Pages

Monday, July 18, 2011

sedih..

"Ya Allah, sembuhkan lah ia, panjangkan usianya, berilah kesihatan yang baik kepadanya, kurniakanlah kesabaran kepadanya. Ya Allah, hanya kepadamu kami bermohon. Amin Ya Rabbal Alamin"

Dikala ini sy sedang besedih..menangis di dalam hati lagi. Sy br saje melawat isteri sahabat kami yang ditahan di hospital akibat tumor yang semakin serius. Walaupun semalam kami suami isteri agak penat travel dr Rawang ke Shah Alam, dari Shah Alam ke Kajang selama 2 hari. Namun niat untuk melawat isteri sahabat opis sy tetap membara. Sy mmg mengenali isteri beliau yg sy panggil k.ira sejak bekerja di Perodua.  Mmg di awal perkenalan, sy sudah sedia maklum mengenai keadaan beliau yg tidak menentu. Tp k.ira mmg tabah dan kuat hati, tak pernah sesekali die memperlihatkan kesakitannya di hadapan kami selama beberapa kali kami berjumpe. Namun melihatkan keadaannya semalam, benar2 membuatkan hati sy agak sayu, dlm kesakitan k.ira masih mampu tersenyum ceria melayan kami suami isteri. Sempat jg die menarik tangan sy untuk merasa bonjolan besar di bahagian tepi perut. Dapat sy rasakan bonjolan itu sebesar mangkuk. Sebenarnya kami x pernah berbual dr hati ke hati. Tp semalam sesekali die meluahkan kegusarannya..sy genggam erat tangan die yang semakin susut...sy ckp jgn fikirkan sgt. Insya'Allah xde ape2. Byk kali sy mengulangi ayat yang sama. Sy tau..ayat sy xmampu nk merubah ape2..tp dengan harapan dpt melegakan hatinya yg sdg kegusaran menunggu result CT scan yg djangka petang semalam.

Sblm blk, sempat sy genggam tangannya dan menyuruh die menjaga kesihatannya. Blk jer rumah, kami bertiga tido terbongkang. Mmg penat. Dlm pukul 10.30 mlm sahabat kami sms menyatakan result CT scan menunjukkan keadaan yang agak kurang memberangsangkan. Ya Allah, dugaan apakah ini. Ia sudah merebak ke abdomen yg lain. Operation will b risked. Menangis sy mendengarnya, terus sy x dpt tido. Agak lama sy cuba menyusun ayat yg terbaik untuk melegakan hati sahabat sy. Skrg yg hanya kami mampu buat adalah berdoa dan terus berdoa agar k.ira diberi kesihatan yang baik. Percayalah, Allah tidak akan menguji manusia diluar kemampuan mereka.

0 comments: