Pages

Saturday, November 12, 2011

newly added in the collections! weee...

Mula2 x plan pn nk bli ape2 kt Jusco tadi..tp bile singgah kt MPH..byk plk buku2 yg menarik perhatian ni. Belek2 dlm 1/2 hours..last2 aku bli 2 buku ni Misteri Alam Kubur (Mcm seram jer kn tajuk buku ni kn...) & Brain Games for babies, toddler and twos. Dua2 buku ni baru baca sikit, tp rase worth sgt2. Misteri Alam Kubur ni merupakan satu buku yg menginsafkan berdasarkan Al-Quran & Hadith2 sahih. Diolahkan dalam bentuk yg sgt menarik & senang difahami.

Baru jer bace a few pages, jantung rase berdebar bile mengingatkan bahawa semua manusia termasuk diri yg serba kekurangan ini bakal menghadapi kematian yg tak terjangka bile. Maklum la, selepas pemergian arwah abah, kami betul2 rase sgt2 kehilangan. Org yg dulunya sentiasa ada di depan mata...tibe2 tup hilang mcm tu jer. Mcm mimpi..dan kadang2 ade plk perasaan yg itu hanyalah mimpi jer kan. Bile tiada di depan mata, sy yg kurang ilmu pengetahuan ini tertanye2...kemanakah hala tuju arwah abah selepas ni. Pada awal pembacaan, penulis mendifinasikan kematian secara terperinci sbg pembuka.

Kematian bermakna terlepasnya roh roh dari jasad seseorang. Ia merupakan pemergian umat manusia dari kehidupan dunia. Para ulama' telah byk mengungkap makna kematian seperti berikut:

"Kematian bukanlah bererti tidak wujud sama sekali atau hancur lebur. Akan tetapi, lebih tepatnya sebagai peristiwa terlepasnya ikatan rohdari jasad seseorang, berpisah dan berpindah dari satu alam menuju ke alam yg lain."

Kematian termasuk dlm musibah yg paling berat. Allah telah menyebut bahawa kematian dengan istilah musibah itu sendiri, seperti firman-Nya,
"...lalu kamu ditimpa bahaya kematian...." (al-Maidah:106)

Allah SWT pernah berdialog dgn Nabi Ibrahim a.s, "Wahai nabi yg Aku kasihi, apa pendapatmu tentang kematian?." "Seperti tusukan daging yg susah dicabut, ditusuk dlm bulu kambing yg basah, lalu ditarik." jawab Nabi Ibrahim. "Kalau Kami permudahkan, bagaimana Ibrahim?" Demikianlah Allah SWT memberikan khabar gembira kepada Nabi Ibrahim.

Dalam buku ini juga ada menyebut tentang amalan2 yg dpt menyelamatkan dari seksaan kubur. Antaranya:-
  1. Mati Syahid di jalan Allah
  2. Berperang di jalan Allah
  3. Mati kerana sakit perut
  4. Rajin membaca surah tabarakah
  5. Rajin membaca surah Yassin
  6. Amalan-amalan soleh yg ikhlas
  7. Mati pada hari jumaat atau malamnya
  8. Perbaiki diri atau muhasabah diri dan memperbaharui taubat menjelang tidur.
Insya'Allah, details mengenai setiap items diatas akan diceritakan kemudian yer:).

Utk buku Brain Games plk, sy rasakan sgt menarik sbb divisual kn dlm bentuk point dan sgt mudah difahami. Maklum jerla, sy ni hari2 keje sy membaca logic program..maka sy lebih suka yg visual2 & poin2 aje. Buku ini mengandungi several fun filled games to stimulate our child's brain development during the critical period from 0-3 years and lay the vital foundations for the future learning. For example, why we have to connect conversations with our baby?

WHAT RESEARCH SAYS 
The number of words babies hear each day influence their future intelligence, social skills and scholastic achievements.

When you let your baby know that you listening to him and that you like what he says, you are developing his language skills and confidence.

HOW?
  • For example, start conversation with your baby. Say a short sentence like, 'It is a beautiful day today.'
  • When your baby responds,mimic the sounds that he makes. Those simple sounds will later turn into words. As he talks, respond with a nod of your head or a smile.
  • This indicates to ur baby that you are listening to him and enjoying his sounds.
  • Continue with another sentence. Always stop and listen to ur baby's response.
I will very strongly encourages and recommend every parent to buy this book. Not so expensive..only worth RM17.90. Sometimes we never realize that our small actions leads to BIG IMPACT to our baby's development. For me, this book is one of the best tools which will help us more during baby development.   

Misteri Alam Kubur & Brain Games
WHAT RESEARCH SAYS: The more an infant is cuddled, snuggled and held, the more secure and independent she will be when she is older.

WHAT RESEARCH SAYS: The earlier music is introduced, the more potential a child has for learning. Children surrounded by words almost always become fluent by three years old. Children deprived of language experiences may struggled to master speech.

Misteri Alam Kubur.

Contents for Misteri Alam Kubur.


happy reading:))))

Friday, November 11, 2011

berkongsi hasrat hati dengan anak

baru2 ni sy terbaca satu article from majalah wanita which i think it quite interesting to be share and can be as one of our parenting guidelines.

setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka menjadi insan yg cemerlang dan terbilang didunia dan diakhirat. menjadi anak yg soleh yang boleh mendoakan kita kelak sewaktu kita sangat2 mendambakan pemberian itu di alama barzakh sana.

alangkah sejuk dan bahagia hati seoeang ibu  apabila anak yg dibelai dengan penuh kasih syg, dmanjakan seadanya sedari kecil, menyapanya dengan lembut dan memeberikannya sepenuh perhatian selayaknya seorang ibu di saat diti mengira usia. alangkah puasnya hati ayah jika anak yg dididik  dan diasuh dr kecil mnjadi manusia yg dibanggakan oleh agama dan negara di saat badannya menanti rebah. begitulah harapan kita ibu bapa yg menggunung tinggi kepada anak-anak.

bagaimana menjadikan impian tersebut satu kenyataan?adakah perlu dipendamkan tanpa pengetahuan anak atau mengungkapkan setiap hari di telinga si anak?tidakkah anak akan bosna mendengarnya?pelbagai persoalan menyinggah di dlm fikiran kita. beratnya tugas mendidik, salah mencoraknya rosaklah kecantikan peribadi insan bergelar anak. justeru perkara sekecil ini tidak haru dipandang enteng.

 anak haruslah diberitahu tentang hasrat dan keinginan ibu bapa untuk dirinya. perkara ini perlulah diungkapkan kpd anak sedari kecil dan setiap hari. ini kerana perilaku dan perbuatan seorang manusia dibentuk dan didorong oleh petunjuk akal yg diberikan oleh Allah SWT. Akal ini pula dirangsang oleh fakta daripada sekeliling. teorinya, dalam minda manusia ada 2 segment iaitu minda sedar dan minda bawah sedar.

minda sedar: adalah minda logic yg blh membuat pilihan. apabila pilihan sama diucap acap kali, pilihan tersebut akan dipindah ke minda bawah sedar dan menjadi program. program ini akan sentiasa diaktivasikan dan diterjemahkan  menjadi perbuatan secara automatik. sebagai contoh, sebuah mesin basuh yg telah diprogramkan, apabila butang 'start' ditekan, maka secara automatik mesin basuh akan membasih pakaian sehingga selesai.

begitulah connection antara minda sedar dan minda bawh sedar. minda sedar yg dirangsang oleh wahyu akan sentiasa membuat pilihan yg tepat dengan bantuan  dan hidayah daripada Allah SWT. Jadi tugas ibu bapa disini, ialah memberi fakta yg positive dengan dorongan yg positif. apabila anak melazimi pilihan2 yg positif, pilihan tersebut akan diserap ke minda bawah sedarnya dan diprogramkan. program ini secara automatiknya akan menggerakna tubuh anak2 kita untuk sentiasa menghampiri positive.

BAGAIMANA?

Contonhya, sedari kecil kita bisikan ke telinganya, 'Adam anak mama yg soleh, anak mama yg hebat dengan izin Allah'. Ungkapan yg didengari acap kali sedari kecil ini akan merangsang mindanya untuk memilih perkara2 yg mendorong ke arah menjadi org yg soleh dan hebat. anak ini apabila ke sekolah, contohnya di kalangan kwn2 yg merokok, dia secara automatik akan menjauhi perbuatan itu kerana perbuatan itu telah dikawal ketat oleh fakta 'anak yg hebat dn soleh tidak akan merosakkan diri sendiri, rokok membinasakan diri maka perlu dijauhkan'  yg telah diprogram di dlm minda bawah sedarnya. dalam islam, doa obu bapa merupakan kunci keramat untuk kejayaan sorang anak. perkataan yg diungkapkan oleh ibu ayah merupakan doa untuk anak-anak mereka. lidah kita blh menjadikan anak kita terbina atau pn binasa. Justeru, ungkapkanlah perkataan2 yg positive sahaja didepan anak2 kerana perkataan2 tersebut akan membentuk peribadi dan perilaku mereka kelak.

jika kita inginkan anak yg sopan, kita perlu  sentiasa ungkapkan kepada mereka dengan menyebut nama mereka, contohnya 'Adam anak mama yg sopan, baik perilakunya.' Ulang-ulangkan perkataan ini dan jangan pula kita lupa untuk menunjukkan contoh sopan supaya anak kita tidak keliru.

bercakap dengan lembut, tidak meninggikan suara, bersalaman, murahkan senyuman dan pelbagai perbuatan yg mendifinasikan sopan, mudah-mudahan anak kita jelas dan faham hasrat hati kita. walaupun, andainya anak kita mula menunjukkan tanda-tanda nakal, luangkan masa untuk duduk dengannya, usapkan kepalanya, kucup dahinya dengan ungkapan 'adam mama anak yg baik dan soleh'. jangan diabaikan walaupun nmpanya seperti remeh tetapi perbuatan kecil ini akan memberi impact yg hebat dan besar dlm diri anak2.

ungkapkanlah hasrat kita dengan penuh keyakinan bahawa anak kita dapat melakukannya. jika ibu dan ayah yg mengungkapnya sendiri tidak yakin bahawa anak blh berjaya contonya, apatah lagi anak yg mendengarnya. doa ada tawakalnya, maka berdoalah kita sentiasa untuk mereka dengan penuh keyakinan dan penyerahakn kpd Allah. doa tidak terhad di dalam atau selepas solat sahaja, ucapan kita kepada anak juga merupakan satu doa kita untuk mereka. Maka berdoa dengan yakin dan berserah kepada-Nyap,asti dimakbulkan.

Oleh itu, berdoalah kita untuk mereka setaip kali, setiap hari, ungkapkanlah doa tersebut dihadapan mereka dengan penuh kasih sayang supaya anak kita tahu kita sentiasa inginkan yg terbaik untuk mereka dan merealisasikan secara automatik dengan kuasa minda yg Allah kurniakan dengan izinya-Nya. Jika anak sudah blh bercakap, minta dia bersama-sama mengungkapkan sepertimana kita ungkapkan untuk dirinya. Justeru, untuk lahirkan anak-anak yg hebat, kita perlualah menjadi ibu bapa yg hebat! Insya'Allah..:)))

sudah sebulan rupenyer...

sedar x sedar...sudah sebulan abah meninggalkan kami semua. Sedih itu masih bersisa rupanyer. Umie skrg ni kadang2 duduk dgn sy..kadang2 duduk dgn kyong. Tak sanggup kami nk tinggalkan die keseorangan di Kuala Kangsar. Biar die bersama kami..sakit sihat biar kami yang menjaganya. Lgpn umi x pernah duduk seperated dgn abah sejak anak2 perempuannye seramai 4 org semua duduk di KL. Gambar2 kenangan arwah abah ni diambil di rumah makcik di Kota Lama Kiri. Kami pn x pernah tgk selama ni. Mcm rupa sape yer??? Hmm...