Pages

Sunday, October 10, 2010

Risiko sinar X kecil pada awal kehamilan

kenapa sy letak article ni? sbb sy dgn tidak sengaja telah mmbuat x-ray ketika medical checkup sblm sy disahkan hamil slps 15 hari kemudian. Dh byk doc sy refer..masing2 kasi jawapan yg bbeza-beza. Sy mmg sedikit cuak dgn keadaan tersebut..bukan sy sengaja...bukan sy x buat UPT test sblm x-ray...tp result UPT pd masa itu -ve. Kt bawah ni saya share kn satu article yang saya jumpe:-


source: http://paramedik.bbfr.net/juru-x-ray-f8/risiko-sinar-x-kecil-pada-awal-kehamilan-t468.htm

Post by AZS on Thu 22 Feb 2007, 3:37 pm
Posted on Sunday, September 04 @ 15:28:30 MYT by aresun

SOALAN: SAYA berumur 30 tahun dan sudah mempunyai seorang anak berusia setahun. Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan sinar X terhadap buah pinggang serta CT Scan pada perut. Tarikh hari pertama pendarahan haid saya ialah pada 30 Jun 2005. Kitaran haid saya tepat dalam 28 atau 29 hari. Pemeriksaan sinar X dan CT scan dilakukan pada 17 Julai lalu dan malangnya saya disahkan hamil pada minggu pertama Ogos 2005. Apakah yang perlu saya buat? Selamatkah kandungan saya ini jika saya teruskannya? Bolehkah saya gugurkannya?


JAWAPAN: SETIAP wanita dinasihatkan mengambil perhatian terhadap kitaran haidnya. Dia perlu memastikan tarikh kedatangan haidnya dicatat dalam diari atau buku nota supaya dapat dirujuk semula apabila diperlukan.

Langkah ini mengelakkan wanita daripada berada dalam keadaan dilema seperti puan. Penyakit datang tanpa dijangka dan kadangkala pelbagai pemeriksaan dan rawatan diperlukan seperti sinar X pada bahagian organ reproduktif. Jika pemeriksaan tidak berupa kecemasan, ia boleh ditangguhkan supaya pemeriksaan seperti sinar X dilakukan pada kemudian hari ketika tiada kemungkinan hamil.

Secara amnya, setiap wanita yang akan menjalani pemeriksaan sinar X akan ditanya tarikh hari pertama kedatangan haid terakhirnya. Keadaan paling bagus untuk menjalani pemeriksaan sinar X terutama pada bahagian pelvis adalah dalam 10 hari dari hari pertama kedatangan haid. Contohnya jika haid bermula pada 1 Ogos, maka tempoh untuk pemeriksaan adalah dari 1 Ogos hinggalah 10 Ogos.

Pada 1984, ICRP (International Commission on Radiological Protection) memberi laporan bahawa terdapat risiko yang amat sedikit terhadap kecacatan janin yang mendapat sinar X pada umur dua minggu pertama, iaitu sebelum tarikh jangkaan bagi haid yang seterusnya. Oleh itu amat penting bagi wanita mengetahui tarikh kedatangan haidnya sebelum pemeriksaan sinar X terutamanya pada bahagian pelvis. Pemeriksaan sinar X lazimnya tidak dilakukan jika seseorang wanita melewati tempoh kedatangan haid yang sepatutnya.

Pada 1993, NRPB (The National Radiological Protection Board) telah menerbitkan keyataan tentang pendedahan sinar X semasa hamil, iaitu:

Bagi kecacatan yang teruk serta kematian janin, terencat akal (mental retardation) pada tahap yang teruk dan penyakit keturunan pada generasi akan datang, didapati bahawa sinar X tidak mempunyai pengaruh yang besar jika dibandingkan dengan kadar kejadian kecacatan di atas secara tabii.

Kesan sinar X sebagai penyebab barah juga tidak jelas. Ada bukti sinar X boleh menyebabkan pertukaran sel barah (carcinogenic mutation). Pertukaran ini tidak menyebabkan pembentukan dan pembesaran janin terjejas tetapi bayi yang dilahirkan mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit barah sebelum berumur 15 tahun. Kadarnya 1 dalam 1300, iaitu dua kali ganda jika dibandingkan dengan kadar populasi yang tidak mempunyai pendedahan sinar X semasa hamil.

Prosedur yang membimbangkan adalah prosedur yang membabitkan dos radiasi yang tinggi seperti CT scan pada abdomen atau pelvis. Oleh itu untuk pemeriksaan yang membabitkan dos radiasi yang tinggi, ia perlu dilakukan dalam 10 hari dari hari pertama kedatangan haid bagi wanita yang berada di alam reproduktif.

Risiko kecacatan pada janin, walaupun pada dos radiasi yang tinggi adalah kecil. Oleh itu, pendedahan sinar X yang tidak disengajakan pada awal kehamilan tidak menjadi sebab untuk menggugurkan kandungan.

Petikan Daripada Berita Harian

13 comments:

Anis Farhan said...

Assalamualaikum..tq sbb berkongsi sesuatu informasi yang berguna mcm ni..aceli sy pun mengalami dilema juga sbb sy buat chest xray semasa mengandung 3 minggu..sy pun tatau sy mengandung..sy search byk cerita, most adalah baby sihat..alhamdulillah..tp sy suka dgn pendirian awak..:).. Redha dan doakan yang terbaik utk baby..tq ye berkongsi sesuatu informasi yg sgt bagus..semoga sentiasa dirahmati Allah..

Anis Farhan said...

Assalamualaikum..tq sbb berkongsi sesuatu informasi yang berguna mcm ni..aceli sy pun mengalami dilema juga sbb sy buat chest xray semasa mengandung 3 minggu..sy pun tatau sy mengandung..sy search byk cerita, most adalah baby sihat..alhamdulillah..tp sy suka dgn pendirian awak..:).. Redha dan doakan yang terbaik utk baby..tq ye berkongsi sesuatu informasi yg sgt bagus..semoga sentiasa dirahmati Allah..

myazzyra said...

Thanks Anis, insyaAllah. banyak2 kan berdoa. Last time, sy dh refer byk docs pasal case ni..ade yg ckp kalau sy teruskan kandungan..bb kemungkinan abnormal. Ade jg doc yg ckp..nothing to worried sbb kandungan masa tu masih kecil so less risk. Alhamdulillah, bb sy lahir normal & sihat sgt2. Yang penting kita berdoa dan sentiasa bercakap dgn baby dlm kandungan:-))

Unknown said...

Boleh saya tau sis myazzra x-ray dkt mn ye?

Unknown said...

Boleh saya tau sis myazzra x-ray dkt mn ye?

Unknown said...

SY PON.DLM.DILEMA SY KNA XRAY DLM WKTU NI ..BUT I.AM.7 weeks pregnency.... Doc.soh sy wt xray chest... Tp sy n husband nkntgu kndgn.bsar ckit huhuhu.... Huhuhhhu

Unknown said...

SY PON.DLM.DILEMA SY KNA XRAY DLM WKTU NI ..BUT I.AM.7 weeks pregnency.... Doc.soh sy wt xray chest... Tp sy n husband nkntgu kndgn.bsar ckit huhuhu.... Huhuhhhu

Unknown said...

Tp btul ke dktor ckp kalau xray ktika pregnen.bila ank dwsa nti akan tkena pyakit leukimia????

Unknown said...

Tp btul ke dktor ckp kalau xray ktika pregnen.bila ank dwsa nti akan tkena pyakit leukimia????

Unknown said...

Msa kandungan 10weeks ..msa tu mentua kritikal masuk hspital..dn sya pula x tau yg sya pergnant ..sbab sya punya period on off..sbb lama dh x mngndung..msa tu phak hspital ada buat xray dkat mentua dlm wad memandangkan mentua dh kritikal sngat...dn jarak sya dgn dorang buat xray tu pun cma dlm lingkungan 2meter mcm tu..dn skrg sya tngah nak tunggu nk brsalin..dn dlm dilema😔saya tak henti2 berdoa pada Tuhan...smoga takda apa2 yg jdi kat baby,.trus trang.skrang pun sya tngah stress fkir bnda tu...

Unknown said...

Sy pon baru lakukan chest xray..masa tu sy cek upt -ve..tp lepas buat xray sy lnsg x period dan spt ada tanda2 hamil.ptutkah sy teruskan kandungan jika benar sy hamil?adakah risiko melahirkan bayi cacat tu ada??buntu😖

Unknown said...

xray dalam masa kandungan 5bulan? Mohon doakan yang baik2.

Solid said...

Sy pon sma mcmnii...