Pages

Saturday, July 23, 2011

kuah durian...

sy mmg suke mkn durian. Klu bukan musim pn sy soh gak hubi bli durian klu tetibe rase nk mkn. Mase preggy aritu pn slalu mkn durian. Org tua2 ckp, klu mkn durian mase preggy, nnti anak lahir rambut lebat. Yeke? Yg pastinye Adam mmg berambut lebat. Tp faktor keturunan pn satu hal jg. Sbb adik beradik sy mmg sume camtu.

Ok, berbalik kpd topik durian, last week..pg2 sy bgn nk bli breakfast nasi lemak..kebetulan kt tepi tu ade org jual durian..pagi2 bute. Akak nasi lemak tu ckp..isinye elok sbb baru jer luruh dr pokok. Wahh..bau pn dh menusuk-nusuk hidungku. Sy pn bli la 3 biji. Siap soh bkk depan tu jg. Sy ckp, klu isi x elok..keras..sy x nk. So org tu mmg bukak depan saye la. Bukannye ape. Last weeknye hubi bli dua biji, tapi satu tu busuk..kecewa btol sy. Dlm kpala dh plan nk buat kuah durian..cicah ngn roti. Waahh..sedapnye. Tp say mane pernah buat kuah durian. Dulu umi yg buatkan, sy tau makan jer. Hmm..tp tu belakang kire. Teknologi ade maa...so no worries. Sy kn set2 kaki Google.


Smpai jer kt uma sy tayang hasil pembelian breakfast sy...tadaaa..ade durian. Hubi smpi tak tercakap ape2..dgn ke'obses'an sy terhadap buah tempatan yg satu ni. Blk2 jer terus sy google respi kuah durian. Alamak, daun pandan jer xde. Hmm..xpela..proceed jer la. Tgk resepi mcm senang jer. So sy mula mengasingkan isi durian dari biji dengan sudu & garfu. Habis satu biji durian sy kopek dengan tekunnye. 

Resepi kuah durian
Gula kabung 3 sudu besar - Kuah durian yg sy buat ni x berapa manis sbb sy x suke manis2 sgt.
durian 15 ulas
gula pasir 1 sudu besar
sedikit garam
santan 1 kotak

Kacau skali dgn santan

Inilh hasilnye. Sedapp. Same mcm yg umi sy slalu buat. Sy mkn kuah durian selama 3 hari sbb letak dlm peti ais. Bgn2 pg before g keje sarapan ngn kuah durian cicah roti...:-)

Wednesday, July 20, 2011

khasiat asparagus..

pernah main game dinner dash? perasan x, antara food yg diserve..salah satunya adalah asparagus. Dlm game pn dh nmpak sedap. Tp  sy mmg xpernah langsung msk sayur yg satu nih. Mybe sy pernah jumpe..tp sy sendiri x kenal..rupa bentuk asparagus in real life smpai la last 2 weeks sy ternampak sayur ni kt tesco. Masa tu sy dh berkira2 nk bli. Dlm dok berkira2 tu..sy x jd ambik sbb xde idea nk msk mcm mane. Tp lepas2 tu slalu rase teringin jer nk mkn. Smpai la sy g uma pok (panggilan pakcik husband) di shah alam, die menghidangkan kitorg sayur ni msk kicap. La..rase lebih kurang mcm kacang panjang jer rupenyer. Pok ckp, kalau rebus sekejap & taruk garam sikit pn sedap. Hmm..nyum2..

Asparagus atau dikenali sebagai asparagus officinalis dan berasal daripada keluarga liliaceae, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit. Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal.

Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal. Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula. Amalan memakan daging dan minum kopi secara berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.

Di kalangan sayuran yang mengandungi asid folik, dikatakan asparagus adalah antara pembekal utama asid folik ini. Sebanyak 5.3 auns hidangan asparagus menyediakan 60% folacin yang dicadangkan bagi pembentukkan sel darah serta bagi pertumbuhan dan penghalang kepada penyakit hati. Folacin dapat memberi pencegahan kepada kecacatan saraf seperti spina bifida, satu keadaan penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian seramai 2,500 bayi setiap tahun. Selain itu terdapat beberapa kajian yg mendapati bahawa asparagus dapat juga dijadikan sebagai ubat untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Melalui beberapa ujian klinikal mendapat asparagus dapat meningkatkan jumlah sperma. Asparagus juga kaya dengan vitamin A dan ini bermakna ia bagus untuk penglihatan.

Tuesday, July 19, 2011

welcome nur arinah:-))

1st niece in our family, Nur Arinah Baharuddin Haris. When i put Adam beside her, then i realize how much Adam has grown within 4 month. Haii..da besa da anak mama & ayah yer. 

Arinah & Adam


Nur Arinah


Alolo..da besa da anak mama..
Adam with abg2 Arinah...Abg Faris & Abg Fateh..


Monday, July 18, 2011

Kehebatan Doa Ibubapa terhadap anak2

Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa pada anak-anak mereka, atau berapa ramai
antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka. Doa ibubapa mempunyai
sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan
yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak
adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa
jahat maka jahatlah anak mereka.
Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan
ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi
menyelesaikan kerenah anak bermasalah. Rasulullah SAW dalam hadis yang
diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu
orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
 
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan
hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada
kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
 
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian
manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada
syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
 
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah
doa permohonanku
 
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan
amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
 
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam
(yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami:
umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami
syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya
Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
 
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri
dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Al Furqan 25 ayat 74
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
 
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi
masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang
dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah
Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79
Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
 
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22
 
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
 
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
 
Taha
 
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
 
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
 
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
 
http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/20_5.png
Ayuh semua mari kita amal ajaran Islam yang suci ini, mari kita sama amalkan
doa-doa yang mustajab ini pada anak anak kita.
Antara masalah keluarga dan anak tak dengar cakap ialah, pendekatan kita dalam
mendidik. Doa ini boleh di baca bila-bila masa, atau selepas sembahyang.
Jika tak mampu hafal, memadai doa mengikut makna ayat di atas.

DOA IBU BAPA PADA ANAK ADALAH ANTARA DOA YANG AMAT MUSTAJAB DAN DI PERKENAN ALLAH

Jom kita bdoa:)