanda. nurse tu ckp, doctor xde..diorg boleh check dulu. Apa2 hal..baru diorg akan call doctor. Nurse tu siap ckp..bukan nk bersalin arini kan. Aku ckp x sure..tapi dh kuar tanda..so nk tau dh ade opening ke blm. Nmpak sgt muka aku cam tak sakit sangat kan.

Check punye check..muka nurse tu dh semacam. Aku ni paling benci bile bab check opening..sakit siot!! Aku tanye nurse...dh ade opening ke? Berapa cm dh ye? Nurse tu ckp 7 cm. Wahhhhhh...biar betul! Dia siap check 2 - 3 kali untuk memastikan kesahihannya. Pastu aku tanye blk..betul ke dh 7 cm? Diorg ckp ha'aa...kena masuk labor room terus. Wahhh...takutnyer. Serious, aku mmg x rase contraction yg kuat pn.

Doctor datang btl2 selepas lepas nurse pecahkan ketuban masa opening serviks dh 10 cm. masa tu 9cm to 10 cm tu barula aku rase contraction yg kuat. Bile doc datang aku mmg dh x tahan sgt dh. Badan mmg menggigil-gigil menahan sakit. Hubi yang setia disisi mmg x putus2 mengurut tangan aku dan memberi kata2 semangat. Bila doc ckp push jer...aku push sekuat hati. Pengalaman bersalinkn Adam di AlFarabi last year mmg btl2 mmbantu dari segi pernafasan dan cara melahirkan. Alhamdulillah..sekali teran jer dh kuar...hihihi...nmpak sgt mmg dh x tahan. Barula perut rase legaaaaa sangat2. Perasaan yg kutunggu-tunggu selama ni. Bby boy sebesar 3 kilo...estimated masa maternity checkup semalam 2.7 kg jer. mmg tak sangka 3 kilo..mcm x padan dengan perutku yg nmpak x besar mane ni:). Apa2 pn syukur segalanya dipermudahkan. Setakat ni..cukuplah dua org dulu..yg pentingkan quality..bukan quantity. Biar diorg berdua ni besar sikit..then baru blh fikir psl nk tambah lg..huhu;)

Saturday, August 11, 2012

Travel System + Car Seat..

Oh nooo..lame btol x menhupdate blog sendiri ni yer. Kami laki bini ni sibuk jer memanjang. Weekdays sibuk ngn kije..weekend sibuk nk kluar jln2 plk. For a few months ni, kami dok sibuk cari stroller & new car seat utk icik Adam. Umo dh masuk 1 tahun 4 bln, berat plak dh 11.5kg, mmg tak terangkat sy dibuatnye. So kalau pegi jln2..hubi la yg rajin mendokong smpai satu tahap..bila berat cik abang ni makin meningkat, baru la hubi dah start mengadu sakit2 bahu la..sakit2 pinggang la..alahai..kesiann..hihi. Sy awal2 dh angkat bendera putih, seriess...sy mmg x mmpu nk dukung lama2.

Then baru la kitorg realize yg ramai org pakai stroller. Awal2 dulu mmg tak terpikir pn nk pakai stroller2 ni..mcm leceh jer. Jadi kami pn mula la mengusha jenama2 & jenis2 stroller yg agak2 top kt Malaysia ni...eceh! Macam2 la adee...Cap SweetCherry la, Quinny la, Maclaren la, Espirit la, Halford la smpai kitorg plak naik pening ok. Lama jugak la dok buat research ttg stroller2 nih.

Bila pg Parenthood Karnival kat MidValley last week (27hb Jul-29hb Jul 2012), kami usha la Quinny Zapp..Harga dlm RM1169. Good looking, mmg nmpak stylo with 3 wheels..tapiii..masalahnye Quinny Zapp ini xblh nk recline ok. Kalau yg boleh recline tu Quinny Zap Extra dlm Rm14++. Hoho..boleh kopak poket makcik ngn pakcik kalau mcm ni. Tu harga Stroller aje, blm harga Travel System..Quinny Zapp/Zapp Extra + Maxi Cosi infant car seat. Lagi satu sy kurang berkenan dengan material Quinny yg kami agak mmg sangat berkualiti ...tapi agak nipis sikit. Kena tambah extra pad kalau nk more comfort. Mungkin kami jer kot rase mcm tu..sbb mase Karnival Parenthood tu..kami laki bini awal2 meminta jasa baik jiran untuk meminjamkan kami stroller Halford S8 beliau. Fuhh..mmg berat ok..10kg kan, tp padding Halford ni tsgt la comfy, smpai Adam yg selalunye x dok diam tu boleh bersandar rileks and tertido lagi. Tapi kelemahan Halford S8 ni, dh la berat..bila tempat sesak2..rase mcm susah nk control jer. Kalau tempat2 x sesak, ok jer. Tapi shopping bag mmg besar ok and boleh sangkut diapers bag lg.

Pastu kami berkenan plak kat Halford Zuzz 4..konon2 nk 3 wheels yg stylo tu jg la kan. Bile baca review..ade yg cakap OK, ade yg ckp gedabak. Tgk gamba dalam OBW (One baby World) nmpk mcm dh cunn..perfect..superbb sume ade. Ikutkan hati yang tergedik2 ni..nak aje sy order online terus. Tp..tibe2 x jadi. Sbb sy takut bile dh smpai rumah, skali x berkenan plak kan..lain la kalau boleh return balik. So x jadi order online. Continue buat research blk. Tup2 hati berkenan plak kat MacLaren Quest Sport. Dah la ringan, nmpak cun sgt. Masa ni kami dh x kisah dah sama ade 3 wheels or 4 wheels. Review org ramai psl Maclaren Quest Sport pn not bad. So cepat2 sy call OBW kt Wangsamaju sama ade both jenama tu available x kt showroom. Alhamdulillah ade. So, dengan tak membuang masa, td kitorg pn pegi la kt OBW belakang Giant Permata.

Smpai jer sane kami terus try2 Halford Zuzz pilihan hati tu. Fuhh..bile test bawak mmg best la, tp agak bulky jg. Berat pn 10kg. Design stylo, shopping bag kecik. Tapi bile kitorg try jer letak Adam dlm stroller tu, sy agak kureng sikit dengan seat die. Nmpak Adam mcm nk tergelungsur jer. Mmg la foot rest boleh diadjust, tapi xkan la nk duduk melunjur mcm baby sepanjang masa kan. Ataupn kami sendiri yang x reti nk adjust..hihi. So, lepas belek punye belek punye belek.. kami terpaksa reject sbb kurang memenuhi spec kami.


Pastu kami belek2 plak MacLaren. Mmg sangat ringannnn..5.5kg kot. Styloo. Almost perfect la. Tapiii..sayangnye xde penghadang depan. Sy kurang yakin kalau bab2 xde penghadang ni. Safety first ma. Alahai..mcm kena reject lg. Lgpun MacLaren ni mcm sesuai dengan budak yg besar dan boleh dicontrol. Kalau baby2 yang baru tengah nk membesar ni..haiskkk..mmg kami agak kurang berkeyakinan. Takde head support, kena beli lain. Untuk baby tu boleh kalau recline abes, tp still x comfort. Sedap lg padding Halford S8.



Lepas tu dlm dok pening2 tu, kami ternampak plak Halford DX. Yg tgh byk promotion tu! Ringan jer rupenyer. Mau dlm 5-7kg. Padding mmg lembut dan sangatt la sessuaii utk baby. Tapiii..(ade jugak tapinyer..), sy rase jahitan padding tu x sekemas Halford S8 dan potential untuk terkoyak tu mcm adee jer..tu pn kalau anak anda lasak sgt la kan or kalau pakai dengan kerap. Material mmg lembut tapi sy hanya sesuaii utk baby2 aje..utk kategori abang baby mcm Adam ni, sy rase kurang cam kurang sesuaiii je. So kami reject lg.


Last2 sy ckp kt hubi..kalau Halford S8 jela mcm mane? Dh try test da pn kan. Mula2 hubi yg x bp berkenan sbb berat & mcm susah nk control. Tapi last2 bila kitorg buat physical comparison ketiga2 stroller..Halford Zuzz, Maclaren Quest Sport & Halford S8. Akhirnye kami rase S8 lg sesuai utk abang2 baby. Harga mmg lebih kurang jer mcm MacLaren & Halford Zuzz tu. Tapi yaa...mmg berattt gedabak la kn. Sy tanye hubi btol2..confirm nk ambil S8 ni?? Die ckp kalau bab berat tu die xde masalah. Jadii..akhirnye Halford S8 Travel System mnjadi pilihan hati. Alang2 dh amik stroller, amik terus dengan infant bby carrier..senang cite.




Ok settle dengan stroller. Pastu dh alang2 tu, kami usha skali dengan car seat. Cik abang ni dh makin membesar, maka car seat yg sekarang mmg dh x padan dengan size badan beliau. Lagipn, sejak 2-3 bulan ni Adam mmg fully dok dlm Car seat kalau pegi mana2 even blk kampung ke Perak or Terengganu. So, kami rase bertanggungjawab untuk membeli Car seat yg lebih selesa dan padan dengan size beliau. Usha punye usha, x smpai 15 minit kitorg decide nk ambil Halford Zeus Plus. Siap dengan insurance lagi ok. Yg paling best, Halford car seat ni mmg senang nk recline2 walaupun baby tengah duduk kt dlm. Maxi Cosi pn ok jugak, tapi harganye mmg auumm..yg sy berkenan tu RM 12++ dan lagi bulky dari Zeus plus ni. Maaf, yg tu xde dlm budget makcik & pakcik bulan ni sbb kitorg nk g usha fridge baru plak..hehe..



Oh yer, untuk pengetahuan, sy dh try Halford S8 ni kt bonet belakang Myvi, mmg muatt. Masih ade space lg kalau nk beli barang2 keperluan:))