Pages

Friday, May 20, 2011

Intervensi awal cegah kecacatan

baru2 ni sy ade terbace dalam Mingguan Malaysia mengenai cara pencegahan kecacatan pd bayi atau kanak2. Ok jg article ni..very informative and worth reading.

Sebenarnye demam sahaja tidak boleh menyebabkan berlakunya kecacatan pada bayi atau kanak-kanak. Kecacatan hanya berlaku jika terdapat jangkitan kuman pada otak seperti meningitis atau encephalitis. Menurut Perunding Pediatrik dari Hospital Pantai Cheras, Dr. Wong Chee Yeng, kecacatan di kalangan bayi serta kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kogenital (sejak lahir) dn berpunca daripada kemalangan atau jangkitan.

Beliau menyarankan ibu hamil agar menjaga permakanan seperti mengambil asid folik mencukupi dan iodin bagi mengelak kecacatan pada janin. Satu lagi kecacatan berpunca daripada kemalangan atau jangkitan kuman pada otak misalnya meningitis.

"Sebenarnya demam sahaja tidak boleh menyebabkan berlaku kecacatan pada bayi atau kanak-kanak. Memang orang selalu sebut demam panas boleh mengundang kecacatan, sebenarnya ia tidak benar. Kecacatan berlaku jika terdapat jangkitan kuman pada otak seperti meningitis atau encephalitis." katanya.

Jangkitan kuman tersebut boleh dielak melalui suntikan imunisasi. Menurutnya, kes meningitis 20 tahun berkurangan kebelakangan ini selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan imunisasi Hib kepada setiap kanak-kanak.

Beliau tidak menolak terdapat juga bayi atau kanak-kanak yang sensitif pada suhu tinggi ketika demam yang menyebabkan mereka mengalami sawan, namun perkara tersebut tidak mengundang kecacatan.

Saranan doktor:
1. pastikan bekalan ubat paracetamol sentiasa disimpan di rumah. Periksa suhu badan anak, jika melebihi 38.5 C hingga 39 C bermakna anak anda demam. Anda perlu guna ubat dubur untuk menurunkan suhu badan.
2. Lap seluruh badan dan kepala anak juga membantu untuk menurunkan suhu.
3. Jaga kebersihan kawasan rumah. Bagi pengasuh, perlu membasuh tangan setiap kali memegang seorang bayi sebelum bertukar kepada seorang lagi bagi mengelak jangkitan.
4. Ibu bapa perlu peka keselamatan anak.
5. Jangan berlengah membawa anak untuk pemeriksaan doktor.

No comments: