Pages

Monday, October 10, 2011

pemergian ayahanda...

5 Oct 2011
8 pm: Harini Adam lambat tido dari biasa. Sy melayan Adam bermain, bercakap2 dgn die, main cak2 dgn die smpai adam kepenatan.
10 pm: sedar x sedar..sy & adam tertido.
12 pm: Adam menangis nak susu, smbil2 tu sy mencari2 hp..hairan jg..sbb sy x jumpe. Puas sy meraba2 tempat adam and tpt tido sy..mmg xde. Atas kerusi pn xde. Lepas buatkan Adam susu..sy tido semula.
2 am: Adam menangis lg. Smbil2 tu..sy cari lg hp. x pernah2 hilang dr sisi sy. Mmg x jumpe. Tp sy sambung tido semula lepas buatkan susu untuk Adam dengan harapan sy akan terjaga semula dlm pukul 6 bile alarm dr hp tu berbunyi.
3:30 am: Tgh2 tido tu..sy terdengar suara di luar ruma. 'Azi..azi..'. Mula2 sy biarkan aje. Tp suara itu terus memanggil2 sambil menggoncangkan grill. Dlm separuh sedar tu sy terpikir..tu mcm suara hubi. Tp x mungkin pg2 buta nih..maybe suara anak jiran sebelah. Tp panggilan tu terus bertalu2. Sy terjaga dan mengamati suara tersebut. Nk bukak pintu x berani..cari hp..x jumpe jg. Sy jenguk bwh pintu..mmg orag tu depan pintu uma sy. Suara sebijik mcm suara hubi. Last2 sy nekad untuk buka pintu walaupun takut2 sbb sy rase tu mmg suara hubi. Bile sy bukak sikit..sy nmpak hubi berdiri smbil tersenyum. Sy berkerut kening..hubi? 'Eh..awak buat ape blk tgh2 pg nih?' Hubi x ckp ape2..die suruh sy bukak grill. Persoalan masih blm terjawab. Dlm kepala ligat berfikir..hubi rindu sy ker? Bile pintu dh dibuka..hubi meluru peluk sy kemas2..hubi bisik..'Abah dh xde!' Abah? Abah mane? Fikiran sy betul2 kosong. 'Abah dia'. Sy terkejut..terus rase lemah dan menggigil.'Awakk..!' Sy menangis kt situ jg. Hubi cepat2 pimpin sy masuk dlm. Die suruh sy berkemas. Die ckp ramai yg try call sy mlm tu..tp xdpt. Hubi try miscall no sy..rupe2nyer hp berada di bwh toto antara tpt tido sy n adam. Adam plk terjaga sebaik sj die nmpak ayah die. Die x menangis pn..tp muka adam nmpak konfius. Die hanye merenung ayah die lame2. Mungkin hairan sbb biasenyer ayah die blk weekend aje.
4:15 am: Kami betolak dr rawang. Kami masing2 diam melayan perasaan. Fikiran sy berputar sambil mengharapkan keajaiban bhw semuanya yg sy dengar td hanya gurauan. Sy berharap bile smpai dirumah nnti abah akan menyambut kami mcm biase..seperti die menyambut kami dua minggu sebelum raye. Dlm pada itu..air mata tak henti2 mengalir..bile mengenangkan kenangan manis & pahit bersama abah. Hubi menggenggam tangan sy erat2. Smpai satu tahap..saya teresak mcm budak kecik..'awak..sy sedihhh'. Sambil memandu, hubi usap lembut kepala sy..'syhh..awak tido la dulu..dh jangan fikir ape2 lg,'.
7:30 am: sy sampai dirumah. Byk kereta mula membanjiri kawasan rumah. Kelihatan ramai lelaki berpakaian baju melayu berkopiah dan perempuan berbaju kurung bertudung litup. Di kawasan luar rumah..beberapa saudara mara rapat menyambut kami dan tetamu dengan wajah muram. Dlm hati mmg sahh..ape yg berlaku adalah benar belaka dan sy tidak bermimpi. Perlahan2 sy masuk rumah..hati sebak sebaik saja sy ternampak sekujur tubuh yg amat dikenali dan dirindui terkujur menghala kiblat. Sy terus mendakap umi smbil menangis. Bile sy dh mula reda..sy kesat air mata dan pg mengadap abah yang terkujur kaku. Abg Syam tlng sy menyelak kain tudung yang menutupi arwah abah. Sy merenung abah lame2. Walaupun abah nmpak pucat, wajah abah kelihatan tenang dan seolah-olah tersenyum. Hati sy rase lega bile sy nmpak wajah arwah abah kelihatan sgt tenang. Sy usap rambut depannye..smbil mencium pipi abah yang sejuk. Inikah wajah yg kami takut2 kan selama ni? Harini..wajah itu yg kami tatap lama tanpa sebarang perasaan takut. Selepas tu sy terus bangun dan mengambil air sembahyang. Sy mencapai surah Yassin dan sy duduk menghadap abah smbil menyedekahkan bacaan Yassin kepada arwah abah. Sy baca dengan tenang...tp skali skala air mata menitis jg bile mengenangkan sy x punya byk masa lg bersama abah. Dlm hati sy berkata-kata: 'Abah, kak yang dtg. Kyang tau..selama ni Kyang x mmpu nk memenuhi permintaan material abah..tp skrg kyang janji..kyang akan sentiasa hadiahkan sesuatu yang lebih mahal dr segala apa yg abah nk didunia ni..iaitu..doa dari anak2 yg soleh. Insya'Allah. '. Sy bacakan Yassin berulang-ulang kali sehingga arwah sedia untuk dimandikan pd pukul 9 pg. Di depan izah dan angah..sy cuba kelihatan tenang. Sy kesiankan Izah yang bakal berkahwin pd hujung bln 12 ni. Selepas arwah abah selesai dimandikan..pak teh dan beberapa orang yg tak dikenali tlng beramai2 untuk mengkafankan jasad abah. Selepas selesai..kami anak2 abah dan adik beradik dibenarkan mencium melihata wajah abah buat kali terakhir. Bau kapur barus menusuk hidung. Sy mencium dahi..dan kiri kanan pipi abah dan menatap abah lama2. Selepas ni sy tidak akan berpeluang lagi.
10 am: Arwah abah dibawa ke Masjid tpt sy dikahwinkan untuk sembahyang jenazah.
10:30 am: Sy bawa umi ke kwsan pkuburan Kg Geliong..di mana abah akan dikebumikan dsebelah kakak abah yg baru saja meninggal dunia beberapa bulan yg lepas. Di tanah perkuburan itu jugalah tpt arwah tok dan opah kami dikebumikan. Semasa arwah bersedia untuk diturunkan di liang lahad, mereka memanggil anak lelaki arwah abah untuk turun ke liang lahad. Ijan turun dan mengambil tpt di bahagian tengah. Hubi tanpa disuruh turun dibahagian kaki manakala abg ipar di bahagian kepala. Alhamdulillah..mereka berjaya menurunkan jasad arwah abah dengan selamat. Wajah abah dibuka & tubuh abah diiringkan menghadap kiblat sebelum ditutup dengan kepingan papan dan dikambuskan dengan tanah. Talkin dibaca oleh Ayah Cho padat dengan peringatan dan penuh keinsafan. Faris & Fateh, anak2 sedara kami turut menjadi saksi hari tersebut. Selepas talkin habis dibacakan..seorang demi seorang menaburkan helaian2 daun pandan yang telah disiat halus dan menyiram kubur arwah abah termasuk faris, cucu kesayangan arwah abah yang baru berusia 7 tahun. Sebelum pergi..sempatkan sy berbisik di dalam hati..'Abah..bersemadilah abah dengan tenang. Kami anak2 abah akan sentiasa mendiakan kesejahteraan abah disana, insya'Allah.
Umi ade bercerita..beberapa minggu sebelum abah meninggal dunia..tibe2 jer abah tanye umi..kalau die dh xde..umi nk duduk dengan anak yang mane? Umi ckp..rasenye mane2 anak pn blh. Abah diam jer. Kemudian selepas menghadiri kenduri arwah suami adik umi yang baru meninggal jg...abah ade menyatakan bhw mane blh seorang isteri memakai cantik2 dan behias selepas kematian suami. Umi diam jer mendengar statement abah. Dalam tidak dsedari, Allah telah mnurunkan tanda2 tanpa disedari.
Menurut maksu plk, pada hari sabtu yg lepas..selepas kenduri tahlil atok & opah & juga knduri doa selamat sempena pemergian mksu, paksu, pak tam & mklah ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji, arwah abah sempat memeluk mksu, adik abah yg paling bongsu..die memeluk erat sambil menangis bersungguh2..die ckp 'Siah la adik yg paling abg Man syg..yg x pernah abg Man jentik dr kecik'. Maksu suruh abah rileks..mksu igtkan abah sedih sgt sbb Maksu bakal pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji. Rupenyer arwah abah dh dpt merasakan bhw beliau akan pergi meninggalkan maksu dulu.
Selepas selesai Majlis pengkebumian..sy tanye semula ijan, satu2nya anak lelaki abah yang berada disisi abah disaat2 akhirnya. Manurut ijan, arwah abah start demam pd hari selasa..4/10/2011. Berlarutan sehingga ke hari Rabu. Pg tu umi ckp abah tanye umi skrg pukul berapa. Umi ckp..pukul 10:30 pg. Abah mintak air. Pg tu jg abah kena demam sejuk. Umi selimutkan abah tebal2 dengan berlapis-lapis toto. Bile demam sejuk dh kebah..abah buang ketepi semua selimut2 tu. Dh beberapa kali ijan ajak pg hospital..abah senyap jer. Atas nasihat kawan ijan, dlm pukul 10 mlm, ijan & kwn ijan memapah abah ke hospital. Ijan ckp..sebelum tu die nmpak abah resah di atas katil..pusing ke sana...pusing kesini. Sblm pg..ijan & kwn ijan sarungkan kain pelekat. Tibe2 abah mencapai tali pinggang. Ijan hairan..sempat die ckp..'Abah pakai kain pelekat la..x yah pakai tali pinggang'. Abah seperti terpinga, die tengok bawah..kemudian die lepaskan tali pinggang. Smpai di Hospital, abah dimasukkan ke wad kecemasan. Ijan berada disisi abah. Doctor cuba melakukan dripping, tp byk kali x dpt menjumpai saluran darah. Abang sepupu yg kebetulan berada disana membuat panggilan kepada ibunya, mak teh..salah seorang adik perempuan abah. Die ckp..abah nmpak sgt lemah. Tak lama kemudian..abah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital 11:45 mlm.

Abah,
Semoga Abah sejahtera disana. Kami anak2 abah dan umi akan cuba menyambung bakti kepada Abah disana. Kami akan sentiasa sedekahkan abah hadiah2 yang lebih mahal & lebih bermakna dari segala material yg ade kt dunia ni.  Insya'Allah..

Di dalam Al-Quran, ayat 39, Allah telah berfirman yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati.
Bagaimana pula ayat di atas dapat menjadi dalil yang membolehkan amalan baik anak itu sampai kepada si mati? Persoalan ini terjawab dengan hadis sahih di bawah:

Sesungguhnya makanan yang paling baik untuk di makan oleh seseorang ialah hasil titik peluhnya sendiri. Dan sesungguhnya anakanya adalah sebahagian daripada usahanya.
[Hadith sahih-Al-Hakim, Imam At-Turmudzi, Imam Ahmad, Abu Daud An-Nasai]

Di dalam hadis yang lain:

Hadis Aisyah r.a:
Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar! 


Al-Fatihah buat arwah abah, Allahyarham Mejar (B) Abdul Rahman bin Haji Mohd Ali.
Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sunday, October 9, 2011

Amal Jariah Bekalan Akhirat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLjI93LrgxO1jV2tCGJ5jnxUbmriX48jNzpRwmCGiYe5M4sTcc4tLTGAFFcbdOUmp5DYI6Tg5mvlU5Tct5cwD-Cbvrc3verr73WQV8hUsas01RIF9oC8FF4qgUW_-4lsu-H3GLy-cCanw/s1600/syurga2.jpg

KEMATIAN adalah suatu yang pasti dihadapi oleh setiap insan bernyawa. Namun, kematian yang mendatangi manusia itu tidak diketahui detik, masa dan tempatnya. Semua itu termasuk antara rahsia Allah swt.

Firman Allah bermaksud: “Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan.” (Surah Ali Imran, ayat 145).

Luqman al-Hakim pernah berkata kepada anaknya: “Wahai anakku! Urusan yang tidak engkau ketahui bila ia akan menemuimu. Bersedialah sebelum ia datang kepadamu. Ia adalah kematian yang datangnya tidak pernah diundang.”

Kematian ialah proses terputusnya hubungan di antara roh dan jasad.Dr Sidi Gazalba menyatakan bahawa kematian itu ialah proses terhentinya jasmani seperti nafas, perjalanan darah, gerak fikiran, perasaan, tenaga dan lain-lain daripada berfungsi seperti biasa.

Kematian adalah batas sempurnanya roh dalam hidup makhluk. Maut bererti menghilangkan seluruh daya selama roh itu berada dalam genggaman Allah.

Kerahsiaan detik kematian itu adalah rahsia Allah untuk memberi peringatan
supaya manusia membuat persediaan setiap masa sebelum kematian datang menjelma
kerana ia akan muncul secara tiba-tiba.

Lantaran itulah setiap manusia digalakkan beramal sepanjang masa sebagai bekal
pahala yang akan dibawa ke alam barzakh.

Persediaan pahala perlu dibekal sebanyak mungkin bagi menjamin keselamatan dan
keselesaan hidup di alam sana.

Pokok persoalan yang ingin diketengahkan adalah bekalan pahala berpanjangan bagi si
mati walaupun telah menempuh alam kematian.

Hanya tiga perkara yang akan mengikuti jenazah ke tanah perkuburan, iaitu
amalannya ketika hidup, kaum-kerabat dan sanak-saudara serta harta
peninggalannya.

Namun, hanya satu yang akan tetap setia sanggup bersama dan bersemadi dengan si
mati di dalam kubur, iaitu amalannya.

Kaum-kerabat dan sanak-saudara hanya akan menghantar setakat ke tanah
perkuburan, begitu juga dengan harta benda seperti wang, kenderaan dan kemewahan
lain akan segera meninggalkannya sebaik jenazah selamat dikebumikan.

Amalan saja yang akan menjadi teman setia si mati dalam menempuh kehidupan baru
di alam kubur. Jika amal soleh yang dibawa bersama, pasti ia akan memberi
manfaat serta keberkatan yang kelak akan menerangi kuburnya.

Seandainya yang menemaninya itu adalah amal yang jahat, maka sejahat-jahat teman ialah dosa daripada amalan buruk yang akan mendatangkan malapetaka azab di dalam kubur.

Apa yang zahir dan pasti, segala amalan seseorang akan terputus dengan
kematiannya tetapi Rasulullah di dalam hadisnya menyebut tiga perkara yang tidak
akan terputus dengan kematian seseorang.

Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Satu noktah penting yang perlu diambil perhatian ialah seseorang itu telah
meninggal dunia, masih ada peluang untuknya membuat pahala sebagai bekalan
berpanjangan dan berterusan di alam kubur.

Maksudnya, pahala akan tetap bertambah walaupun ketika itu dia berada di dalam
kubur dalam keadaan tidak mampu untuk beramal lagi. Ia ibarat orang yang membina
saluran air dari gunung, air itu akan terus mengalir sehingga bila-bila.

1.Sedekah jariah:
Amalan bersedekah adalah satu perbuatan mulia. Seseorang yang
selalu bersedekah akan mendapat pulangan lumayan di akhirat kelak, bahkan seawal
mungkin ketika masih di alam barzakh. Ketika tidak mampu beramal lagi, sedekah
jariahnya akan tali-menali sebagai ganjaran pahala buatnya. Contohnya seperti
seseorang mengeluarkan hartanya atau menderma dan mewakafkan tanah untuk membina
masjid, surau, sekolah atau madrasah, menanam pokok buah-buahan yang diniatkan
sebagai makanan manusia dan haiwan apabila tumbuhan itu mengeluarkan hasilnya
kelak.

2.Ilmu yang dimanfaatkan:
Ia termasuk seseorang yang mengajar orang lain membuat kebaikan dan orang yang diajar itu melakukannya dengan istiqamah dan kemudian dia mengajar pula kepada orang lain.

Ibarat guru yang mengajar anak muridnya dengan ilmu yang bermanfaat, langsung
terus diamalkan. Itulah yang amat bernilai yang tidak akan terhitung banyaknya
walaupun ketika itu jasadnya telah hancur dimamah bumi.

3. Doa anak soleh:
Doa adalah satu-satunya alat komunikasi di antara orang hidup dengan orang yang telah mati.Penghuni alam barzakh akan sentiasa merindui dan menaruh harapan agar Allah akan mencucuri rahmat ke atasnya melalui doa anak yang soleh setelah semua amalannya terputus akibat kematian.

Terdapat pelbagai kaedah yang diguna pakai dan diterima masyarakat Islam
mengenai konsep berdoa untuk arwah yang telah meninggal dunia. Antaranya, doa yang dipanjangkan ketika solat jenazah, ketika membawa mayat ke
tanah perkuburan, selepas selesai solat fardu dan sunat, doa yang dibaca di
majlis tahlil dan bacaan surah Yasin hadiah buat pahala si mati.

Rangkuman daripada hadis di atas dapat disimpulkan seperti yang dinukilkan di
dalam kitab Syarah Aqidah at-Tahawiyah: Doa orang yang hidup dan disedekah atau ditujukan kepada orang yang telah
meninggal dunia boleh memberi manfaat kepadanya.

Ittifaq (bersepakat) Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa orang mati boleh mendapat
manfaat daripada perbuatan orang yang masih hidup melalui dua perkara, iaitu
punca (sebab) yang diusahakan oleh si mati ketika hayatnya dan doa kaum
muslimin, istighfar, perbuatan sedekah dan haji untuk si mati. (Rujuk kitab
Aqidah at-Tahawiyah karangan ad-Dimasyqi)

Di dalam kitab al-Azkar karangan Imam an-Nawawi ada disebutkan bahawa ulama telah berijma dalam menyatakan bahawa doa orang hidup yang ditujukan kepada si mati sampai kepadanya dan boleh mendapat manfaat daripadanya.

Ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang datang sesudah
mereka (Muhajirin dan Ansar) berdoa: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan
saudara-saudara kami yang telah beriman terdahulu daripada kami.” (surah
al-Hasyr ayat 10)

Nabi Muhammad pernah mendoakan Abu Salamah dan Baginda turut berpesan kepada
ahli keluarga Abu Salamah pada saat akhir hayatnya: “Janganlah kamu meratapi
dirimu kecuali dengan baik kerana malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan.”

Kemudian Rasulullah berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Abu Salamah,
angkatlah darjatnya bersama dengan orang yang mendapat petunjuk, lapangkanlah
kuburnya, sinarilah dirinya di dalam kubur dan berilah pengganti yang baik untuk
orang yang ditinggalkannya.” (Rujuk kitab Bulughul Maram, karangan Ibn Hajar
al-Asqalani)

Inilah yang sepatutnya menjadi resam bagi anak soleh, bukan saja sentiasa
mengambil berat kebaikan atau kebajikan kedua-dua orang tuanya, terutama ketika
kedua-duanya telah menempuh usia tua, menjaganya dari segi fizikal dan
kesihatan, tetapi juga membelai hatinya agar tidak terluka akibat tingkah laku
yang tidak menyenangkan.

Bahkan apa yang lebih penting ialah mendoakan kesejahteraan setelah mereka
meninggal dunia. Anas bin Malik berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tujuh perkara yang akan terus mengalir pahalanya walaupun setelah orang itu meninggal dunia, iaitu orang yang mengajarkan ilmu, orang yang membina parit atau tali air, orang yang membuat telaga, orang yang menanam pokok buah-buahan, orang yang membina masjid,orang yang mewakafkan mashaf al-Quran dan orang yang mendidik anaknya sehingga menjadi orang soleh.”

Orang yang mengajarkan ilmu:
Syarat ilmu yang diajar itu ialah ilmu yang boleh memberi manfaat, sama ada ilmu
agama atau ilmu duniawi. Syarat orang yang mengajar pula mestilah dengan niat
ikhlas kerana Allah, bukannya untuk mencari habuan dunia.


Orang yang membina parit atau tali air:
Ia sama ada dibina sendiri atau secara bergotong-royong. Parit atau tali air itu
akan memberi manfaat kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Orang yang membuat telaga:
Ia dengan tujuan supaya orang ramai dapat memanfaatkan airnya. Membina telaga
boleh dikiaskan juga dengan membina kolah di masjid dan surau untuk kegunaan
mengambil wuduk.

Orang yang menanam pokok buah-buahan:
Selama mana hasilnya dapat dimakan dan dimanfaatkan oleh manusia atau haiwan,
atau pokok itu digunakan sebagai tempat berteduh dari panas terik atau tempat
kediaman burung dan sebagainya, maka pahala daripada semua faedah itu akan terus
kepada orang yang menanamnya.

Membina masjid:
Sama ada secara berseorangan atau menderma untuk pembinaan atau pembesaran
masjid. Termasuk di dalam kategori ini ialah membina surau, musalla, madrasah
dan balai Islam asalkan tempat itu digunakan sebagai tempat beribadat dan
aktiviti keagamaan.


Mewakafkan mashaf al-Quran supaya dibaca oleh orang ramai, sama ada wakaf di
masjid, surau, musalla dan madrasah. Selama mana mashaf itu dibaca dan
dimanfaatkan orang ramai, selama itulah pahalanya akan turut menjadi bekalan
tambahan orang yang mewakafkan itu.

Termasuk di dalam kategori ini ialah mewakafkan buku agama, pakaian seperti
telekung sembahyang, selipar yang digunakan untuk mengambil wuduk, sejadah dan
barang lain yang boleh dimanfaatkan oleh jemaah.

Orang yang mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang soleh. Hanya anak yang
soleh tahu apa tanggungjawabnya terhadap Allah dan kepada ibu bapanya.
Meraka pasti akan menjaga ibu bapa dengan baik, sama ada semasa hidupnya atau
hari tuanya. Tanggungjawab paling utama selepas kematian ibu bapa ialah
mendoakan kesejahteraan dan kebaikan agar ibu bapa ditempatkan bersama golongan
yang mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah swt.

Sebagai kesimpulannya, setiap mukmin mestilah memastikan lingkungan hidupnya
tidak lari daripada konsep beribadah – bukan setakat bekalan pahala sewaktu
hidupnya, malah berusaha meningkatkan kualiti pahalanya agar ada kesinambungan
ketika mereka di alam barzakh nanti.

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada
orang lain.

Wallahualam..