Pages

Wednesday, February 18, 2015

Keputusan Biopsy

Harini 18hb adalah tarikh untuk keputusan Biopsy, selepas hari ke-7..baru saya betul2 tenang. InshaAllah saya tak kan menangis for any possibility. Hubi pegang tangan saya dan air mukanya mengatakan bahawa semuanya baik2 sahaja. Dh la doctor masuk lambat sikit, menambahkan lagi tahap ke'cuakan' disitu.

Dalam pukul 9.45 pagi saya dipanggil, muka doctor tenang. Doktor ckp 'keputusan awk ok, semuanya benign.' Terus sy mengucapkan 'Alhamdulillah'...bersyukur banyak kali. mahu saja saya sujud syukur di situ. Tapi dengan anak-anak ni lagi. Then terus kami arrange untuk next surgery..buang aja lump2 suspicious tu. Kalau ikutkan next appointment adalah setahun dari skrg.

Keluar saja dari bilik doctor, terus saya kol umi..umi pn lega sangat2 mendengar keputusan biopsy saya. Saya tak habis2 mengucapkan terima kasih atas doa umi. Kemudian saya kol pulak Mok (mertua), dia pun tersangat lega mendengar perkhabaran tersebut. Menurut mak mertua saya, dia tak henti2 berdoa buat saya. Alhamdulillah..berkat doa umi & mok..berkat doa ibu:). Then saya msg pulak sahabat sy, Shai dan boss saya, Encik Rashid...orang yang banyak memberi kata2 semangat dan berdoa untuk saya.

Tapi moral disini, Allah cuba menyedarkan saya..bahawa saya agak tersasar jauh sikit dari laluan. Terus saja saya diuji. InshaAllah, saya akan tetap mengamalkan doa-doa yg diberi oleh sahabat dan doctor tadi. Nanti ada masa saya share doa2 tersebut ye.

No comments: