* Tahukah anda bahawa para doktor telah menetapkan senaman-senaman tertentu kepada ibu hamil?
* Tahukah anda tentang kajian yang menatijahkan bahawa dengan senaman tertentu akan membantu memudahkan proses kehamilan dan kelahiran?
* Tahukah anda bahawa hampir keseluruhan hospital mempamerkan gambarajah panduan senaman untuk ibu mengandung?
* Seterusnya, percaya atau tidak, pergerakan yang dianjurkan dalam senaman-senaman tadi adalah gerakan yang terdapat dalam solat?
SEORANG ibu yang akan melahirkan anak pasti akan berasa takut dan bimbang terhadap dirinya dan juga janin yang dikandung. Perasaan ini akan memberi kesan kepada cara kuncupan rahim. Kuncupan itu tidak selaras menjadikannya lebih sakit serta tidak berkesan untuk membuka otot-otot pintu rahim. Seterusnya kesakitan ini akan menambah lagi rasa takut dan gelisah yang sedia ada. Oleh yang demikian, bakal ibu mestilah sentiasa berada dalam keadaan tenang, sihat fizikal dan mental.
Kajian yang dijalankan telah membuktikan terdapat senaman-senaman tertentu yang dapat membantu bakal ibu ketika melahirkan.
Beberapa contoh senaman yang dianjurkan:
* Latihan menundukkan tubuh ke hadapan; ia menyerupai keadaan ruku’ dalam solat.
* Latihan berdiri dan duduk dengan lutut ke atas atau bertinggung; Ia menyerupai keadaan berdiri dan turun untuk sujud dalam solat
* Latihan knee-chest position; menyerupai kedudukan sujud
* Dusuk dengan tenang; serupa dengan duduk dalam solat
Seandainya para pakar mengetahui tentang segala pergerakan dan keadaan dalam solat, pasti mereka mengakui bahawa solat adalah alternatif terbaik berbanding senama-senaman yang telah disyorkan. Begitu juga pastinya mereka akan menjadikan ia sebagai panduan berguna ketika berhadapan dengan para pesakit. Apapun, bagi kita cukuplah solat itu sebagai ibadat, tanda kehambaan kepada Allah Taala.
Dengan solat, kita beroleh pahala yang besar(jika didirikan dengan betul), penyelamat dari api neraka dan ia adalah jalan ke syurga. Benar sangatlah sabda junjungan Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “Wahai manusia! Solatlah lima fardhu kamu, Puasalah di bulan (Ramadhan) kamu, tunaikanlah zakat dan hartamu, taatilah pemerintah(yang adil) di kalangan kamu, pasti kamu akan masuk ke syurga.”
Rujukan:
Dr. Ahmad Mustafa Mutawalli, Mausus’ah Zahabiah fi I’jaz Quran wassunnah, Dar Ibn Jauzi, 2005
Pedoman semasa mengandung, Puan Amina Noor, ArRisalah product
Panduan dan amalan semasa mengandung, ustazah Bahiyah Mahamood, terbitan telaga biru.
No comments:
Post a Comment