Pages

Saturday, January 29, 2011

Kuasa Perubatan Halia

http://sitik.files.wordpress.com/2010/01/halia.jpg

BERASAL dari India, halia atau nama saintifiknya, Zingbiler  officinale, sering dijadikan penumis dalam sajian Melayu, Kaya dengan mineral, niacin, vitamin A, B1, C dan protein, halia berkuasa dalam memulihkan sakit kepala atau migrain, angin reunmatik artritis, lenguh-lenguh badan dan bengkak.
    Mual, mabuk perjalanan, panau juga dapat disembukan menerusi penggunaan halia. Tidak hanya itu, tumbuhan herba ini turut berkesan dalam merawat gigitan ular, gatal akibat gigitan serangga dan penawar cacing.
     Pengamal perubatan traditional mencadangkan penghidap selsema dan asma mengunyah halia segar, minum teh halia atau air perahan jus akar halia bersama sesudu madu.
     Selain itu, sakit otot dan sendi turut dapat dirawat menerusi penggunaan halia. Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Sedangkan meminum air rebusan halia dapat menghilangkan bau mulut.

http://www.mymesra.com.my/images/microsite/lpg_reskin/articles/article45/lpg_art_ginger_img03_bm.jpg

No comments: