Pages

Saturday, November 6, 2010

SALINDAH SET LENGKAP


Kenapa tiba2 ckp psl set salindah? Haa..setelah membuat observation & research selama beberapa bln2..based on finding sy terjumpa set hamil salindah yg dikatakan baik utk ibu hamil. Kita hanya merancang & berusaha..tp Allah yg Maha Mengetahui segala yg tersurat & tersirat. Set Salindah merupakan satu set makanan kesihatan yg dikatakan mengandungi byk khasiat yg baik utk ibu hamil. Salindah ini telah dihasilkan mengikut kaedah perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme dan telah pun dipasarkan lebih 15 tahun. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap Salindah membuktikan tiada kesan-kesan sampingan kepada penggunanya malah ianya banyak membantu ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar.dan akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.

Ada wanita hamil yang mula mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin.Bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehinggalah ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.Pengalaman yang tidak menyeronokan ini boleh memberi kesan trauma kepada ibu-ibu tadi untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya.Seharusnya pengalaman mengandung dan bersalin merupakan saat-saat yang wajar dinikmati penuh dengan rasa gembira dan selesa tetapi hakikatnya tidak semua wanita bertuah dapat menikmati detik seperti itu.

Menyedari masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif,maka Prof. Dr. Azizan Hj Ismail telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberap tahun.Akhirnya pada tahun 1981, SALINDAH telah diperkenalkan.SALINDAH merupakan set lengkap Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil yang paling lengkap dengan tiga bulan mengandung sehingga selepas waktu pantang.Kini SALINDAH sering menjadi pilihan bakal-bakal ibu serta disyorkan oleh doktor dan bidan.Ia banyak memberi kebaikan kepada wanita hamil.

PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN

Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku.Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.

BULAN PERTAMA
Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).

BULAN KEDUA
Pada hujung minggu kelapan lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).

BULAN KETIGA
Menjelang bulan etiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm).


BULAN KEEMPAT
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g)

BULAN KELIMA
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g) .

BULAN KEENAM
Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g).

BULAN KETUJUH
Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).

BULAN KELAPAN
Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm).

BULAN KESEMBILAN
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 12 HAMIL
GUNAKAN B1
KHASIAT :
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi, dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul siput urat di kaki, dan menghilangkan letih lesu.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 24 HAMIL
GUNA KAN B2
KHASIAT :
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian serta menguatkan tulang dan membina otak tian. Menambah selera makan dan menambah darah. Menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah Osteoporosis.


PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 28 HAMIL
GUNAKAN B3
KHASIAT :
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak yang masih dalam kandungan. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

PERINGKAT HAMIL:
MULAI 4 MINGGU SEBELUM BERSALIN
GUNAKAN B4
KHASIAT :
Remedi istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI 2 MINGGU SEBELUM BERSALIN
GUNAKAN B5
KHASIAT :
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI 1 MINGGU SEBELUM BERSALIN
GUNAKAN B6
KHASIAT :
Remedi ini menguatkan teranan,menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

GUNA :
SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L7
KHASIAT :
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan penahanan. Boleh digunakan sebagai sapuan pada pusat bayi.

GUNA :
MULAI 5 JAM SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L8
KHASIAT :
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

GUNA :
MULAI HARI KEDUA SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L9
KHASIAT:
Remedi istimewa untuk menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan , menghentikan darah nifas, membetulkan urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tersebut.

GUNA :
MULAI HARI KEENAM SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L10
KHASIAT :
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.

GUNA :
MULAI HARI KETUJUH SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L11
KHASIAT :
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur, menghilangkan kebas-kebas, menyegarkan rahim dan alat peranakan.

GUNA:
MULAI HARI KE 21 SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L12
KHASIAT:
Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan dan menimbulkan kesegaran.

Utk testimoni lengkap:-
http://www.edaransalindah.com/koleksi/?cat=3
http://www.edaransalindah.com/anak-salindah.htm

Makan Madu. Kenapa Guna Sudu Plastik?


Ramai pelanggan bertanya, mengapa mereka diminta menggunakan sudu plastik dan jangan guna sudu logam yang banyak di rumah tu. Saudagar ingin bertanya kepada para pelanggan semua, jika pernah memakan ubat homeopathy seperti makan EXAMO Dr Azizan atau QAISARA Mind Booster formulasi Dr Tengku Asmadi dari MAP misalnya, pengguna diminta jangan menyentuh ubat, letakkan ubat di dalam tutup botol dan terus masukkan ke dalam mulut tanpa menyentuhnya. Ini kerana ubat-ubat homeopathy ini telah diberi 'tenaga' yang mana ia mengandungi cas-cas elektrik yang berada dalam keseimbangan. Jika ubat ini disentuh dengan jari , maka sebahagian cas elektrik tersebut akan mengalir melalui jari dan akhirnya keseimbangan tenaga ubat tersebut telah tercemar. Kayu dan plastik adalah pengalir elektrik yang lemah/penebat.

Begitulah jua kepada madu Khaula. Madu ini kaya dengan zat-zat vitamin dan mineral yang sangat banyak dan ia juga mengandungi cas-cas elektrik (tenaga) yang disimpan dalam madu tersebut. Jika pengguna menggunakan sudu logam yang mana sifatnya adalah sebagai pengalir elektrik, maka sebahagian tenaga dari madu akan mengalir melalui sudu tersebut. Ini tidak berlaku jika menggunakan sudu kayu atau plastik. Selain daripada itu, ada juga pendapat mengatakan jika menggunakan sudu logam, dikhuatiri madu yang mengandungi mineral dan ion-ion logam tersebut akan bertindakbalas dengan sudu logam dan dikhuatiri logam dari sudu itu akan melarut lantas masuk ke perut pengguna.

Pengetahuan tentang penggunaan sudu kayu ini sebenarnya telah lama diamalkan di negara-negara Barat. Jika anda biasa melayari laman web berkaitan madu di negara Barat, anda akan dapati kebanyakan gambar pengambilan madu dari botol akan menggunakan sudu kayu seperti dalam foto di atas. Nah, inilah sebabnya kenapa saudagar cadangkan gunakan sudu kayu atau plastik, jangan gunakan sudu logam..ok.

Madu Khaula


Baru2 ni sy ade terbace rahsia kejelitaan & kegebuan Maizawati dlm metro. Oh..rupe2nye salah satunya die mengamalkan mkn madu 2 kali sehari. Haisk..terus saje sy bersemangat nk bli madu...wlpun kt uma ade sebotol x abes. Sblm2 ni sy mmg mengamalkan madu..tp lepas jer abes madu yg dibeli di cameroon..sy x jumpe lg yg besesuaian dgn tekak. Sebotol kt uma yg dibeli kt Kuala mmg xsedap...rase mcm air gula..confirm2 mmg campur gula kot. Mmg bersungguh2 sy ajak hubi g tesco..bukan setakat untuk kecergasan, kesihatan & kecantikan..tp berkhasiat juga untuk si ibu yg sdg berbadan dua:). Td sy dh campurkan dengan susu hi-goat..emm..sedap. x manis sgt. Harga RM65 yang xde sarang, RM70 utk yg ade sarang skali. Kt sini sy share pengenalan Madu Khaula & khasiatnye:-

Notis: Ini Adalah Laman Web Peminat MADU KHAULA- Madu Berkualiti Gred A dari pergunungan Azarbayjan, Iran. (KLIK SINI untuk Bukti Gred A)

Kami akan memperkenalkan kepada anda keunikan dan keaslian serta khasiat Madu Khaula yang berasal dari Wilayah Azarbaijan, Utara Iran.

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia".

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)

Khasiat Madu KHAULA ini sesuai untuk mengawal dan menghindarkan penyakit-penyakit yang seperti asma dan lelah, resdung, buasir, sakit jantung, batuk, darah tinggi, selsema, migrain, sakit tekak,tyroid dan kencing manis. Sila baca testimonial.
Cara Pemakanan Madu Khaula yang disyorkan hasil daripada testimoni (Klik DI SINI) !!!

MADU KHAULA DIJAMIN MENGANDUNGI KANDUNGAN GULA SUKROSA KURANG 5% DAN KANDUNGAN LEMBAPAN KURANG 17.5% (MADU GRED A MENGIKUT PENGKELASAN INTERNATIONAL HONEY COMMISION (IHC)

Madu KHAULA dapat memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan:

* Memanaskan badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Mengimbangkan diet badan
* Menguatkan tenaga dalaman
* Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
* Melawaskan usus besar dan kecil

Madu ini juga berfungsi sebagai

* Anti-alergik
* Anti-septik
* Anti-anemia
* Anti-ulcer

Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".

Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Lebah telah mendapat ilham dari Allah dan madunya dijadikan sebagai penawar untuk penyakit seperti dinyatakan di dalam Surah An-Nahl Ayat 68-69. Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua.

Friday, November 5, 2010

emm..sedapnye daging kambing...


seriesss..tibe2 sy sgt teringin nk mkn Irish Lamb Shank kt secret recipe. sy x pernah mkn pun..tp lepas lunch bersama dept corporate planning..nmpak mcm sedap plak tgk azhan mkn. Dsebabkan hubi masih dmm..so hr jumaat tu sy pg tapau Lamb Shank kt secret recipe. Blk tu..sy msk nasi, sayur sawi goreng, telur goreng & terung & tempe msk sambal. Slalunye kalau hubi blk dr johor..sy mmg akan msk mskkan tgh hari..kdg2 ayam masak kari, udang msk kari, ayam masak kurma, daging msk black paper, ketam msk lemak cili api, sup ayam, sup sayur...sbb die lebih prefer sy msk dr mkn tgh hari kt luar. Lgpun hubi & sy suke mkn sayur hijau yg half cooked..klu well cooked..sah2 la sayur jadi layu & vitamin pun da ilang. Klu kt kedai2 mkn..manela jumpe sgt sayur2 nih kan.

Ha..dlm 1 hour, sy da abes msk. nikmat betul dpt mkn nasi ngn lamb shank...dagingya lembut & manis..tp yg pastinye frozen la kan. Hubi plak tgh2 mkn tanye sy..'mane la sy blajar msk mskkan jawa sbb msk tempe & terung sambal tu..'. Hoho..ntah la..mase kt uia kot sy blajar mkn mkn2 camnih. Sy pun tanye blk..'nape? x sedap ker?'. 'sedappp...'. Rase nk menangis terharu dgr jwpn hubi...hehe(T_T).

Monday, November 1, 2010

Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud

Sentiasa tenang dan bersikap positif

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Petikan Majalah Anis 2004

Tuesday, October 26, 2010

Nikmat Bersin, Bahana Menguap Tanpa Tutup Mulut

Filed under Himpunan Hadith, Ingatan, Uncategorized and tagged: adab, akhlak, manusia, nasihat, pahala
Oleh Ibrahim Abdullah

ANAS bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: “Sebab yang seorang mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.
Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma’ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah `alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan `yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa `yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.

Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta. Firman-Nya dalam hadis Qusi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”
Lain bersin, lain pula menguap (tatha’ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap `ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit.

Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.

Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.

Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian Baginda merendahkan suaranya.” Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang flu (selesema).”

Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya’ari pula, berkata: “Seorang Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah: `yahdikumullah wa yuslihu balakum.’”

Berdasarkan hadis ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidayah dan taufik kepada keimanan, dan tidak mendoakan mereka dengan rahmat.

dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun tidak boleh bagi orang yang mendengarnya mendoakannya dengan mengucapkan yarhakumullah.

Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang mereka ucapkan setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas mereka. Maka dengan bersin itu mereka saling mendoakan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaannya.

Dari al-Barra’ bin ‘Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan, menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang bersin, membalas salam, menolong orang yang dizalimi, memenuhi jemputan, dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).

:: 40 Minggu Yang Ajaib ::

Minggu 1
Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.
Minggu 2
Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
Minggu 3
Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
Minggu 4
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan
Minggu 5
Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
Minggu 6
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
Minggu 8
Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
Minggu 9
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.
Minggu 10
Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Minggu 11
Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
Minggu 12
Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Minggu 13
Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Minggu 15
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Minggu 17
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.
Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Minggu 20
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.
Minggu 21
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.
Minggu 22
Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda
Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Minggu 23
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda
Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.
Minggu 24
Bayi
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.
Minggu 25
Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.
Minggu 26
Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.
Minggu 27
Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
Anda
Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.
Minggu 28
Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
Minggu 29
Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 30
Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Minggu 31
Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
Minggu 32
Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Minggu 35
Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.
Minggu 38
Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Minggu 39
Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.
Minggu 40
Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.

~maksud hadith~
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya

Saturday, October 23, 2010

Tips pengiraan kalori makanan

daily energy requirement = berat(kg) * 30 calories

eg: berat mama 45kg * 30 = 1350 calories/day

katakan ler nk kurangkan dlm minggu tu 1kg.. means 45kg-1kg=44kg

so by tht week, pengambilan calories only 44*30 = 1320 calories/day

lagik 30calories/day tu (1350-1320 calories) kita akan withdraw dari part2 lemak kita yg sedia ada.. usually start dgn punggung ler..
PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman

  1. minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
  2. minuman kotak 250g - 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
  5. aiskrim 2 skop- 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh - 75 kal
  9. keju chedar 1 keping -58 kal

Petua memilih makanan di restoran :
  • sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
  • baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.
  • Minta salad tanpa dresing
  • minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba
  • pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar
  • jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan
  • jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong
  • pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah
  • minta buah-buahan sebagai pencuci mulut
  • minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol
  • Faedah solat kepada ibu hamil

    * Tahukah anda bahawa para doktor telah menetapkan senaman-senaman tertentu kepada ibu hamil?
    * Tahukah anda tentang kajian yang menatijahkan bahawa dengan senaman tertentu akan membantu memudahkan proses kehamilan dan kelahiran?
    * Tahukah anda bahawa hampir keseluruhan hospital mempamerkan gambarajah panduan senaman untuk ibu mengandung?
    * Seterusnya, percaya atau tidak, pergerakan yang dianjurkan dalam senaman-senaman tadi adalah gerakan yang terdapat dalam solat?


    SEORANG ibu yang akan melahirkan anak pasti akan berasa takut dan bimbang terhadap dirinya dan juga janin yang dikandung. Perasaan ini akan memberi kesan kepada cara kuncupan rahim. Kuncupan itu tidak selaras menjadikannya lebih sakit serta tidak berkesan untuk membuka otot-otot pintu rahim. Seterusnya kesakitan ini akan menambah lagi rasa takut dan gelisah yang sedia ada. Oleh yang demikian, bakal ibu mestilah sentiasa berada dalam keadaan tenang, sihat fizikal dan mental.

    Kajian yang dijalankan telah membuktikan terdapat senaman-senaman tertentu yang dapat membantu bakal ibu ketika melahirkan.

    Beberapa contoh senaman yang dianjurkan:

    * Latihan menundukkan tubuh ke hadapan; ia menyerupai keadaan ruku’ dalam solat.
    * Latihan berdiri dan duduk dengan lutut ke atas atau bertinggung; Ia menyerupai keadaan berdiri dan turun untuk sujud dalam solat
    * Latihan knee-chest position; menyerupai kedudukan sujud
    * Dusuk dengan tenang; serupa dengan duduk dalam solat


    Seandainya para pakar mengetahui tentang segala pergerakan dan keadaan dalam solat, pasti mereka mengakui bahawa solat adalah alternatif terbaik berbanding senama-senaman yang telah disyorkan. Begitu juga pastinya mereka akan menjadikan ia sebagai panduan berguna ketika berhadapan dengan para pesakit. Apapun, bagi kita cukuplah solat itu sebagai ibadat, tanda kehambaan kepada Allah Taala.


    Dengan solat, kita beroleh pahala yang besar(jika didirikan dengan betul), penyelamat dari api neraka dan ia adalah jalan ke syurga. Benar sangatlah sabda junjungan Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “Wahai manusia! Solatlah lima fardhu kamu, Puasalah di bulan (Ramadhan) kamu, tunaikanlah zakat dan hartamu, taatilah pemerintah(yang adil) di kalangan kamu, pasti kamu akan masuk ke syurga.”


    Rujukan:

    Dr. Ahmad Mustafa Mutawalli, Mausus’ah Zahabiah fi I’jaz Quran wassunnah, Dar Ibn Jauzi, 2005

    Pedoman semasa mengandung, Puan Amina Noor, ArRisalah product

    Panduan dan amalan semasa mengandung, ustazah Bahiyah Mahamood, terbitan telaga biru.

    Amalan Ketika Hamil II


    Petua Memudahkan Bersalin.
    a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
    kehamilan.
    b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
    c) Amalkan minum air lebihan suami.
    d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
    e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
    f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
    g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
    h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
    i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
    j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

    *************************************************

    Doa dan zikir untuk agar mudah bersalin
    Ayat seribu dinar 11x
    2. Tasbih Yunus 333x
    3. Selawat Nurulzati/ Selawat Sirr
    4. Selawat Tafrijiyah
    5. Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

    Surah Loqman, Maryam dan Yusuf sentiasa dibaca sepanjang tempoh kehamilan. Seeloknya Tadarus dengan suami.

    **********************
    Petua selepas Bersalin

    1) Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
    - Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

    2) Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
    a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat
    kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
    berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
    b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
    c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air
    asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.
    d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,
    secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
    e) Lengkuas Padi/Helang/Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
    f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
    g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
    h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
    i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.


    3) Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
    a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih
    serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
    perut. Buat 2 minggu berturut-turut.
    b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang
    bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

    4) Petua Membersihkan Rahim
    a) Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantan