Pages

Friday, January 11, 2013

Nak kuruskan badan dengan cara selamat..?

Alhamdulillah, selepas 3 kali bersalin pn berat badan saya masih maintain with less flabby ok.Yer, makcik memang paling takut GEMUK ok! Bukan x pernah gemuk pn..dulu after SPM..tiba2 jer berat naik secara mendadak. Register UIA dengan berat 60kg. Wa..sadissss. Maklum la, cuti SPM tu berbulan2..so mkcik makan tido..makan tido..xde keje lain. Berat turun mendadak bila amik part time kt Ascent Consortium PKNS mase cuti semesta. Turun 8kg...sbb komited sgt dengan keje..ecehh! Lepas tu maintain..smpai la nk kawen jadi 47kg. Lepas jer bersalin anak 1st, berat naik sket 51 kg. Lepas bersalin anak ke-2, berat dalam 53 kg and bersalin yg ketiga ni berat dalam 54kg. Still ideal. Tapi ade hati nak turun sampai 47kg mcm zaman2 anak darrr tu. Lepas bersalin anak ke-3, masuk jer opis..bos puji..'hmm maintain..bagus2'. Ape lagi..berbunge2 mawar la hati makcik..siap sms encik hubi lg.

Ape rahsianye??

1. Set Nona Roguy
Sesetengah orang memang malas nk makan jamu2 ni. Sebab takut panas and effect pada bayi semasa menyusu. Tapi selepas bersalin, jangan la terus makan jamu2 ni. Tunggu after 2 weeks, selepas bayi btol2 free dari jaundice. Phytonatal tu jangan la makan 4 biji sekaligus. Silap2 karang ade yang berkampung kat toilet. Start makan 1 biji pil phytonatal sekali sehari. Teh NR tu jangan tinggal. Minum 4 kali sehari. Pagi, tgh hari, ptg and malam. Barut? Jangan minum and makan sebelum pakai barut..x kisah la nk barut mcm manapun. Kalau x kisah perut anda buncit selepas bersalin, boleh teruskan niat tak pakai barut..hihi. Hasilnye..kompem perut macam mengandung 2 bulan oke. Ni petua dari mak mertua sy yg slim melim tu.



2. Phytonatal NR
Kalau boleh, continue makan phytonatal NR sampai 100 hari, untuk body maintenance jg kan. Badan kita ni kn nak guna lama...in sya Allah:)

3. Phyto Cleanse Plus/ Phytox
After end of confinement, boleh la proceed dengan phyto cleanse plus or phytox. Tp phytox tak boleh makan ketika period ye. Mkn 1-2 month.

4. After 100 days, boleh la start mkn Jamu Mak Dara & Jamu Susut Mak Dara. Perbezaan antara dua ni ialah Jamu Mak Dara Gold mempunyai extract collagen plus dpt menurunkan berat sekiranya dimakan secara konsistent. Manakala Jamu Susut Mak Dara mmg mainly utk kuruskan badan. So mane2 pon bole. Nak makan dua2? pon boleh..tapi dengan aturan yang betul...2 pil Jamu Mak Dara Gold sebelum makan pagi, 2 pil Jamu Susut sebelum makan tengah hari disusuli dengan 2 pil Jamu susut sebelum makan petang. Ha..senang jer kan.


Ala..ni jamu2. Saya x suka makan jamu2 ni! Ha..mungkin ade sesetengah orang yang tak tahan ambil jamu sebab kesan dia yg panas. Bagi yang dah biasa makan, sebenarnye..xde la panas sgt pn kan. Ok..takpe, jangan risau. Masih ade option lain:). Cuba try SHAKLEE produk or FELINNA.

SHAKLEE

Walaupun sy consume Shaklee semasa bersalinkan anak ke-3, phytonatal tetap jg sy amik  sbb phytonatal ni bagi saya sangat mempercepatkan pengecutan rahim which i couldnt find in any other product yet:). Shaklee ni adalah sejenis vitamin yang selamat untuk ibu menyusu selain dapat mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Ok, kali ni sy fokus kepada cara menguruskan badan dengan SHAKLEE. Ade beberapa vitamin yang sy boleh suggest:-

1. Lecithin-Lecithin mampu membakar lemak berlebihan semasa penyusuan berlaku. Kalau kurang menyusu badan Lecithin ini menjadi kurang berkesan.

2. Omega Guard - Ha..product ni saye sukee. Sebab bila consume Omega Guard, badan aka rase panas dan ini akan menyebabkan anda sentiasa rasa dahaga. Ia berfungsi untuk mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan dan menyebabkan anda berasa sentiasa kenyang. Omega Guard juga mampu membantu anda untuk lebih fokus dan ia mengandungi DHA yang baik untuk perkembangan minda kanak-kanak. Kira product ni multifunction la..kuruskan badan + brain development:-)


3.ESP - Product ESP SHAKLEE mmg tak perlu dipertikaikan lagi. Product ni mampu membanyakkan pengeluaran susu badan dan dalam masa yang sama menngurangkan rasa lapar yang keterlaluan jika mengikut aturan makan dengan betul.


OK..macam mane? Ok tak Shaklee? Ape? Malas nk telan2 ubat ni..?? Pulak dah..! Ok..xper..masih ade option lagi..jom cuba Felinna Inchloss nak?

Kenapa Losyen Felinna Inchloss?
1.Selamat untuk ibu yang menyusu badan, sebab losyen ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja.
2. Losyen ini berbau wangiii sangat2..susah nak describe:)
3. Losyen ini tahan lama walaupun pakai dengan kuantiti yang sedikit. Just apply losyen Inchloss ni di seluruh badan atau dikawasan yang anda target untuk dikecilkan. Tak perlu bersenam yang keterlaluan..just jalan2 setempat..kalau kat rumah tu..lepas pakai losyen, cuba anda bergerak aktif, basuh baju, naik turun tangga, masak2 ke. Anda akan dapat merasakan sedikit kepanasan dimana lemak sedang terbakar dengan jayanye. Kalau kurang bergerak, lemak tetap akan terbakar, tp tak se aggresive kalau anda byk melakukan movement. Lepas tu..kalau apply a few drop of Inchloss waktu pagi..klu anda banyak bergerak di waktu petangnye..anda boleh merasakan kesan losyen tersebut masih lagi kekal berfungsi. Boleh dikatakan losyen Inchloss ni memang tahan lama.
4. Losyen ini tidak berminyak. Ini yang paling saya suke..dulu..macam2 losyen sy pakai..tp felinna inchloss ni la yang paling wangi dan tak berminyak. So kalau nk pergi keje tu..xde la bau macam minyak angin kan. Pakai pn org tak perasan...hihi


Option lain, SD II pn ade, tp setakat ni makcik tak pernah try lagi. Nnti kalau makcik dh try..baru makcik boleh kasi testimoni ye.

SELAIN TU???

1. Apple Cider Vineger (ACV)
Boleh cuba minum ACV setengah jam sebelum makan. Saya memang dah lama amalkan ACV ni, Alhamdulillah, badan kurang letih dan rasa lebih bertenaga.

2. Madu + Serbuk kulit kayu manis
Yang ni salah satu cara boleh memaintainkan badan anda. InshaAllah..lemak2 memang susah nak menapak kalau anda amalkan minum madu + serbuk kulit kayu manis secara konsistent.

3. Jalan Kaki
Banyakkan berjalan kaki, kalau boleh, bila time nak pergi keje...parking jauh sikit agar kita boleh berjalan. Then kurangkan naik lif, amalkan turun naik tangga.

LAGI???

1. Berdoa
Kita dah cuba macam-macam cara, jaga permakanan..makan supplement, makan makanan sunnah..tapi jangan lupa untuk berdoa agar kita mendapat berat badan yang ideal dengan niat agar kita lebih mudah menjalankan ibadah dan pekerjaan seharian dengan lebih bertenaga, inshaAllah :-)

Kat sini saya nk share satu doa yang saya dapat dari FB Produk Anugerah, doa untuk menguruskan badan:-


Cara:
1. Baca surah Al-Fatihah (1 kali)
2. Baca Surah Al-Hasyr, ayat 21 - 24 (1 kali)
3. Dan baca doa di atas.

InshaAllah.





3 comments:

norziha said...

Jamu nona roguy memang bagus diambil selepas bersalin di mana badan kita akan rasa segar, ringan, cergas dan boleh maintain seperti sebelum bersalin. Walaupun berat badan kita telah turun atau maintain seperti yang kita idamkan tetapi masalah selulit di badan sukar untuk dihilangkan. Di sini saya nak share satu product yang boleh menghilangkan selulit dan menghaluskan kulit agar tampak muda selalu tidak berkedut.

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh tengok di sini:-

http://healtyslimming.com/blog

Unknown said...

hi
saya ada cara anda blh kurus dengan mudah dan cepat tanpa guna pape produk.
http://weighttrainer.blogspot.com
tq

Min Aina Ila Aina said...

Baru nak cuba phytonatal lepas pantang ni