Pages

Friday, March 18, 2011

GBS

Harini sy updates mengenai GBS. Mmg agak menakutkan. Skrg sy tgh bfikir2 semula nk bersalin kt mane. Kalau Goment..at least diorg dh ade details record psl birth history. Sorg forumer ckp, biasenye baby akan diwarded selama 3 hari utk memantau tahap kesihatan bby. Kalau nk tahu details, boleh baca dlm forum susuIbu.com
http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=3843&forum=7&viewmode=flat&order=DESC&start=0

Group B Streptococcus (GBS) ialah sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman pada darah. GBS selalunya ditemui pada bahagian vagina dan dubur kebanyakan ibu hamil. Utk pengetahuan, Kuman jenis ini tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit kerana orang tersebut dijadikan perumah. Walaupun begitu, GBS boleh menyebabkan jangkitan kecil pada bahagian pundi kecil. GBS sememangya tidak berbahaya kepada ibu sebaliknya ia bahaya kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Seperti kebanyakan masalah jangkitan lain, tiada gejala yang nyata untuk penyakit ini. Jadi ia sukar utk mengetahui adakah anda GBS+ve ataupun tidak. Ini turut merumitkan doktor utk mengesan samada bakteria tersebut berupaya menjangkiti bayi yang bakal lahir atau sebaliknya.

Seseorang ibu hamil yang dijangkitan GBS akan berpotensi untuk menyebarkannya kepada bayi yang bakal dilahirkan pada sekitar 40% hingga 70%. Pun begitu, daripada jumlah tersebut 0.5 hingga 2% bayi yang akan dijangkiti. Keadaan ini dinamakan Neonate GBS. Kiraan tersebut dibuat berdasarkan satu kes bagi setiap 1000 kelahiran diseluruh dunia.

Umumnya GBS Neonate boleh dibahagikan kepada dua jenis, Early Onset dan Late-Onset. Early-Onset,jenis ini sering berlaku. Tanda-tanda bayi dijangkiti GBS early-onset akan muncul dalam tempoh 6 jam hingga seminggu selepas dilahirkan. Hampir 80% kes menunjukkan bahawa tanda-tanda dikesan dalam jangka masa 72 jam pertama bayi. Jangkitan jenis ini boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, otak, saraf tunjang dan darah. GBS early-onset ini boleh jadi lebih serius.

Late-Onset, GBS jenis ini gak jarang berlaku. Bayi lazimnya tidak menunjukkan sebarag tanda jangkitan sehinggalah dia berusia seminggu hingga enam bulan. Hampir separuh daripada bayi ini mendapat jangkitan semasa proses kelahiran. Manakala, separuh lagi mendapatnya selepas dilahirkan iaitu menerusi hubungan dengan ibu yang GBS+ve atau orang lain yang menpunyai masalah yang sama. Masalah kesihatan yang biasa mengganggu bayi yang dijangkiti ialah meningitis.

Walaupun purata bayi yang akan mendapat jangkitan sangat rendah, doktor tidak pernah menganggapnya masalah remeh. Hal ini adalah kerana jika tidak dirawat segera selepas disahkan terkena jangkitan, dikhuatiri bayi akan mati.

Untuk memastikan adakah seseorang ibu hamil itu membawa GBS atau tidak, ujian HVS C&S (High vaginal swab culture and sensitivity) akan dilakukan. Ujian tersebut akan dibuat dengan mengambil sedikit cecair dari dalam vagina untuk melihat organisma yang wujud didalamnya. Dari situlah, doktor akan mengenalpasti ibu hamil yang membawa GBS. Seperti pada bayi, ibu yang dijangkiti akan diberikan penisilin semasa proses kelahiran.

Kesan GBS+ve pada bayi:
Sebelum dilahirkan:
-jantung Bayi menjadi lemah dan berkemungkinan lemas.
-berisiko untuk meninggal dunia sebelum dilahirkan

Selepas dilahirkan:
-keradangan paru-paru yang akan menyebabkan kesukaran bernafas.
-sepsis- putrefaktif(penghancuran) dan pereputan tisu oleh bakteria penyebab penyakit atau toksinnya.
-meningitis- jangkitan kuman pada otak

No comments: