Pages

Friday, January 6, 2012

emosi jan 2012...

isteri sahabat kami sakit lg. Disebabkan ade kelapangan sedikit pd tengahari jumaat tadi, dapatlah kami meluangkan masa untuk melawat k. ira di Hospital Selayang. Dalam perjalanan bersama om, tasha & k.linda..kami cume berbual2 kosong. Sambil memandu, sempat lg sy mengingati perjumpaan terakhir bersama k.ira..wanita yg sangat2 tabah yg pernah sy jumpe..yg peramah dan sentiasa murah dengan senyuman manis. Last kami jumpe dlm bulan 7 tahun lepas iaitu sblm raye di Pusat Rawatan Islam Kg Baru. Waktu itu beliau admitted disebabkan kekejangan pd bahagian perut. Ketika itu beliau nmpak sihat, tp sedikit susut.

Smpai je kami di Hospital Selayang, kami terus menuju ke level 4. Kedatangan kami disambut ramai oleh sahabat2 beliau. Hati sy benar2 tersentuh..series. Hampir menitis air mata melihatkan keadaan beliau yg sedikit susut berbanding beberapa bulan yang lepas. Ya Allah, beratnya ujian-Mu ini Ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada beliau, ahli keluarga beliau, sanak saudara beliau. Kekuatan beliau menghadapi ujian Allah yg Maha Hebat ini menjadi inspirasi kepada diri yg lemah ini untuk menjadi lebih tabah dalam menghadapi kehidupan sehari-hari. Selama beberapa minit disana, hati sy sebak..menahan rasa ingin menangis.Sejak mengalami kehilangan beberapa insan tersayang, saya xblh melihat keadaan yg sedemikian, hati ini mudah saja tersentuh. Melihatkan wayar yang berselirat, mahu saja sy mengalirkan air mata disitu untuk melepaskan segala kesedihan andai itu bisa melegakan. Tapi, sy tahan perasaan itu..hmm memang emosi sungguh pd waktu itu.Hati kami kena kuat disitu, sambil cuba berbual2 kosong agar beliau dapat melupakan kesakitan walau seketika. Keadaan beliau nmpak lemah pn mungkin disebabkan saranan doktor untuk berpuasa for blood test. Tak banyak yang kami bualkan tadi, mungkin disebabkan keadaan beliau dan masa yg tidak mengizinkan. Akhirnya, kami memohon untuk beransur pulang ke opis selepas pengumuman dari pembesar suara yg menggamatkan segenap ruang wad menandakan waktu melawat telah tamat pd pukul 2 tghhari. Kami sempat saratkan beliau dengan kata2 semangat agar beliau menjaga kesihatan. Doakan yang terbaik untuk isteri sahabat kami yer...

No comments: