Pages

Tuesday, February 17, 2015

Procedure Biopsy


Hello 2015! :)

Dah masuk bulan Feb baru terhegeh2 nk update blog ye..hihi. Sy very tight with Maybank & GST project..tu yang tak berkesempatan nk update2 blog ni. Tapi saya ada benda nk share dgn semua especially buat pembaca-pembaca wanita semua.

Last 2 weeks kami di office dikejutkan dengan berita sahabat kami disahkan menghidapi kanser payudara. Berita itu betul2 sangat mengejutkan kerana keadaan beliau sangat2 lah sihat. Saya mula cuak..sebab 8 tahun lepas saya mmg ada lump di sebelah kiri namun doctor mengesahkan bahawa lump tersebut tak berbahaya, so mmg xde la saya kena undergo apa2 procedure ultrasound or biopsy selepas tu. Namun lately ni mmg saya terasa sengal2 jugak..especially kalau anak terhantuk di kawasan tersebut..ops. Tambahan berita yang mengejutkan ni mmg menambahkan lagi kerisauan.

So last week 10/2 saya pn pergi Columbia Asia utk breast examine walaupun saya paling takut jumpe doctor dan doctor gigi. Nurse akan tanya kalau kita ni first timer, mmg kena undergo ultrasound dulu..cost dlm RM250 dan di'cover' oleh insurance. Mase ultrasound dengan Doktor Siti (kalau x silap), saya terkejut...bukan 1 lump tp 3 lump yang suspicious. Selama ni saya cuma rasa 1 jer..itu pn kadang2 jumpe..kadang2 tak. 2 lagi lump ni mmg x perasan langsung sbb tak ada tanda2. Hati saya mula gundah. Doktor ckp 'Em...bentuk x berapa cantik!'. Saya tanya 'Mcm mana nk tau bahaya ke tak?'. Doktor ckp kalau ada shadow and ada increase vascularity mmg suspicious. Ya Allah...ujian apakah ini. risaunya dalam hati...mengenangkan anak-anak yang masih kecik. Aqeef yang masih manja. Adam yang masih kuat menangis. Itu jer yang bermain dalam kepala. Doktor Siti enggan mengulas lanjut, dia ckp nanti Doktor pakar breast surgery akan mengulas lebih lanjut.

Dalam pukul 10 pagi selepas ultrasound procedure, saya jumpe dengan doctor pakar breast surgery. Lemah lembut jer doctor ni. Dia tgk report ultrasound dan suggest 3 procedures...tp 2 jer yang saya ingat. 1st biopsy....kedua surgery untuk buang suspicious lump. Tp suspicious lump tu akan dihantar ke klinik untuk ujikaji..selepas seminggu kalau didapati mengandungi sel kanser, doctor akan melakukan surgery yang seterusnya untuk lymph nodes..iaitu mengambil sample dibahagian ketiak untuk melihat sejauh manakah sel kanser telah merebak.

Lemah lutut saya mendengar saranan doctor tu. Risau hanya Allah yang tahu. Kemudian saya mintak masa untuk discuss dengan husband. Sy kol husband dan terus menangis. Saya beritahu apa procedure yang sy kena buat. Mula2 kitorg dicuss nak buat surgery, tapi sorang nurse ni ckp...'Saya suggest puan buat Biposy' dulu. Kalau xde ape...puan xyah la buat surgery'. Last2 saya pn agree. So mlm tu mmg patutnya saya kena tido kat Hospital, sebab biopsy procedure tu keesokan harinya tapi saya mintak blk sebab kesian plk kt husband nak menguruskan anak-anak.

Tapi malam tu saya mmg macam hilang separuh jiwa...down sgt2..asyik menangis siang malam. Saya cakap kt husband mengenai pelbagai possibilities. Saya tanye dia banyak kali..'awak ready ke?' 'adakah awk akan terima saya seadanya?'. Hubi peluk saya...pegang tangan saya..dan mintak saya bertenang. Dia ckp inshaAllah..jangan fikir bukan2. Tapi masakan saya boleh fikir yang baik2 saja sedangkan report ultrasound menunjukkan suspicious. Malam tu saya x blh tido..rasanya pukul 3 pagi saya dah terjaga dan menangis lagi.

Esoknya pukul 5 saya kol umi (mak saya di KL). Saya story kat dia dan mintak umi berdoa agar semuanya baik2 sahaja. Kemudian pagi tu saya hanta husband ke opis sbb dia ada training dan selepas hanta anak-anak, saya masuk semula ke bilik wad. Sambil menunggu tu saya kol mok (mak mertua di Terengganu). Saya mohon dia berdoa untuk saya juga. Mok suruh saya banyak bersabar dan berdoa. Sambil menunggu di wad saya baca surah Al-Fiil & 'Rabbi Yassir Wala tu' assir'... banyak-banyak kali. Kadang2 air mata tumpah jugak. Kemudian dlm pukul 9.30 Doktor pakar breast surgery tu dating melawat. Melihatkan air muka saya yang sungul, dia mintak saya bertenang. Dia ckp 95% keputusan biopsy adalah -ve, so inshaAlllah. Saya Tanya lagi, kalau sel kanser, mmg lump tu akan membesar? Doktor ckp 'Ye'. Nurse sebelahnya pn cakap benda yang sama. So kalau mengikut size lump yng kurang dari 2cm and sebelah lagi kurang dari 1cm inshaAllah..bukan. Tapi hati saya masih lagi risau.

Kemudian dalam pukul 11 pagi, baru saya dipanggil untuk Biopsy procedure dengan Doktor lelaki Chinesse tapi ada Assistant Radiologi perempuan la. Saya tak malu sangat sebab dulu mase melahirkan adam, disebabkan saya ada GBS, so pakar saya mmg doctor lelaki. Mula2 dia scan dulu, then dia sapu krim antiseptic. Kemudian, dia cucuk ubat bius. Masa cucuk ubat bius tu mmg rase la jg, tp xde la smpai nak nangis. Bila dh dibius, dia masukkan jarum untuk ambil sel lump. Masa tu saya mmg tak tenguk langsung jarum tu besar mana...sebab takut saya terlampau takut kalau jarum tu besar sangat. So mata saya memang terarah di bahagian screen ultrasound. Memang Nampak jarum tu sikit demi sikit menghampiri lump. Sebelah kiri memang sangat susah nk tembus. Memang terasa sakit sikit..tp xde la sakit sangat. Cuma sebelah kanan tu tak rase ape2. Selepas habis procedure tu, saya ingat boleh la saya pegi office keesokkan harinya. Tapi masih lagi rasa ngilu..last2 saya ikut saranan doctor untuk cuti berehat 4 hari.

Dalam masa cuti tu, saya masih lagi down..makan tak lalu..asyik menangis3. Hubi memang suruh saya bertenang tapi saya mmg xblh bertenang langsung. Especially bila saya baca banyak articles2 dlm blog. Bila hubi kat office kol jer..saya menangis..dia kol aje saya menangis. Saya mintak maaf banyak2 kat dia sbb saya takut membebankan dia. Hubi ckp 'Awk tanggungjawab saya kan'. Boss saya Encik Rashid pun banyak memberi kata-kata positive..dia suruh saya pergi Hospitak KPJ ambil ujian darah la. Pastu dia suruh jer saya cuti sampai dapat Biopsy result sebab dia rasa saya x blh focus. Saya ckp tgk dulu...saya bukannya apa..team kitorg kecik jer..kalau saya cuti lama mcm mana plk dgn GST & Maybank project kan.

So Alhamdulillah, hari ke-4 saya dh mula calm. Saya mula melayan anak-anak macam biasa. Then saya banyak baca mengenai doa2 merawat sel kanser dan ubat2 yang disyorkan. Hari Ahad, hubi ajak pergi Jusco, pagi tu mulanya saya bad mood lagi. Lepas beli2 barang keperluan, hubi ajak naik level 2. Saya ckp nk buat ape..hubi ckp nk tgk iron Tafel tak? Saya pandang dia..mata berair..hati menangis. Dalam hati saya ckp 'perlu lagi ke iron tafel untuk saya?'..dalam hati jer la..kt mulut tak terluah. Hubi pandang saya memujuk. Last2 dia belikan iron steam tafel yang sblm ni saya nak sangat2..hehe. Masa tu mood macam dh boost sket. Pastu saya ajak hubi ke Kedai jual madu di area Bandar Baru Uda. Menurut kawan saya, kedai ni dibuka oleh sepasang doctor suami isteri. Kalau tak silap isterinya bahagian gynea.

Teruja sangat melihat produk2 dalam kedainya Wadi Do'an. Macam ade..susu kambing, susu unta, kurma, buah tin, habatussauda, sampai buah durian frozen pn ade tau :). Pastu tiba2 ada seorang perempuan menegur saya. Dia tanye ape yang saya cari, kemudian saya tanya..apa yang terbaik untuk merawat barah. Lepas tu perempuan itu cakap nanti dia panggilkan seorg lagi. Saya agak2 yang lagi sorg ni kot doctor. Then dia tanye saya mcm2..pastu sy pn cerita yang saya tgh menunggu result biopsy, saya ckp saya cuma ada lump..tp xde plk tanda2 physical yg menunjukkan ianya cancer...tapi ujian ultrasound menunjukkan suspicious image. Then dia cakap rawatan alternatif yang terbaik untuk BC (breast cancer) adalah minyak zaitun, air zam-zam, apricot dan  durian belanda pn elok. Dia tanye details lagi..apa bacaan ultrasound. Saya pun jawab term 'heterogeneous.....pastu increase vascularity'. Pastu Doctor tu cakap..biasanya kalau image tu abnormal sikit pun..diorg akan suggest buat biopsy sbb takut sebarang possibility. Then dia menasihatkan saya supaya jangan risau sangat. Saya jawab saya x boleh x fikir sbb saya xnk bila terlalu konfiden nanti at the end saya kecewa. Then doctor tu ckp doa banyak-banyak..sembahyang tahajud. Mintak pada Allah. Tapi kalau result tu +ve, saya kena redha sbb tu rezeki Allah kasi. Sekurang-kurangnya kita akan lebih bersedia. Terus saya angguk2 kepala. Seingat saya..dalam tahun ni saya takda bangun buat tahajud lagi. Sibuk sangat dengan urusan dunia yang x habis2. Lepas tu sebelum balik, doctor tu kasi saya copy of Doa merawat Cancer. Sebelum blk, dia tepuk2 bahu dan cakap inshaAllah..xde ape2..nnti update dalam FB kami yer. Saya senyum2 jer.

Buah durian belanda

Balik tu saya bukak penutup air zam-zam & olive oil dan saya bacakan surah2 yang doctor tadi kasi. Pagi2 pukul 4.30 saya bangun sembahyang tahajud. Berdoa banyak2 agak Allah memberi peluang kepada saya. Berdoa agar keputusan Biposy tu -ve sahaja. Then pagi2 tu saya rase bersemangat nak pegi opis walaupun boss suruh saya cuti jer sampai dapat result. Tapi dok rumah pun banyak berfikir nanti. So baik saya pegi office kan.



2 comments:

Syaza said...

As salam kak,
menarik cerita akak tadi, sama dgn masalah saya. blh akak share doa² yg perlu dibaca x?

Syaza said...
This comment has been removed by the author.