Pages

Saturday, February 18, 2012

Resepiku: Pulut Kukus & Rendang Ayam

Minggu ni, sy btul2 rase nk mkn pulut dgn rendang ayam & ikan kembong goreng. First time tu sy msk pulut kukus. Series, sy mmg xtau langsung nk msk beras pulut ni mcm mane. Masak dlm rice cooker ker? Mase kukus..kena letak air ke? Kalau kukus, santan tu kena letak skali or kemudian ker? Akhirnye..lepas ber'argument dgn mak and ad-hoc research fr internet, last2 sy try2 ajela. Alhamdulillah, jadi plk tu:).

Bahan-bahan untuk pulut kukus
1. Beras pulut
2. Santan kotak
3. Sedikit garam
4. Separuh cawan air masak (kena agak2 jg).

Bancuhkan 2-3 sudu besar santan kotak bersama air & sedikit garam. Sy rase, better jgn letak garam byk2 sbb nk mkn dgn rendang ayam/ or ikan kembong goreng kn.

Cara nak kukus pulut
1. Basuh 2 cawan beras pulut, rendam 1-3 jam.
2. Buang air rendaman beras pulut tadi dan masuk dlm kukusan, mcm saye..masuk dlm tupperwear jer. Kukus pn pakai pengukus tupperwear. Disadvantage, kalau family ramai..better beli kukusan besaq sket na,
3. Kukus dlm 20-30 minit, kena sentiasa check tahap kemasakkan beras pulut tersebut. Sbb before beras pulut betul2 masak, kena keluarkan sekejap untuk masukkan bancuhan santan + air + garam td. Gaul rata pulut separuh masak td..then kukus semula sehingga btl2 masak.

Bahan-bahan untuk Rendang Ayam
1. 2 ulas bawang besar - blend
2. 1/2 inci halia - blend
3. 1/2 inci lengkuas - blend
4. 2 sudu besar kerisik
5. 3/4 santan kotak kecil
6. Sekor Ayam dipotong 18 size (small size)
7. Garam secukup rasa
8. Sedikit serbuk kunyit
9. 2 helai daun kunyit (Hiris halus-halus..dgn gunting pon bole)
10. Batang serai (xde pn xpe, klu ade..kena blend skali)
11. 5 sudu besar cili blend (ikut tahap kepedasan yg dikehendaki)
12. Secawan air
13. 1/2 sudu kecil pati ayam

Untuk masak rendang ayam ni..senang jer. Panaskan api sederhana, masukkan semua bahan di atas and kacau sentiasa untuk mengelakkan dari hangit sbb kuah rendang ni agak pekat. Agak-agak dlm 1/2 jam..and ayam dah masak..boleh la tutup api. Then, siap la pulut kukus bersama rendang ayam. Sedap sgt..especially bile mkn mase tgh panasss2...

kukus beras pulut. Tak payah risau kalau pakai bekas kecil pn sbb beras pulut x mengembang mcm nasi biase..

rendang ayam yg dh siap..

sedappp..pulut kukus + rendang ayam + ikan kembong goreng..

0 comments: