Pages

Saturday, July 9, 2011

CARA UNTUK MENANGANI ANAK YANG NAKAL

Wahh..mesti ramai yg tertanye2..baru 3 bln, adam sudah nakal kah? xdela..saje nk share article ni. At least blh sy dijadikan reference in the future. Agak nervious jg kami untuk menjadi ibu bapa yg terbaik nih. Mampu kah?? Insya'Allah..no promises..but we'll try okies. Byk articles and ceramah yg sy pernah dgr mengenai perkataan 'jangan' pd anak2. Wahh..susahnyer nk prevent ourself from this word. Habis kalau xleh sebut jangan..nk gantikan dengan perkataan ape yer??? hmm..hmm..i've no ideas..

Apa akan kita buat apabila kita pulang ke rumah selepas penat bekerja, anak kita akan terus membuat semak rumah dengan mainan dan peralatan lain yang boleh dianggap sebagai mainan ataupun semasa kita sedang memandu, anak kita mengganggu kita atau apa sahaja perbuatan yang boleh membuatkan kita marah dan terus menengking mereka. Jawapannya mungkin kita akan marah dan tengking anak kita. Jika kita kata “JANGAN” mereka lagi akan buat perkara yang sama. Perkataan JANGAN ini seperti tidak “makan” pada diri mereka. Contoh : Jangan main gunting nanti luka jari!, Jangan lompat nanti jatuh!

Saya amat menyokong fakta yang mengatakan sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini kerana, apa sahaja yang dilihat dan didengar setiap hari ia seperti suatu pembelajaran bagi anak tersebut dan ia tersemat ke otak. Contohnya : Mereka suka menyebut perkataan “bodoh” tapi tidak tahu maknanya. Mereka juga suka meludah atau menjelirkan lidah seperti mengejek kita tapi tidak tahu sebabnya.
Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Begitu juga sebaliknya, seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.

Mungkin juga fakta yang mengatakan setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya adalah benar. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.

Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Langkah 1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.
Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.

Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.

Langkah 2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.
Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.

Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.

Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.
Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf  sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.
Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.
Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.
Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.
Saya juga bukan sahaja mengingatkan anda malah diri saya sendiri terutamanya, mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan kenakalan mereka menggugat kesabaran kita pada setiap tikanya. Oleh itu, kita sebagai ibubapa haruslah bersabar dari menahan kemarahan terhadap anak kita.

Dipetik dan disunting daripada artikel :
CARA UNTUK MENANGANI ANAK YANG NAKAL
Sumber :http://anakkusoleh.com
oleh :
Azaharin bin Roslan
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Perak Darul Ridzuan

new version of Adam

Alhamdulillah, dapat jg Adam dibotakkan akhirnye. Terima kasih sgt2 dkt ayah khir die, husband kak ina..bby sitter Adam kerana sudi nk botakkan Adam sbb kami berdua mmg x berani nk cukur kepala bdk kecik nih. Mase kt Terengganu, kami mmg dh buat kenduri cukur jambul..tp time tu malas nk botakkan sbb plan nk buat kenduri di perak plak. Tp lepas jer kenduri kt perak..sy rushing nk blk KL. So.akibatnye mmg x  sempat la. Nasib baik husband kak ina willing nk cukurkan. Lgpun sy perasan rambut ori Adam dh mula gugur. Hehe..comel sgt Adam new version nih..baru nmpak cam baby. Kalau ade rambut, mama tgk cam bdk beso jer..

wauu..bersinar2 di bawah cahaya...
adam & baju dino. Hmm..adam ni cam muke sy la...(mode: perasan)


 




"Take a child by the hand and you take a parent by the heart."

 

Merangsang Perkembangan Bayi

http://newparent.com/wp-content/uploads/2009/04/babyflashcards.jpg

Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi bayi yang genius.

Bayi baru lahir mempunyai tahap kepekaan yang tinggi pada 2 jam pertama selepas kelahirannya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini bagi merangsang bayi dengan pelbagai teknik mudah.

Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan.

Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya.

Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:

~ Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.

~Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.

~Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.

~Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.

~Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.

~Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

Bayi baru lahir hingga 4 bulan
Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya.

Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik.

Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah:
Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.

Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya.

Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan membawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat.

Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.

Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

~Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.

~Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.

~Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.

Bayi 6 bulan hingga 1 tahun
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

~Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.

~Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.

~Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.

Sumber dipetik dari : http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-209317.html

Perkembangan komunikasi kanak-kanak - Baby Communication Development

 

http://farm6.static.flickr.com/5310/5669250406_6461103514.jpg

Sumber : http://www.bicaramuslim.com

The source is from indonesian website tapi telah sy alih bahasakan dalam versi bahasa melayu. Wah2..sepertinya sy sudah expert dalam bahasa indonesia ya. Hehe, mcm terer plak yer..xdela..original source hanye menggunakan bhs indonesia yg senang2 aje. So ia memudahkan lg process alih bhs. Lgpun for knowledge sharing..ape salahnye kn..:)
 0-8 Minggu

Pada masa awal, seorang bayi akan mendengarkan dan mencuba mengikuti suara yang didengarnya. Sebenarnya tidak hanya itu, sejak lahir ia sudah belajar mengamati dan mengikuti gerak tubuh serta ekspresi wajah orang yang dilihatnya dari jarak tertentu. Meskipun masih bayi, seorang anak akan mampu memahami dan merasakan adanya komunikasi dua arah dengan memberikan respon lewat gerak tubuh dan suara. Sejak dua minggu pertama, ia sudah mulai terlibat dengan percakapan, dan pada minggu ke-6 ia akan mengenali suara ibu, dan pada usia 8 minggu, ia mulai mampu memberikan respon terhadap suara yang dikenalinya.


Tindakan yang patut diambil;

1. Semakin ibu bapa menstimulasi anaknya dengan cara mengajaknya bercakap-cakap dan menunjukkan sikap yang mendorong munculnya respon dari si anak, maka si anak akan semakin tertarik untuk belajar bicara. Tidak hanya itu, kualiti percakapan dan bicaranya juga akan lebih baik. Jadi, teruslah mengajak anak Anda bercakap-cakap sejak hari pertama kelahirannya.

2. Jalinlah komunikasi dengan dihiasi oleh senyuman Anda, pelukan, dan perhatian. Dengan demikian anak Anda akan termotivasi untuk berusaha memberikan responnya.

3. Tunjukkanlah selalu kasih sayang melalui peluk-cium, dan kehangatan yang boleh dirasakan melalui intonasi suara Anda. Dengan demikian, Anda menstimulasi terjalinnya ikatan emosi yang erat antara Anda dengan anak Anda sekaligus membesarkan hatinya.

4. Selama menjalin komunikasi dengan anak Anda, jangan lupa untuk melakukan ekspresi mata secara intensif kerana dari pandangan mata tersebutlah si anak dapat merasakan perhatian, kasih sayang, cinta, dan pengertian. Jika sedang bicara, tataplah matanya dan jangan membelakangi dia.

5. Jika anak Anda menangis, jangan didiamkan saja. Selama ini banyak keliru, bahawa jika bayi menangis sebaiknya didiamkan saja supaya bayi anda tidak terlalu manja. Padahal, satu-satunya cara seorang bayi baru lahir untuk mengkomunikasikan keinginan dan perasaan (haus, lapar, kedinginan, kepanasan, emosional, kelelahan, kebosanan)  disampaikan melalui tangisan. Jadi, jika tangisannya tidak Anda pedulikan, lama-lama dia akan bosan kerana kehendaknya diabaikan. Seharusnya, sebagai ibubapa haruslah belajar memahami dan mengerti bahasa isyaratnya.



8-24 Minggu

Setelah bayi pandai mengekspresikan dirinya melalui gerak tubuh, sianak akan mula bercakap dengan bahasa-bahasa yang mudah dan lucu didengari…”eh”, “ah”, “uh”, “oh” dan disusuli dengan konsonan “m”, “p”, “b”, “j” dan “k”. Pada usia 12 minggu, bayi sudah mulai bercakap “aaahhh”, “bahbah”, “gaagaa” dan pada usia 16 minggu, ia akan berupaya tertawa atau menjerit riang dan suka merungut atau merengek. Pada usia 24 minggu, sianak mulai berkata “ma”, “da”, “ba” dan sebagainya. Pada peringkat usia ini, sianak sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang dia mampu fahami apa yang orang lain katakan padanya. Jika anda sedar, pada peringkat ini, sianak suka mengulangi bercakap apa yang didengari dari suaranya sendiri.


Tindakan yang patut dilakukan;

1. Untuk melatih anak berbicara, seorang anak perlu latihan mekanisme berbicara melalui latihan gerakan mulut, lidah, bibir. Sebenarnya, aktiviti menghisap, menjilat, menyemburkan gelembung dan mengunyah merupakan kemampuan yang diperlukan. Oleh sebab itu, latihlah anak Anda baik dengan permainan maupun dengan makanan.

2. Sering-seringlah menyanyikan lagu untuk anak Anda dengan lagu-lagu anak-anak yang sederhana dan lucu, secara berulang dengan penekanan pada rima dan pengucapannya. Menyanyilah dengan diselangi permainan-permainan yang bernada serta menarik. Jadi, luangkan lah waktu Anda untuk terlibat dalam kegiatan menarik seperti itu agar kemampuan bicara dan berbahasa anak anda akan lebih berkembang .

3. Salah satu cara seorang anak berkomunikasi di usia ini adalah melalui tertawa. Oleh sebab itu, luangkan masa bergurau dengannya, tertawa, membuat suara-suara dan ekspresi lucu agar kemampuan komunikasi dan interaksinya meningkat dan mendorong tumbuhnya kemampuan bahasa dan bicara.

4. Setiap bayi yang baru lahir, mereka akan belajar melalui pembiasaan atau pun pengulangan suatu pola, kegiatan, nama atau peristiwa. Melalui mekanisme ini Anda boleh mengenalkan kata-kata yang bermakna pada anak pada saat melakukan aktiviti rutin, seperti : pada waktu makan, Anda boleh katakan “nyam-nyam”


28 minggu – 1 tahun

Usia 28 minggu seorang anak mulai boleh mengucapkan “ba”, “da”, “ka” secara jelas sekali. Bahkan waktu menangis pun vokal suaranya sangat lantang dan dengan penuh intonasi. Pada usia 32 minggu, ia akan mampu mengulangi beberapa suku kata yang sebelumnya sudah mampu diucapkannya. Pada usia 48 minggu, seorang anak mulai mampu sedikit demi sedikit mengucapkan sepatah kata yang sarat dengan erti. Selain itu, ia mulai mengerti kata “tidak” dan mengikuti tonasi sederhana seperti “bye-bye” atau main “ciluk-baa”. Ia juga mulai bisa meniru bunyi binatang seperti “guk”, “kuk”, “cak” .


Tindakan yang patut dilakukan

1. Jadilah model yang baik untuk anak Anda terutama pada masa ini lah mereka mulai belajar meniru kata-kata yang didengarnya dan mengucapkannya kembali. Ucapkan kata-kata dan kalimat Anda secara perlahan, jelas dengan disertai tindakan (agar anak tahu maksudnya antara kata yang Anda ucapkan dengan tindakan yg sepatutnya dilakukan), dan jangan lupa disertakan dengan bahasa tubuh dan ekspresi wajah Anda.

2. Anak Anda akan belajar bicara dengan bahasa yang tidak jelas bagi Anda. Jadi, ini lah waktunya untuk Anda berdua (Anda dengan anak) saling belajar untuk bisa saling memahami keinginan dan maksud berdua. Jadikanlah kegiatan ini sebagai salah satu bentuk permainan yang menyenangkan agar anak Anda tidak patah semangat untuk terus mencuba mengucapkan secara jelas. Namun, jika Anda malas memperhatikan “suaranya”, apa yang dimaksudnya, dan tidak mengulangi suaranya, atau bahkan ekspresi wajah Anda membuat dirinya jadi enggan mencuba, maka anak Anda akan merasa bahawa “tidak mungkin baginya untuk mencuba mengekspresikan keinginan kerana orang dewasa tidak akan ada yang mahu mendengarkannya”.

3. Kadang-kadang, ikutilah sebutannya, namun, Anda juga perlu mengucapkan kata secara benar. Jika anak anda berjaya mengucapkan suatu suku kata atau kata dengan betul, berilah pujian yang disertai dengan pelukan, ciuman, tepuk tangan dan sampaikan padanya, “betapa pandainya dia”.

4. Jika mengucapkan sebuah kata, sertailah dengan penjelasan ertinya. Lakukan hal ini secara berterusan walaupun tidak semua perkataan dpt difahaminya. Penjelasan boleh dilakukan dengan menunjukkan gambar, gerakan, sikap tubuh atau pun ekspresi.



1 tahun – 18 bulan

Pada usia setahun, seorang anak akan mampu mengucapkan dua atau tiga patah kata yang punya makna. Sebenarnya, ia juga sudah mampu memahami sebuah objek sederhana yang diperlihatkan padanya. Pada usia 15 bulan, anak mulai mengucapkan dan meniru kata yang sederhana dan sering didengarnya untuk kemudian mengekspresikannya pada situasi yang tepat. Usia 18 bulan, ia sudah mampu menunjuk objek-objek yang dilihatnya di buku dan dijumpainya setiap hari. Selain itu ia juga mampu menghasilkan kurang lebih 10 kata yang bermakna.


Tindakan yang patut dilakukan

1. Kenalkan anak anda dengan berbagai macam suara, bunyi, seperti misalnya suara kereta, motor, kucing, anjing, dsb. Kenalkan pula pada suara-suara yang sering didengarnya sehari-hari, seperti pintu terbuka-tertutup, suara air, suara angin berdesir, kertas dirobek, benda jatuh, dsb.

2. Rajin-rajinlah membacakan buku-buku yang sangat sederhana namun sarat dengan cerita yang menarik untuk anak dan gambar serta warna yang “eye catching”. Tunjukkan objek-objek yang terlihat di buku, sebutkan namanya, jelaskan apa yang sedang dilakukannya, bagaimana jalan ceritanya. Minta lah padanya untuk mengulang nama yang Anda sebutkan, dan jangan lupa, berilah pujian jika ia berjaya mengingat dan mengulang nama yang Anda sebutkan.

3. Jika sedang bersamanya, sebutkan nama-nama benda, warna dan bentuk pada setiap objek yang dilihatnya.

4. Anda sudah boleh mengenalkan padanya angka dengan kegiatan seperti mengira benda-benda yang sedang dibuat permainan. Lakukan itu dalam suasana yang santai agar anak tidak merasa ada tekanan keharusan untuk menguasai kemampuan tersebut.



2 tahun – 3 tahun

Seorang anak mulai menguasai 200 – 300 kata dan senang bicara sendiri (monolog). Sekali waktu ia akan memperhatikan kata-kata yang baru didengarnya untuk dipelajari secara diam-diam. Mereka mulai mendengarkan pesan-pesan yang penuh makna, yang memerlukan perhatian dengan penuh minat dan perhatian. Perhatian mereka juga semakin luas dan semakin bervariasi. Mereka juga semakin lancar dalam bercakap-cakap, meski pengucapannya juga belum sempurna. Anak seusia ini juga semakin tertarik mendengarkan cerita yang lebih panjang dan kompleks. Jika diajak bercakap-cakap, mudah bagi mereka untuk loncat dari satu topik perbicaraan ke yang lainnya. Selain itu, mereka sudah mampu menggunakan kata sambung “sama”, misalnya “ani pergi ke pasar sama ibu”, untuk menggambarkan dan menyambung dua situasi yang berbeza. Pada usia ini mereka juga bisa menggunakan kata “aku”, “saya” “kamu” dengan baik dan benar. Dengan banyaknya kata-kata yang mereka fahami, mereka semakin memahi perbezaan antara yang terjadi di masa lalu, masa kini dan masa sekarang.


Tindakan yang patut dilakukan

1. Pada usia ini, anak Anda akan lebih senang bercakap-cakap dengan anak-anak seusianya dari pada dengan orang dewasa. Untuk melatih mereka berkomunikasi dengan baik ialah dengan hantar anak ke nursery yang ramai kanak-kanak, agar sianak mampu mengembangkan kemampuan komunikasi sekaligus sosialisasi. Meskipun demikian, bahasa dan kata-kata yang diucapkan masih bersifat egosentris, namun lama kelamaan akan lebih bersifat sosial seiring dengan perkembangan usia dan keluasan jaringan sosialnya.

2. Sering-seringlah menceritakan cerita menarik pada anak Anda, kerana sebenarnya cerita juga merupakan media atau sarana untuk mengekspresikan emosi, menamakan emosi yang disimpannya dalam hati, dan belajar berempati. Dari kegiatan ini pula anak Anda tidak hanya belajar berani mengekspresikan diri secara verbal tapi juga belajar perilaku sosial.

3. Ceritakan padanya cerita yang lebih kompleks dan kenalkan beberapa kata-kata baru sambil menerangkan ertinya. Lakukan ini secara terus menerus agar ia dapat mengingatinya dan mengenalinya dengan mudah ketika Anda mengulang cerita itu kembali di lain waktu.



3 –4 tahun

Anak mulai mampu menggunakan kata-kata yang bersifat perintah; hal ini juga menunjukkan adanya rasa percaya diri yang kuat dalam menggunakan kata-kata dan menguasai keadaan. Mereka mudah sekali mengenali kata-kata baru dan terus berlatih untuk menguasainya. Mereka menyedari, bahawa dengan kata-kata mereka boleh mengendalikan situasi seperti yang diinginkannya, bisa mempengaruhi orang lain, boleh mengajak teman-temannya atau ibunya. Mereka juga mulai mengenali konsep-konsep tentang kemungkinan, kesempatan, dengan “andaikan”, “mungkin”, “misalnya”, “kalau”. Perbendaharaan katanya makin banyak dan bervariasi seiring dengan peningkatan penggunaan kalimat yang tepat. Anak-anak itu juga makin sering bertanya sebagai ungkapan rasa ingin tahu mereka, seperti “kenapa dia Ma ?”, “sedang apa dia Ma?”, “mahu ke mana ?”


Tindakan yang patut diambil

1. Hindari sikap menyatakan kesalahan pengucapan kata anak secara langsung, kerana itu akan membuatnya malu dan malah boleh mematahkan semangatnya untuk belajar dan berusaha. Anda boleh mengulangi kata-kata tersebut secara jelas seolah Anda menjelaskan apa yang dimaksudkannya. Dengan demikian, ia akan memahami kesalahannya tanpa merasa harus malu.

2. Pada usia ini, seorang anak sudah mula mengerti penjelasan sederhana. Oleh sebab itu, Anda boleh mencuba untuk ajaknya diskusi soal-soal yang sangat sederhana; dan tanyakan apa pendapatnya tentang persoalan itu. Dengan cara itu, Anda melatih cara dan proses penyelesaian masalah pada anak Anda setahap demi setahap. Hasil dari tukar pendapat itu sebenarnya juga mempertinggikan self-esteem anak kerana ia merasa pendapatnya didengarkan oleh orang dewasa.

3. Mulailah mengeluarkan kalimat yang panjang dan kompleks, agar ia mulai belajar meningkatkan kemampuannya dalam memahami kalimat. Untuk mengetahui apakah ia memahami atau tidak, Anda boleh melihat respon dan reaksinya; jika ia melakukan apa yang Anda inginkan, dapat diertikan ia cukup mengerti kalimat Anda.

4. Anak-anak sangat menyukai kegiatan berbisik kerana hal itu permainan mengasikkan buat mereka sebagai salah satu cara mengekspresikan perasaan, dan ingin tahu.

5. Pakailah cerita-cerita dongeng dan fantasi yang sebenarnya mencerminkan dunia anak kita dan memakainya sebagai suatu cara untuk mengajar banyak hal tanpa menyinggung perasaannya. Dengan mendongeng, Anda mengenalkan padanya konsep-konsep tentang moral, nilai-nilai, sikap yang baik dan jahat, keadilan, kebajikan dan pesan-pesan moral lainnya. Jadikanlah saat-saat bersama anak Anda sebagai masa yang menyenangkan, ceria, santai dan segar. Buatlah ini menjadi kebiasaan di waktu-waktu tertentu, seperti sebelum tidur atau di waktu siang hari.

3 days training @Oracle University

Series..training SQL Tuning kt KL pd 4/7 - 6/7 mmg agak memenatkan. Luckily tpt training kt midvalley jer and ade komuter direct ke sane. Pagi2 sy hanta Adam awal sket dlm pkul 6.50 am. Naik train dlm pkul 7.15 - 7.45. Nasib baik Rawang consider as the 1st station, so harapan nk dpt tpt duduk tu agak cerah. Smpai jer kt stesen Sg. Buloh, org makin ramai. Berhimpit2. Nasib baik Komuter ade menyediakan Coach for Ladies. So x perlu2 berhimpit2 dgn lelaki2. Boleh tahan la crowdednye. Dlm hati bersyukur sgt2 sbb x perlu menghadapi situasi tersebut hari-hari. At least..se jammed2 jln ke perodua...yg agak sesak akibat dari staff perodua sendiri yg ramai nk pg keje dlm masa yg same...ataupun kena melalui sekolah, tp x sepenat berdiri dlm komuter selama lebih kurang 1 hour. Blk training dlm pukul 5 pm. Blk pn ok sbb ramai yg naik dari KL Central, so sy slalu dpt seat. Cuma pd hari last training, sy x sanggup nk naik train pkul 5pm tu..bukan setakat crowded..tp sy nmpak mat2 africa and mat bangla dlm ladies coach...siap tersenyum2 dgn muka x bersalah lg! Security guard di MidValley yg ketika itu ade 2 org dan nmpak kejadian tersebut hanye buat2 x tahu wlpun rmai yg merungut2. Helloo, buat ape keje security kalau makan gaji buta kan. Itulah loopholes yg sy nmpak. Hasilnye..ramai yg x sanggup nk naik. Sy rela tunggu next train. Tapi on da way ke rawang, smpai kt kluang..skali lg beberapa mat bangla selambe naik Ladies Coach..nsib baik masa tu dh x crowded dsebabkan next station, Rawang is the last station. No manners sungguh. Dh la masuk negara org suke2 hati..then selambe break the rule. I dont think Malaysian people will act the same behave if they were in Bangladesh kan. 


Oh yer..dsebabkan mama adam training kt midvalley..on the way tu smpat lg mama adam usha sweater kt kids outlet. Mama plan nk bli kaler merah utk adam, tp xde size kecik..so mama rase stripe pattern green & white pn comel jg utk adam.

Hehe..tgh2 hari bute pn mama pakaikn die sweater baru yek adam. Bukan ape..pas mkn ni, mama & ayah nk bwk adam g tesco..dlm tesco tu leh tahan la sejuknyer..


baby development: 3 month

Holding her head steady

During this month, your baby may be able to lift her head while on her back and hold it for several minutes. If sitting with support, she may be able to hold her head steady and erect. When she's on her stomach, you might see her lifting her head and chest as if she were doing mini-pushups. You can offer encouragement by sitting in front of her and dangling a toy.

Adam already able to lift his head up since he was less than 1 month, but by that time, he still need 90% support from us. Now, once he turns 3 month,  i realize that he able to hold his head steadily w/out our support anymore...yeayy keep it up!

lift his head w/out our support nymore..:)

Better arm, leg and hand coordination

Your baby can now wave her arms and kick her legs. As her hip and knee joints become more flexible, her kicks are getting stronger. And if you hold her up with her feet on the floor she should push down on her legs now. She can bring both hands together and open her fingers, though she'll probably use a closed fist to bat at dangling objects. (Of course, swatting at a toy or other object is developmental progress in itself!) Encourage her hand development by holding out a toy to see if she'll grasp it.  
   
oh yess..mama in-progress to help adam how to use his fingers. This week i notice that he always put his hands up and able to reach my fingers twice on last Wednesday. Good job, my dear! Im already introduced him to Mr. Bebear, Mr. Octopus, Mr. Prawn and Mr. Fishy..

Sleeping patterns getting more manageable

Starting about now, sleep-deprived parents may get some respite. By three to four months, your child's sleep patterns start to settle down. Many babies this age can even sleep through the night, though they may still wake up for the occasional feeds.

Some children may not sleep through the night (which, for the first year, usually means just six hours at a time), for a good three to six months, so don't worry if your baby still wants to keep you up at night. (Nevertheless, these ideas may help encourage your baby to sleep through the night.)

Hmm..this one is ok la. Getting better than last month, even though he still wake up every 2-3 hours for feeds. 
But i facing another problem. He will cry and cry and becoming more fussy for almost 1-2 hours before turn sleep.This behavior happens recently..only at nite and already a week. Why ar? I keep on raising the same questions to an expert@ experienced  ppl around me..some says that bby less than a year is always like that..u will never know why! (Uwaa..)And some says..maybe he was in transition mode. (ok..acceptable)
After a few days, i noticed that if i talked to him whilst he crying..he will response me well. Wahh..u dont want to sleep yet kah? Im asking him. As usual, if we look into his eye and talk about anything..he will smile and his mood turns ok. Mama so relieve... 


Clear recognition of mum and dad

By three months, and probably earlier, your baby will have formed an attachment to you and be familiar with your face. Most likely she will still smile at strangers, especially when they look her straight in the eye and coo or talk to her. But she's beginning to sort out who's who in her life and definitely prefers some people to others.

The parietal lobe, the part of the brain that governs hand-eye coordination and allows a person to recognise objects, is developing rapidly now. And the temporal lobe, which assists with hearing, language and smell, has also become more receptive and active. So when your baby hears your voice now, she may look directly at you and start gurgling or trying to talk back.


Start reading to her now

Reading to a child, no matter how small, will pay off. It helps your baby develop an ear for the cadence of language -- in fact, varying the pitch of your voice, using accents, singing and vocalising make the aural connection between you and your baby that much more stimulating. But don't worry if she looks the other way or loses concentration -- adjust her stimulation by trying something else, or give her time to rest. Coordinate your interactions with her responses and interest.

There are plenty of good books to read to your baby. Choose board books with large, bright pictures and simple text -- or even wordless books with pictures for you to narrate.

But at this point you needn't be slavish to age guidelines. Books designed for older children with clear, crisp images and bright colours can captivate a baby. Or you can even read poetry originally written for adult ears. What your baby doesn't understand will nonetheless delight her because of its musicality (you'll probably be amused as well).

Ok, mama & ayah kena start beli buku ni. Mood berkobar muncul dgn tibe2..

Early language development

This is a sensitive time when verbal stimulation is particularly important for your baby. Seize the moment and engage her with a variety of words and sounds. Recent research links higher intelligence levels to how many words a child hears in the first year of life. This is the time to set a sound foundation. Even a trip to the pasar malam can be a chance to stimulate your child -- as you walk, point to objects and identify them by name. Your baby can't repeat these words yet, but she's storing all the information in her rapidly developing memory.

A baby in a bilingual home will get double the language training if she regularly hears both languages spoken. If you'd like her to learn more than one language, have each parent speak to her in a different language.

Dsebabkan ayah more fluence in english compared to mama, so we have agreed that ayah will talk with adam in english, while mama in malay or in Arabic or Japanese..keh2.  And if we have chances, we will send adam to Chinese school so that he will have opportunity to expose himself to several languages. 
bring him to shopping

Touch becoming more sensitive

Stimulate your baby's sense of touch with materials such as fur, tissue, felt and terrycloth, or look for books that make touching a part of the reading experience. Touching, carrying and massaging your baby, along with moving her through the surrounding air when you lift her, are powerful ways to relax her and may even increase her alertness and attention span.  

holding him..

Beginning to interact with others

Your child is set on "receive," drawing conclusions about the world around her. By now, she may respond to her face in the mirror by smiling (babies love looking at themselves), and she may stop sucking her thumb or pacifier to listen to your voice. By cooing or making noises at her, and by describing even the most mundane household chore, you're not only connecting with her but also encouraging her to express herself.

Even with others, your baby is becoming more animated and engaging -- flashing smiles, oohing and cooing. The fun has really begun. When you're with friends, keep her nearby so she can hear the richness of human interaction.

Adam play with auntie tasha..

Is my baby developing normally?

Remember, each baby is unique and meets social milestones at her own pace. These are simply guidelines to what your baby has the potential to accomplish -- if not right now, then shortly.

And if your baby was born prematurely, you'll probably find that she needs time before she can do the same things as other children her age. Don't worry. Most doctors assess a premature child's development from the time she should have been born and evaluate her skills accordingly.

If you have any questions at all about your baby's development, check with your doctor.