Pages

Tuesday, June 28, 2011

Cara membentuk anak menurut Islam



kalau dulu mama slalu search info related tp pregnancy, supplements during pregnancy, best food during pregnancy, tp skrg mama sibuk search info the best way to raises you according to both perspective, islamic & conventional. mama x pndai sgt...tp mama cube yer. Instead of psg music yg heavy2..mama psg bacaan al-quran..klu blh 24/7, sbb mama ade terbace on conventional research bhw soft music help to stimulate as well as develop baby's brain. Gentle lullaby can soothe a fussy baby. so, in this case..mama gantikan soft music of lullaby kpd bacaan al-quran, the best ever 'music'..:). smoga membentuk minda adam yg cemerlang..gemilang & terbilang...ameen.




Salah satu cara membentuk anak-anak yang dianjurkan Islam adalah dengan cara memperdengarkan kalimah Allah s.w.t., ayat al-Quran dan perkataan yang baik kepada anak-anak supaya tutur kata dan adab sopannya sempurna. Al-Quran merupakan panduan hidup bagi seseorang muslim. Oleh itu, diwajibkan bagi seseorang muslim itu pandai membaca al-Quran dan memahami pengertiannya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat al-Quran, maka dia laksana rumah yang runtuh."(Hadis Riwayat at-Tarmizi)

Meskipun bayi tidak mengetahui apa yang berlaku di persekitarannya tetapi mereka boleh memahaminya sekiranya menghadapi perkara yang sama berulang-ulang kali setiap hari.

Antara kaedah mengajar bayi tentang al-Quran ialah memperdengarkan bacaan al-Quran dengan:
1. sentiasa membaca Basmalah setiap kali memulakan sesuatu pekerjaan seperti ketika hendak menyusukan bayi atau ketika hendak memakaikannya pakaian atau ketika menidurkannya dan sebagainya.
2. membaca surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas serta mendoakan kesejahteraan bayi.
3. ibu bapa dan ahli keluarga digalakkan sentiasa membaca al-Quran supaya bayi yang masih kecil itu mendengar dan cuba memahami ayat-ayat yang didengarinya itu.
4. sesuai dengan teknologi maklumat terkini, terdapat banyak alat yang boleh digunakan untuk memperdengarkan bacaan al-Quran kepada bayi seperti menggunakan radio, kaset, CD/VCD, TV dan alat pandang yang lain.

Kalimah-kalimah zikir dan selawat juga dapat mendidik hati dan jiwa mereka dalam mendekati dan mencintai Allah s.w.t.:
1. Subhanallah - ketika melihat atau mendengar sesuatu perkara yang pelik atau menakjubkan.
2. Allahu Akbar - ketika melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t.
3. A'uzubillah - apabila meminta perlindungan atau dalam keadaan takut.
4. Alhamdulillah - apabila mendapat nikmat.
5. Masya Allah atau La haula wala quwwata illabillah - apabila melihat sesuatu yang tidak elok atau melihat kemalangan.
6. Lailaha illallah atau Asma'ul Husna - membaca atau mendodoikan bayi yang hendak tidur.
7. Mengajar anak-anak kalimah syahadah.
8. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.
9. Memperdengarkan dan mengajarkan anak-anak nasyid yang memuji kebesaran Allah s.w.t. seperti nasyid sifat-sifat Allah dan sebagainya.
10. Mengamal dan mengajarkan anak-anak doa harian seperti doa sebelum atau sesudah makan, doa ketika hendak tidur, doa ketika bangun dari tidur, doa ketika hendak masuk bilik air dan sebagainya.

0 comments: