Pages

Monday, December 6, 2010

Doa akhir tahun dan awal tahun..

Selamat menyambut awal Muharam:)
 
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk 
waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
  Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, 
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan 
ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada 
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya 
dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak 
redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya 
di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, 
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku
 melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon 
keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan
 yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau
 menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka 
aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang 
Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima
 taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan 
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah 
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli 
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan 
kesejahteraan ke atas mereka.

************************************************************

 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada 
malam satu Muharram.
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, 
insya Allah dirinya akan terpelihara daripada 
gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:

Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, 
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan 
ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang 
awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu 
yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul 
di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di 
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya
 dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri 
yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang 
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung
 dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang 
mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami 
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan 
 sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

0 comments: