Pages

Thursday, June 30, 2011

farewell party..

Actually today shud be Mazlan's last day at our IT Department as system engineer, but since his offer letter still hold at HR (i guess..&%), so maybe he will be extended to certain unconfirm period. Hmm..it's a bit of a sad day, really. I had a pleasure working with this smartest & humble guy for almost 4 years ++. Really thankful to him for all his kind support as a Team Lead through the past 4 years im working here. He was the one who teach me a lots of things and making me from 'zero to hero'. Thanks bro for everything. Continue your flying colors...gud luck!

yummilicious..

After makan2..

Peacee...!!

Three stooges..

Our GM and DGM
Sedap makan??

Thanks bro! Appreciate your helps so much..

muka2 lapo..

i pn tgh lapar..

Milestone chart: One to three months

Membentuk personaliti positif pada anak

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

MUNGKIN sesetengah ibu bapa menganggap bayi mereka masih terlalu kecil untuk ke sekolah. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa sejak usia sebulan lagi bayi sebenarnya sudah mula mempelajari menerusi apa yang berlaku di sekelilingnya. Malah ketika usia bayi mencecah enam bulan, merekalah ‘pelajar yang paling bersemangat’ untuk mempelajari setiap benda baru yang ditemui dalam kehidupan sehari-hari. Pada masa inilah ibu bapa harus memainkan peranan untuk menjadikan setiap saat tumbesaran bayi itu sebagai proses pembelajaran.

Perlu diketahui oleh setiap ibu bapa juga bahawa inilah saat dan masanya untuk memberi stimulasi atau rangsangan kepada minda dan tumbesaran psikomotor bayi agar membesar menjadi seorang yang bijak dan responsif terhadap orang mahupun keadaan di sekelilingnya. Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr. Lihanna Borhan, setiap ibu bapa harus menyediakan persekitaran yang stabil, serta mengadakan rutin yang jelas dalam kehidupan sehari agar anak dapat memahami dan menerima keadaan sekeliling seadanya.

Interaksi sosial
“Menurut Teori Erikson, konflik psikososial yang perlu ditangani oleh bayi ialah untuk percaya atau tidak mempercayai orang di sekelilingnya manakala interaksi sosial amat penting ketika ini,” ujar beliau ketika ditemu bual di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Dr. Lihanna, selain membentuk persekitaran yang positif, ibu bapa juga harus mempunyai pendekatan keibubapaan yang konsisten.
“Sebagai contoh, jika hari ini anak menangis kita marah tetapi apabila esok kita buat tidak tahu apabila dia menangis, bayi akan keliru kerana sikap ibu bapa yang tidak konsisten.
“Sebetulnya, apabila bayi berusia enam bulan ke atas menangis adalah bertujuan memberitahu dia sakit, marah atau sengaja mencari perhatian.
“Jika bukan disebabkan sakit tapi dia tetap menangis janganlah kita terus memujuk, kerana di peringkat ini bayi sudah mula pandai memanipulasi tangisan mereka untuk mendapat perhatian lebih daripada ibu atau bapa,” jelas Dr. Lihanna.
Menurutnya, sikap cemas ibu bapa juga mempengaruhi sifat anak. Sebagai contoh, jika anak jatuh dan dia tidak terasa sakit sangat, anak akan menoleh seketika kepada ibu atau bapanya untuk melihat reaksi mereka.
“Ibu atau bapa yang terlalu cepat mengangkat anaknya atau menunjukkan reaksi negatif biasanya akan mempengaruhi anak untuk bersifat bimbang dan cemas.
“Ada satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa ibu yang takut pada anjing, anak mereka turut takut pada binatang yang sama. Ini dipanggil rujukan sosial, justeru ibu bapa haruslah mempersiapkan diri dan menambah ilmu sekiranya mahu membentuk personaliti anak yang lebih positif.
“Jangan salahkan anak sekiranya mereka menjadi malu, pasif ketika berhadapan dengan orang ramai, jangan sesekali beri tekanan dengan cara perli atau paksaan kerana itu akan memburukkan lagi perkembangan minda dan sosial mereka,” ujar beliau.

Mendedahkan
Dr. Lihanna yang mendalami bidang psikologi kanak-kanak dan remaja berpendapat, untuk mendapatkan anak yang bijak dan sosial, ibu bapa haruslah mendedahkan bayi kepada persekitaran yang pelbagai sekerap mungkin.
“Di AS, kaum ibu sering menjadikan rutin wajib perjumpaan berkumpulan yang dipanggil playgroup. Pada ketika ini mereka yang mempunyai anak-anak kecil akan berkumpul di satu rumah atau laman salah seorang daripada mereka dan mengadakan pelbagai aktiviti interaktif untuk bayi dan anak-anak.
“Ini salah satu cara untuk anak mula bersosial dengan baik dan selamat serta kaum ibu juga boleh mengambil kesempatan berkongsi idea dan pengalaman mendidik anak,” ujar beliau.
Di samping itu, jika membawa bayi keluar berjalan, cuba pergi ke kawasan di mana bayi boleh mendapat persekitaran baru. Bercakaplah dengan bayi tentang apa yang dilihat, bau atau rasa.
Tindakan ini akan menambah sifat ingin tahu bayi dan seterusnya merangsang minda bayi.
Dr. Lihanna berkata, selain mendedahkan bayi kepada persekitaran yang pelbagai, ibu bapa juga mesti menjadikan rumah sebagai kawasan yang selesa untuk bayi mereka.
“Perlu diingat pelajar yang baik adalah mereka yang mempunyai sifat ingin
tahu yang tinggi. Cara paling baik untuk memperkasakan sifat ingin tahu bayi
anda ialah dengan mempersiapkan persekitaran di dalam rumah di mana ia selamat untuk bayi meneroka apa yang ada di dalamnya. Belikan mainan yang selamat juga buku-buku cerita untuk mereka.
“Jika selalu membacakan buku cerita kepada bayi dengan cara menyelak helaian buku satu persatu, bayi tidak akan sengaja mengoyakkan buku yang ada di tangan mereka,” jelas beliau lagi.
Selain itu, menurut Dr. Lihanna, ibu bapa harus pastikan memaksimumkan masa main bersama bayi. Belikan barangan permainan pelbagai bentuk, warna, tekstur dan mempunyai bunyi.
“Ada kalanya biarkan bayi main sendirian dan ada masa peruntukkan waktu bermain bersama bayi anda. Kedua-dua cara ini memberi latihan kepada minda bayi dengan cara yang berlainan. Cuba elakkan serta-merta membantu bayi anda untuk meneroka permainan atau aktiviti yang lebih mencabar.
“Dengan cara ini dia berpeluang bereksperimentasi dan berusaha untuk belajar sendiri. Tetapi janganlah dibiarkan anak itu jika dia berterusan menghadapi masalah dengan permainannya, jika tidak bayi akan berasa kecewa dan bosan dengan permainan tersebut,” kata beliau.
Dr. Lihanna menambah, pastikan anda menghentikan waktu bermain bersama bayi sekiranya bayi mula menoleh dan melihat sekelilingnya.
“Tindakan itu menandakan bayi telah mengalami lebih stimulasi,’’ katanya.
Sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, June 29, 2011

adam: aksi2 before tido...




mata tu alert aje dgn camera yer..

Adam: 3 month bby yg pandai berposing...

Semalam Adam genap 3 month. Progress? Macamm2:
  1. Berat? 4.8 Kg on 18/06/2011.
  2. Hair: Straight
  3. Skin: Fairer and becoming more brighter and brighter per day...hehe
  4. Nose: Clean. Mancung ikut ayahh...
  5. eye color: Dark brown - yg ni polo kaler mata i la rupenyer...he;p
  6. Dimple: xtau origin sbb mama ngn ayah die xde dimple in both side of cheek pn. Maybe terkenan la tu.. 
  7. Length: x pasti...lupe mama nk soh ayah bli measurement tape...
  8. Vocab: Ager, ge, ki, aki, boo, aboo, aper....skrg ni mama in progress to teach adam how to pronounce 'Allah', 'Ayah', 'Mama'. Chaiyook Adam...
  9. Interests: Milk, Sleep, likes to chukle without im even tickling him, always crying for a milk, smile, like communicates to people in his baby lang and also like when people talking to him (usually he will responds well when people talk to him), Able to make loud noises
  10. In less than 1 month, he already able to hold his head up, but still needs our support la..
  11. Still in progress to learn how to use his fingers to reach and touch an objects.
  12. Dh pandai move his legs up..
  13. Sucking his fingers with a bit noises when he wanted a milk..
  14. he likes when people taking his pics...(OMG..im sory hubi, i was once a perodua Calendar girl for year 2011 while 3 month preggy...hehe, no wonder he likes taking pics a lot)
Did you know?
Touch is the only sense that gives your baby three things they need. It provides a sense of safety and security, gets them involved with the world around them and is a way that you can communicate with them and they can respond to you. As if you needed an excuse for more cuddles! 


    ok..ready2..mama is taking my pics..

    Ok ke mama senyum mcm ni???

    x Ok? Abes nk senyum mcm mane plak?

    Camni ker?

    Mcm ni plak ker?
    Or mcm ni? Tangan Adam camni ok x?


    Or mama nk tangan adam buat camni? Mcm pistol?
    Buat muke manje mcm ni??
    camni hensem x mama??

    Mama, adam da penat plak...buat senyuman dak hensem jela..





    Dah la mama...malu la adamm..stop taking my pics..

    Subhanallah...Indahnye kamu wahai anak.... 

    3 month preggy. see..like mother..like son la kan...ekeke....;p

    Tuesday, June 28, 2011

    seni kulinari buat hubi..

    last weekend mmg sy x bergerak ke mane2 sbb nk monitor stock take + bz to retrofit for DNA System upgrade from 4.5 to 6i. Sebagai isteri yg ala2 misali..before keluar g opis, sy telah siap2 mandikan adam dan menyediakan sarapan supaya hubi tidak kebuluran akibat menunggu sy yg ntah blk kol bp. All are prepared in presentable way...hehe.

    mushrooms soups, egg breads, nuggets & sosej..

    p/s: maaf hubi, sy x smpat nk sediakan nasi goreng....:)

    i love mama...mommy & daddy l@ve u t@@...;))

    Last month, mase sy bli mesin buaian auto adam worth RM200, dpt la selai baju i LOVE MAMA as a free gift. Salesgurl tu ckp..xde size kecik la. Tp sbb free kan..so sy ckp x ksh..nk jg. Blk2 jer dr tesco, terus sy cuba letakkan baju tu atas badan adam. Ala..besar plakkk. Kalau mcm ni...adam x pakai sluar pon xpe. Sy ckp dgn hubi dgn suara yg agak hampe. Lalu sy simpankn semula baju ni dlm laci. Keciwe..

    But, after a few weeks, on last saturday..sy ajak hubi pg tesco bli brg2 dapur utk seminggu. Dlm mencari2 long shirt..tibe2 sy ternampak baju ni.  Sy sua kan dekat adam. Em..look better than last month. So sy try pakaikan kt si kecik ni..alahaii..rupenyer da muatla...yeayy, finally. Hepinye mommy. Tesengih2 suke adam bile sy ckp..comelnyerrr die...


    the smile which has brought all the saddest away....


    Sukenyer die bile x pakai suar yer..

    yeyeyeahhh..ayah blkk..


    finally..afters waiting for a few weeks..ayah blk dari labuan dgn membawa coklat byk2. mama punyer la hepi sbb mcm2 coklat + pfume ayah beli utk mama...he2..maafla adam, awk x cukup umo lg. lgpun all the sweets things contribute to tooth decay, which off coz not good for yr image later on...hehe.  Hmm after not seeing u for three weeks..ayah agak impressed dgn progress adam. si dia sudah pandai tersenyum-senyum..chuckle..more focus...and responds when we speaks to him. kasihan ayah..he had missed a lots of precious moments with u kan.

    Tp one things yg agak amazed us is the way he stared at hubi. satu ekspresi yg agak sukar ditafsirkan..especially when it came from the baby...and surely you will never be able to interpret dis gaze. Lame sgt adam merenung hubi...tanpa senyuman. hanye merenung dgn mendalam dan penuh makna tersirat. Tibe2 die mencebik...bibir adam menggeletar seperti menahan sebak yg amat. Dengan sy pn die x pernah buat mcm tu. Beberapa minit kemudian baru adam look calm. Die mula tersenyum bile ayah die asyik mengagah. Kemudian mulut die mula riuh bercakap dalam baby lang. Alahai, mungkin die sudah pandai rindukn suara & wajah itu. Actually, last week, mase granny & aki visits adam pn..die menunjukkan reaksi yg same. Especially bile aki dukung adam. Mungkin die hairan, manela suara2 yg pernah didengar selama 40 hari ni lama menghilang..

    Cara membentuk anak menurut Islam



    kalau dulu mama slalu search info related tp pregnancy, supplements during pregnancy, best food during pregnancy, tp skrg mama sibuk search info the best way to raises you according to both perspective, islamic & conventional. mama x pndai sgt...tp mama cube yer. Instead of psg music yg heavy2..mama psg bacaan al-quran..klu blh 24/7, sbb mama ade terbace on conventional research bhw soft music help to stimulate as well as develop baby's brain. Gentle lullaby can soothe a fussy baby. so, in this case..mama gantikan soft music of lullaby kpd bacaan al-quran, the best ever 'music'..:). smoga membentuk minda adam yg cemerlang..gemilang & terbilang...ameen.




    Salah satu cara membentuk anak-anak yang dianjurkan Islam adalah dengan cara memperdengarkan kalimah Allah s.w.t., ayat al-Quran dan perkataan yang baik kepada anak-anak supaya tutur kata dan adab sopannya sempurna. Al-Quran merupakan panduan hidup bagi seseorang muslim. Oleh itu, diwajibkan bagi seseorang muslim itu pandai membaca al-Quran dan memahami pengertiannya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat al-Quran, maka dia laksana rumah yang runtuh."(Hadis Riwayat at-Tarmizi)

    Meskipun bayi tidak mengetahui apa yang berlaku di persekitarannya tetapi mereka boleh memahaminya sekiranya menghadapi perkara yang sama berulang-ulang kali setiap hari.

    Antara kaedah mengajar bayi tentang al-Quran ialah memperdengarkan bacaan al-Quran dengan:
    1. sentiasa membaca Basmalah setiap kali memulakan sesuatu pekerjaan seperti ketika hendak menyusukan bayi atau ketika hendak memakaikannya pakaian atau ketika menidurkannya dan sebagainya.
    2. membaca surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas serta mendoakan kesejahteraan bayi.
    3. ibu bapa dan ahli keluarga digalakkan sentiasa membaca al-Quran supaya bayi yang masih kecil itu mendengar dan cuba memahami ayat-ayat yang didengarinya itu.
    4. sesuai dengan teknologi maklumat terkini, terdapat banyak alat yang boleh digunakan untuk memperdengarkan bacaan al-Quran kepada bayi seperti menggunakan radio, kaset, CD/VCD, TV dan alat pandang yang lain.

    Kalimah-kalimah zikir dan selawat juga dapat mendidik hati dan jiwa mereka dalam mendekati dan mencintai Allah s.w.t.:
    1. Subhanallah - ketika melihat atau mendengar sesuatu perkara yang pelik atau menakjubkan.
    2. Allahu Akbar - ketika melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t.
    3. A'uzubillah - apabila meminta perlindungan atau dalam keadaan takut.
    4. Alhamdulillah - apabila mendapat nikmat.
    5. Masya Allah atau La haula wala quwwata illabillah - apabila melihat sesuatu yang tidak elok atau melihat kemalangan.
    6. Lailaha illallah atau Asma'ul Husna - membaca atau mendodoikan bayi yang hendak tidur.
    7. Mengajar anak-anak kalimah syahadah.
    8. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.
    9. Memperdengarkan dan mengajarkan anak-anak nasyid yang memuji kebesaran Allah s.w.t. seperti nasyid sifat-sifat Allah dan sebagainya.
    10. Mengamal dan mengajarkan anak-anak doa harian seperti doa sebelum atau sesudah makan, doa ketika hendak tidur, doa ketika bangun dari tidur, doa ketika hendak masuk bilik air dan sebagainya.

    Sunday, June 19, 2011

    aksi adam & abg sepupu adam...

    amboii..mcm pakat senyum jer dua org nih. x padan dgn umo, baru sebulan lbh dh pndai posing2..dgn rambut x sikat lg. sume kwn2 mama ckp die mcm bdk beso..tp bile tgk mitten..mmg kompem2 la bby lg kan..:)  


    ohh..bulatnye mata die. nsib baik mata bulat ikut mama die..hihi

    mase nih..sorg umo 1bln lebih..sorg umo 4 tahun