Pages

Friday, November 11, 2011

berkongsi hasrat hati dengan anak

baru2 ni sy terbaca satu article from majalah wanita which i think it quite interesting to be share and can be as one of our parenting guidelines.

setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka menjadi insan yg cemerlang dan terbilang didunia dan diakhirat. menjadi anak yg soleh yang boleh mendoakan kita kelak sewaktu kita sangat2 mendambakan pemberian itu di alama barzakh sana.

alangkah sejuk dan bahagia hati seoeang ibu  apabila anak yg dibelai dengan penuh kasih syg, dmanjakan seadanya sedari kecil, menyapanya dengan lembut dan memeberikannya sepenuh perhatian selayaknya seorang ibu di saat diti mengira usia. alangkah puasnya hati ayah jika anak yg dididik  dan diasuh dr kecil mnjadi manusia yg dibanggakan oleh agama dan negara di saat badannya menanti rebah. begitulah harapan kita ibu bapa yg menggunung tinggi kepada anak-anak.

bagaimana menjadikan impian tersebut satu kenyataan?adakah perlu dipendamkan tanpa pengetahuan anak atau mengungkapkan setiap hari di telinga si anak?tidakkah anak akan bosna mendengarnya?pelbagai persoalan menyinggah di dlm fikiran kita. beratnya tugas mendidik, salah mencoraknya rosaklah kecantikan peribadi insan bergelar anak. justeru perkara sekecil ini tidak haru dipandang enteng.

 anak haruslah diberitahu tentang hasrat dan keinginan ibu bapa untuk dirinya. perkara ini perlulah diungkapkan kpd anak sedari kecil dan setiap hari. ini kerana perilaku dan perbuatan seorang manusia dibentuk dan didorong oleh petunjuk akal yg diberikan oleh Allah SWT. Akal ini pula dirangsang oleh fakta daripada sekeliling. teorinya, dalam minda manusia ada 2 segment iaitu minda sedar dan minda bawah sedar.

minda sedar: adalah minda logic yg blh membuat pilihan. apabila pilihan sama diucap acap kali, pilihan tersebut akan dipindah ke minda bawah sedar dan menjadi program. program ini akan sentiasa diaktivasikan dan diterjemahkan  menjadi perbuatan secara automatik. sebagai contoh, sebuah mesin basuh yg telah diprogramkan, apabila butang 'start' ditekan, maka secara automatik mesin basuh akan membasih pakaian sehingga selesai.

begitulah connection antara minda sedar dan minda bawh sedar. minda sedar yg dirangsang oleh wahyu akan sentiasa membuat pilihan yg tepat dengan bantuan  dan hidayah daripada Allah SWT. Jadi tugas ibu bapa disini, ialah memberi fakta yg positive dengan dorongan yg positif. apabila anak melazimi pilihan2 yg positif, pilihan tersebut akan diserap ke minda bawah sedarnya dan diprogramkan. program ini secara automatiknya akan menggerakna tubuh anak2 kita untuk sentiasa menghampiri positive.

BAGAIMANA?

Contonhya, sedari kecil kita bisikan ke telinganya, 'Adam anak mama yg soleh, anak mama yg hebat dengan izin Allah'. Ungkapan yg didengari acap kali sedari kecil ini akan merangsang mindanya untuk memilih perkara2 yg mendorong ke arah menjadi org yg soleh dan hebat. anak ini apabila ke sekolah, contohnya di kalangan kwn2 yg merokok, dia secara automatik akan menjauhi perbuatan itu kerana perbuatan itu telah dikawal ketat oleh fakta 'anak yg hebat dn soleh tidak akan merosakkan diri sendiri, rokok membinasakan diri maka perlu dijauhkan'  yg telah diprogram di dlm minda bawah sedarnya. dalam islam, doa obu bapa merupakan kunci keramat untuk kejayaan sorang anak. perkataan yg diungkapkan oleh ibu ayah merupakan doa untuk anak-anak mereka. lidah kita blh menjadikan anak kita terbina atau pn binasa. Justeru, ungkapkanlah perkataan2 yg positive sahaja didepan anak2 kerana perkataan2 tersebut akan membentuk peribadi dan perilaku mereka kelak.

jika kita inginkan anak yg sopan, kita perlu  sentiasa ungkapkan kepada mereka dengan menyebut nama mereka, contohnya 'Adam anak mama yg sopan, baik perilakunya.' Ulang-ulangkan perkataan ini dan jangan pula kita lupa untuk menunjukkan contoh sopan supaya anak kita tidak keliru.

bercakap dengan lembut, tidak meninggikan suara, bersalaman, murahkan senyuman dan pelbagai perbuatan yg mendifinasikan sopan, mudah-mudahan anak kita jelas dan faham hasrat hati kita. walaupun, andainya anak kita mula menunjukkan tanda-tanda nakal, luangkan masa untuk duduk dengannya, usapkan kepalanya, kucup dahinya dengan ungkapan 'adam mama anak yg baik dan soleh'. jangan diabaikan walaupun nmpanya seperti remeh tetapi perbuatan kecil ini akan memberi impact yg hebat dan besar dlm diri anak2.

ungkapkanlah hasrat kita dengan penuh keyakinan bahawa anak kita dapat melakukannya. jika ibu dan ayah yg mengungkapnya sendiri tidak yakin bahawa anak blh berjaya contonya, apatah lagi anak yg mendengarnya. doa ada tawakalnya, maka berdoalah kita sentiasa untuk mereka dengan penuh keyakinan dan penyerahakn kpd Allah. doa tidak terhad di dalam atau selepas solat sahaja, ucapan kita kepada anak juga merupakan satu doa kita untuk mereka. Maka berdoa dengan yakin dan berserah kepada-Nyap,asti dimakbulkan.

Oleh itu, berdoalah kita untuk mereka setaip kali, setiap hari, ungkapkanlah doa tersebut dihadapan mereka dengan penuh kasih sayang supaya anak kita tahu kita sentiasa inginkan yg terbaik untuk mereka dan merealisasikan secara automatik dengan kuasa minda yg Allah kurniakan dengan izinya-Nya. Jika anak sudah blh bercakap, minta dia bersama-sama mengungkapkan sepertimana kita ungkapkan untuk dirinya. Justeru, untuk lahirkan anak-anak yg hebat, kita perlualah menjadi ibu bapa yg hebat! Insya'Allah..:)))

No comments: