Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
MUNGKIN sesetengah ibu bapa menganggap bayi mereka masih terlalu kecil untuk ke sekolah. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa sejak usia sebulan lagi bayi sebenarnya sudah mula mempelajari menerusi apa yang berlaku di sekelilingnya. Malah ketika usia bayi mencecah enam bulan, merekalah ‘pelajar yang paling bersemangat’ untuk mempelajari setiap benda baru yang ditemui dalam kehidupan sehari-hari. Pada masa inilah ibu bapa harus memainkan peranan untuk menjadikan setiap saat tumbesaran bayi itu sebagai proses pembelajaran.
Perlu diketahui oleh setiap ibu bapa juga bahawa inilah saat dan masanya untuk memberi stimulasi atau rangsangan kepada minda dan tumbesaran psikomotor bayi agar membesar menjadi seorang yang bijak dan responsif terhadap orang mahupun keadaan di sekelilingnya. Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr. Lihanna Borhan, setiap ibu bapa harus menyediakan persekitaran yang stabil, serta mengadakan rutin yang jelas dalam kehidupan sehari agar anak dapat memahami dan menerima keadaan sekeliling seadanya.
Interaksi sosial
“Menurut Teori Erikson, konflik psikososial yang perlu ditangani oleh bayi ialah untuk percaya atau tidak mempercayai orang di sekelilingnya manakala interaksi sosial amat penting ketika ini,” ujar beliau ketika ditemu bual di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Dr. Lihanna, selain membentuk persekitaran yang positif, ibu bapa juga harus mempunyai pendekatan keibubapaan yang konsisten.
“Sebagai contoh, jika hari ini anak menangis kita marah tetapi apabila esok kita buat tidak tahu apabila dia menangis, bayi akan keliru kerana sikap ibu bapa yang tidak konsisten.
“Sebetulnya, apabila bayi berusia enam bulan ke atas menangis adalah bertujuan memberitahu dia sakit, marah atau sengaja mencari perhatian.
“Jika bukan disebabkan sakit tapi dia tetap menangis janganlah kita terus memujuk, kerana di peringkat ini bayi sudah mula pandai memanipulasi tangisan mereka untuk mendapat perhatian lebih daripada ibu atau bapa,” jelas Dr. Lihanna.
Menurutnya, sikap cemas ibu bapa juga mempengaruhi sifat anak. Sebagai contoh, jika anak jatuh dan dia tidak terasa sakit sangat, anak akan menoleh seketika kepada ibu atau bapanya untuk melihat reaksi mereka.
“Ibu atau bapa yang terlalu cepat mengangkat anaknya atau menunjukkan reaksi negatif biasanya akan mempengaruhi anak untuk bersifat bimbang dan cemas.
“Ada satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa ibu yang takut pada anjing, anak mereka turut takut pada binatang yang sama. Ini dipanggil rujukan sosial, justeru ibu bapa haruslah mempersiapkan diri dan menambah ilmu sekiranya mahu membentuk personaliti anak yang lebih positif.
“Jangan salahkan anak sekiranya mereka menjadi malu, pasif ketika berhadapan dengan orang ramai, jangan sesekali beri tekanan dengan cara perli atau paksaan kerana itu akan memburukkan lagi perkembangan minda dan sosial mereka,” ujar beliau.
Mendedahkan
Dr. Lihanna yang mendalami bidang psikologi kanak-kanak dan remaja berpendapat, untuk mendapatkan anak yang bijak dan sosial, ibu bapa haruslah mendedahkan bayi kepada persekitaran yang pelbagai sekerap mungkin.
“Di AS, kaum ibu sering menjadikan rutin wajib perjumpaan berkumpulan yang dipanggil playgroup. Pada ketika ini mereka yang mempunyai anak-anak kecil akan berkumpul di satu rumah atau laman salah seorang daripada mereka dan mengadakan pelbagai aktiviti interaktif untuk bayi dan anak-anak.
“Ini salah satu cara untuk anak mula bersosial dengan baik dan selamat serta kaum ibu juga boleh mengambil kesempatan berkongsi idea dan pengalaman mendidik anak,” ujar beliau.
Di samping itu, jika membawa bayi keluar berjalan, cuba pergi ke kawasan di mana bayi boleh mendapat persekitaran baru. Bercakaplah dengan bayi tentang apa yang dilihat, bau atau rasa.
Tindakan ini akan menambah sifat ingin tahu bayi dan seterusnya merangsang minda bayi.
Dr. Lihanna berkata, selain mendedahkan bayi kepada persekitaran yang pelbagai, ibu bapa juga mesti menjadikan rumah sebagai kawasan yang selesa untuk bayi mereka.
“Perlu diingat pelajar yang baik adalah mereka yang mempunyai sifat ingin
tahu yang tinggi. Cara paling baik untuk memperkasakan sifat ingin tahu bayi
anda ialah dengan mempersiapkan persekitaran di dalam rumah di mana ia selamat untuk bayi meneroka apa yang ada di dalamnya. Belikan mainan yang selamat juga buku-buku cerita untuk mereka.
“Jika selalu membacakan buku cerita kepada bayi dengan cara menyelak helaian buku satu persatu, bayi tidak akan sengaja mengoyakkan buku yang ada di tangan mereka,” jelas beliau lagi.
Selain itu, menurut Dr. Lihanna, ibu bapa harus pastikan memaksimumkan masa main bersama bayi. Belikan barangan permainan pelbagai bentuk, warna, tekstur dan mempunyai bunyi.
“Ada kalanya biarkan bayi main sendirian dan ada masa peruntukkan waktu bermain bersama bayi anda. Kedua-dua cara ini memberi latihan kepada minda bayi dengan cara yang berlainan. Cuba elakkan serta-merta membantu bayi anda untuk meneroka permainan atau aktiviti yang lebih mencabar.
“Dengan cara ini dia berpeluang bereksperimentasi dan berusaha untuk belajar sendiri. Tetapi janganlah dibiarkan anak itu jika dia berterusan menghadapi masalah dengan permainannya, jika tidak bayi akan berasa kecewa dan bosan dengan permainan tersebut,” kata beliau.
Dr. Lihanna menambah, pastikan anda menghentikan waktu bermain bersama bayi sekiranya bayi mula menoleh dan melihat sekelilingnya.
“Tindakan itu menandakan bayi telah mengalami lebih stimulasi,’’ katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
MUNGKIN sesetengah ibu bapa menganggap bayi mereka masih terlalu kecil untuk ke sekolah. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa sejak usia sebulan lagi bayi sebenarnya sudah mula mempelajari menerusi apa yang berlaku di sekelilingnya. Malah ketika usia bayi mencecah enam bulan, merekalah ‘pelajar yang paling bersemangat’ untuk mempelajari setiap benda baru yang ditemui dalam kehidupan sehari-hari. Pada masa inilah ibu bapa harus memainkan peranan untuk menjadikan setiap saat tumbesaran bayi itu sebagai proses pembelajaran.
Interaksi sosial
“Menurut Teori Erikson, konflik psikososial yang perlu ditangani oleh bayi ialah untuk percaya atau tidak mempercayai orang di sekelilingnya manakala interaksi sosial amat penting ketika ini,” ujar beliau ketika ditemu bual di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Dr. Lihanna, selain membentuk persekitaran yang positif, ibu bapa juga harus mempunyai pendekatan keibubapaan yang konsisten.
“Sebagai contoh, jika hari ini anak menangis kita marah tetapi apabila esok kita buat tidak tahu apabila dia menangis, bayi akan keliru kerana sikap ibu bapa yang tidak konsisten.
“Sebetulnya, apabila bayi berusia enam bulan ke atas menangis adalah bertujuan memberitahu dia sakit, marah atau sengaja mencari perhatian.
“Jika bukan disebabkan sakit tapi dia tetap menangis janganlah kita terus memujuk, kerana di peringkat ini bayi sudah mula pandai memanipulasi tangisan mereka untuk mendapat perhatian lebih daripada ibu atau bapa,” jelas Dr. Lihanna.
Menurutnya, sikap cemas ibu bapa juga mempengaruhi sifat anak. Sebagai contoh, jika anak jatuh dan dia tidak terasa sakit sangat, anak akan menoleh seketika kepada ibu atau bapanya untuk melihat reaksi mereka.
“Ibu atau bapa yang terlalu cepat mengangkat anaknya atau menunjukkan reaksi negatif biasanya akan mempengaruhi anak untuk bersifat bimbang dan cemas.
“Ada satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa ibu yang takut pada anjing, anak mereka turut takut pada binatang yang sama. Ini dipanggil rujukan sosial, justeru ibu bapa haruslah mempersiapkan diri dan menambah ilmu sekiranya mahu membentuk personaliti anak yang lebih positif.
“Jangan salahkan anak sekiranya mereka menjadi malu, pasif ketika berhadapan dengan orang ramai, jangan sesekali beri tekanan dengan cara perli atau paksaan kerana itu akan memburukkan lagi perkembangan minda dan sosial mereka,” ujar beliau.
Mendedahkan
Dr. Lihanna yang mendalami bidang psikologi kanak-kanak dan remaja berpendapat, untuk mendapatkan anak yang bijak dan sosial, ibu bapa haruslah mendedahkan bayi kepada persekitaran yang pelbagai sekerap mungkin.
“Di AS, kaum ibu sering menjadikan rutin wajib perjumpaan berkumpulan yang dipanggil playgroup. Pada ketika ini mereka yang mempunyai anak-anak kecil akan berkumpul di satu rumah atau laman salah seorang daripada mereka dan mengadakan pelbagai aktiviti interaktif untuk bayi dan anak-anak.
“Ini salah satu cara untuk anak mula bersosial dengan baik dan selamat serta kaum ibu juga boleh mengambil kesempatan berkongsi idea dan pengalaman mendidik anak,” ujar beliau.
Di samping itu, jika membawa bayi keluar berjalan, cuba pergi ke kawasan di mana bayi boleh mendapat persekitaran baru. Bercakaplah dengan bayi tentang apa yang dilihat, bau atau rasa.
Tindakan ini akan menambah sifat ingin tahu bayi dan seterusnya merangsang minda bayi.
Dr. Lihanna berkata, selain mendedahkan bayi kepada persekitaran yang pelbagai, ibu bapa juga mesti menjadikan rumah sebagai kawasan yang selesa untuk bayi mereka.
“Perlu diingat pelajar yang baik adalah mereka yang mempunyai sifat ingin
tahu yang tinggi. Cara paling baik untuk memperkasakan sifat ingin tahu bayi
anda ialah dengan mempersiapkan persekitaran di dalam rumah di mana ia selamat untuk bayi meneroka apa yang ada di dalamnya. Belikan mainan yang selamat juga buku-buku cerita untuk mereka.
“Jika selalu membacakan buku cerita kepada bayi dengan cara menyelak helaian buku satu persatu, bayi tidak akan sengaja mengoyakkan buku yang ada di tangan mereka,” jelas beliau lagi.
Selain itu, menurut Dr. Lihanna, ibu bapa harus pastikan memaksimumkan masa main bersama bayi. Belikan barangan permainan pelbagai bentuk, warna, tekstur dan mempunyai bunyi.
“Ada kalanya biarkan bayi main sendirian dan ada masa peruntukkan waktu bermain bersama bayi anda. Kedua-dua cara ini memberi latihan kepada minda bayi dengan cara yang berlainan. Cuba elakkan serta-merta membantu bayi anda untuk meneroka permainan atau aktiviti yang lebih mencabar.
“Dengan cara ini dia berpeluang bereksperimentasi dan berusaha untuk belajar sendiri. Tetapi janganlah dibiarkan anak itu jika dia berterusan menghadapi masalah dengan permainannya, jika tidak bayi akan berasa kecewa dan bosan dengan permainan tersebut,” kata beliau.
Dr. Lihanna menambah, pastikan anda menghentikan waktu bermain bersama bayi sekiranya bayi mula menoleh dan melihat sekelilingnya.
“Tindakan itu menandakan bayi telah mengalami lebih stimulasi,’’ katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment