Pages

Wednesday, July 20, 2011

khasiat asparagus..

pernah main game dinner dash? perasan x, antara food yg diserve..salah satunya adalah asparagus. Dlm game pn dh nmpak sedap. Tp  sy mmg xpernah langsung msk sayur yg satu nih. Mybe sy pernah jumpe..tp sy sendiri x kenal..rupa bentuk asparagus in real life smpai la last 2 weeks sy ternampak sayur ni kt tesco. Masa tu sy dh berkira2 nk bli. Dlm dok berkira2 tu..sy x jd ambik sbb xde idea nk msk mcm mane. Tp lepas2 tu slalu rase teringin jer nk mkn. Smpai la sy g uma pok (panggilan pakcik husband) di shah alam, die menghidangkan kitorg sayur ni msk kicap. La..rase lebih kurang mcm kacang panjang jer rupenyer. Pok ckp, kalau rebus sekejap & taruk garam sikit pn sedap. Hmm..nyum2..

Asparagus atau dikenali sebagai asparagus officinalis dan berasal daripada keluarga liliaceae, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit. Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal.

Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal. Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula. Amalan memakan daging dan minum kopi secara berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.

Di kalangan sayuran yang mengandungi asid folik, dikatakan asparagus adalah antara pembekal utama asid folik ini. Sebanyak 5.3 auns hidangan asparagus menyediakan 60% folacin yang dicadangkan bagi pembentukkan sel darah serta bagi pertumbuhan dan penghalang kepada penyakit hati. Folacin dapat memberi pencegahan kepada kecacatan saraf seperti spina bifida, satu keadaan penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian seramai 2,500 bayi setiap tahun. Selain itu terdapat beberapa kajian yg mendapati bahawa asparagus dapat juga dijadikan sebagai ubat untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Melalui beberapa ujian klinikal mendapat asparagus dapat meningkatkan jumlah sperma. Asparagus juga kaya dengan vitamin A dan ini bermakna ia bagus untuk penglihatan.

No comments: