Pages

Saturday, February 19, 2011

Ibu hamil digalak makan ikan, epal

Kajian mendapati kanak-kanak yang ibu mereka makan banyak epal ketika hamil kurang berisiko untuk mengalami masalah sukar bernafas atau asma dan kanak-kanak yang ibu mereka memakan ikan sekali atau lebih dalam seminggu pula kurang berisiko mengalami ‘eczema’ berbanding kanak-kanak yang ibu mereka tidak memakan banyak epal dan ikan. Kajian tidak mendapati sebarang kesan perlindungan asma atau penyakit alahan dari banyak makanan lain termasuk sayur, jus buah-buahan, buah-buahan limau atau kiwi, produk gandum, lemak dari produk tenusu atau majerin atau bahan rendah lemak lain. - Berita Harian, 22 Mei 2007

No comments: