Pages

Sunday, October 10, 2010

kebaikan susu higoat - susu kambing


sebelum ni sy slalu minum susu Low Fat HL. Stock HL mesti sentiasa ade dlm peti ais. Dulu mase pregnantkan arwah zahin pun sy amik HL jg sbb x lalu betul nk minum anmum wlpun perisa coklat. 2 bulan lepas, kwn sy kt Distribution department ade memperkenalkan sy dgn susu Hi-Goat. Mula2 cam ragu2 jg nk try..sbb susu anmum coklat pun x abes..inikan susu kambing. Lgpun..a few wiks before..sy & hubi try beli susu kambing segar..mak aihh..masam sgt. Last2..hubi yg abes minum sorg. Dh la 1st time..rase?? huhu..masammm gile. Smpai sy pon kompiuss..susu kambing ni dh basi ker? Sbb tu mase kzila beria2 offer kt sy..sy pikir2 dulu 3-4 kali. Lame la jg..smpai sy pon lupe nk follow up dgn kzila.

Skali..mase pergi bcuti kt Bukit Merah..sy tjumpe susu higoat kt Petronas taiping. So sy pun beli la 1 kotak..saje2 la nk try. Sy klu bab2 mknn kesihatan sy mmg suke try. So, mlm tu dlm pukul 8 mlm sy bancuh. Mula2 igtkan nk pergi mkn mlm kt bwh Suria Apartment...tp lepas jer minum susu higoat..sy terus kenyang. Rasenye tawar..tapi tak muak langsung. Esoknye sy ambil untuk sarapan pagi. Mmg nyaman...badan jadi panas...mmg sedap la. Mase 1st pregnant dulu..sy xblh langsung minum air sejuk..or makan buah-buahan..buah sunkist ker...apple ker..anggur ker..semua x bleh sbb klu sy mkn sikit..sy akan batuk2 & athma yg teruk smpai kena pakai inhaler. Padahal...sy mmg xde athma pun selama ni. Doctor ckp alahan semasa hamil. Tp semenjak hamil yg ke-2 nih..sy boleh mkn buah-buahan sesuka hati & minum air sejuk. Alhamdulillah...semoga segala2nya dipermudahkan:))

Kalau nk berpuasa pun sesuai diminum waktu sahur. Smpai tgh hari..perut x rase pedih langsung. Kesimpulannye mmg bagus la setakat ni.

Khasiat susu higoat (susu kambing)


Risiko sinar X kecil pada awal kehamilan

kenapa sy letak article ni? sbb sy dgn tidak sengaja telah mmbuat x-ray ketika medical checkup sblm sy disahkan hamil slps 15 hari kemudian. Dh byk doc sy refer..masing2 kasi jawapan yg bbeza-beza. Sy mmg sedikit cuak dgn keadaan tersebut..bukan sy sengaja...bukan sy x buat UPT test sblm x-ray...tp result UPT pd masa itu -ve. Kt bawah ni saya share kn satu article yang saya jumpe:-


source: http://paramedik.bbfr.net/juru-x-ray-f8/risiko-sinar-x-kecil-pada-awal-kehamilan-t468.htm

Post by AZS on Thu 22 Feb 2007, 3:37 pm
Posted on Sunday, September 04 @ 15:28:30 MYT by aresun

SOALAN: SAYA berumur 30 tahun dan sudah mempunyai seorang anak berusia setahun. Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan sinar X terhadap buah pinggang serta CT Scan pada perut. Tarikh hari pertama pendarahan haid saya ialah pada 30 Jun 2005. Kitaran haid saya tepat dalam 28 atau 29 hari. Pemeriksaan sinar X dan CT scan dilakukan pada 17 Julai lalu dan malangnya saya disahkan hamil pada minggu pertama Ogos 2005. Apakah yang perlu saya buat? Selamatkah kandungan saya ini jika saya teruskannya? Bolehkah saya gugurkannya?


JAWAPAN: SETIAP wanita dinasihatkan mengambil perhatian terhadap kitaran haidnya. Dia perlu memastikan tarikh kedatangan haidnya dicatat dalam diari atau buku nota supaya dapat dirujuk semula apabila diperlukan.

Langkah ini mengelakkan wanita daripada berada dalam keadaan dilema seperti puan. Penyakit datang tanpa dijangka dan kadangkala pelbagai pemeriksaan dan rawatan diperlukan seperti sinar X pada bahagian organ reproduktif. Jika pemeriksaan tidak berupa kecemasan, ia boleh ditangguhkan supaya pemeriksaan seperti sinar X dilakukan pada kemudian hari ketika tiada kemungkinan hamil.

Secara amnya, setiap wanita yang akan menjalani pemeriksaan sinar X akan ditanya tarikh hari pertama kedatangan haid terakhirnya. Keadaan paling bagus untuk menjalani pemeriksaan sinar X terutama pada bahagian pelvis adalah dalam 10 hari dari hari pertama kedatangan haid. Contohnya jika haid bermula pada 1 Ogos, maka tempoh untuk pemeriksaan adalah dari 1 Ogos hinggalah 10 Ogos.

Pada 1984, ICRP (International Commission on Radiological Protection) memberi laporan bahawa terdapat risiko yang amat sedikit terhadap kecacatan janin yang mendapat sinar X pada umur dua minggu pertama, iaitu sebelum tarikh jangkaan bagi haid yang seterusnya. Oleh itu amat penting bagi wanita mengetahui tarikh kedatangan haidnya sebelum pemeriksaan sinar X terutamanya pada bahagian pelvis. Pemeriksaan sinar X lazimnya tidak dilakukan jika seseorang wanita melewati tempoh kedatangan haid yang sepatutnya.

Pada 1993, NRPB (The National Radiological Protection Board) telah menerbitkan keyataan tentang pendedahan sinar X semasa hamil, iaitu:

Bagi kecacatan yang teruk serta kematian janin, terencat akal (mental retardation) pada tahap yang teruk dan penyakit keturunan pada generasi akan datang, didapati bahawa sinar X tidak mempunyai pengaruh yang besar jika dibandingkan dengan kadar kejadian kecacatan di atas secara tabii.

Kesan sinar X sebagai penyebab barah juga tidak jelas. Ada bukti sinar X boleh menyebabkan pertukaran sel barah (carcinogenic mutation). Pertukaran ini tidak menyebabkan pembentukan dan pembesaran janin terjejas tetapi bayi yang dilahirkan mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit barah sebelum berumur 15 tahun. Kadarnya 1 dalam 1300, iaitu dua kali ganda jika dibandingkan dengan kadar populasi yang tidak mempunyai pendedahan sinar X semasa hamil.

Prosedur yang membimbangkan adalah prosedur yang membabitkan dos radiasi yang tinggi seperti CT scan pada abdomen atau pelvis. Oleh itu untuk pemeriksaan yang membabitkan dos radiasi yang tinggi, ia perlu dilakukan dalam 10 hari dari hari pertama kedatangan haid bagi wanita yang berada di alam reproduktif.

Risiko kecacatan pada janin, walaupun pada dos radiasi yang tinggi adalah kecil. Oleh itu, pendedahan sinar X yang tidak disengajakan pada awal kehamilan tidak menjadi sebab untuk menggugurkan kandungan.

Petikan Daripada Berita Harian

Resepiku: Nasi Lemak Paul the Octopus

harini dgn baik hatinye aku bgn pg2 utk buat nasi lemak sambal sotong. Huhu...1st time buat nasi lemak nih..hehe. Sbb selalunye bgn2 pagi..umi dh sediakan. Pastu time single-mingle mmg xdela nk msk sbb nnti mkn sorg2 jer..sape plak nk habiskan. Senang jer rupenyer..

bahan-bahan
@nasi
2 cawab beras
1/2 kotak santan
1 1/2 cawan air
3 hiris halia
5 btg bunga cengkih
daun pandan (sy x masukkan pun sbb x jumpe kt kedai time tu)
sedikit garam

@sambal sotong
2 ulas bwg besar (dikisar)
2 ulas bwg putih (dikisar)
cili kering/cili giling
sotong
1 1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit belacan (kalau suka)
air asam jawa

Jamuan Hari Raya ISTD 2010

pd hr jumaat, 8/10/2010 istd pd julung2 kalinye telah mengadakan majlis Jamuan Hari Raya 2010 secara tertutup. x seperti zaman pemerintahan Dato Syed Hafiz dimana majlis raya akan diadakan bagi setiap department. Rasenyer lg seronok mcm dulu..sbb kami seronok dpt menziarahi kwn2 di department lain.

dsebabkan sy antara committee GC (ISTD Group Ceria), so sy telah mengusulkan potluck bagi setiap section. Utk section kitorg yg menjaga system Sales, kitorg decide utk msk masakan italy ..spaghetti & macaroni bakar.



2 peket spaghetti (20 org makan)

kuah bolognese

bahan-bahan:
3 large prego
4 biji buah tomato
2 biji capsicon dipotong dadu
1 peket sosej
dua sudu besar sos tomato
dua sudu besar sos cili
3 peket ayam kisar (RAMLI)
3 biji bwg besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih di potong dadu
1 keping keju craft single

Trimas to Om & Husna sbb tlng dtg msk skali:)))

terimas shak & kak ra utk marcaroni bakar ni...10q2 :)

terimas boss..utk puding roti & fruit tartlets:). Ni yg x saba2 nk try buat ni...

Sales Section

ISTD

gurlz

photogediks...;p

DJ radio??


om sedang kusyuk bdoa yer.....


fruit tartlets..so tempting!! sedapp sgt...mmg berkobar2 nk test oven baru..hehe

kuih-muih melayu traditional..

Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan jayanye. Disebabkan makanan yg disediakan agak banyak, ISTD telah memanggil user-user utk memeriahkan lg majlis tersebut.

Friday, October 8, 2010

photo shooting II

special pose dari kami slps individual photo shoot...cewahh. Tp tak x tau hasil calendar tu akan jd mcm mane..huhu. Hopefully everything will be ok. Igt senang jer nk pose2 depan profesional camera...rupenye agak ssh la jg. Haii..nmpak gayenyer...klu dh xde talent..mmg xdela. Ape2 pun kitorg mmg enjoyyy sesangt...:)

p/s: terimas boss..pengalaman ini sgt berharga:)

Tuesday, October 5, 2010

percutian di bukit merah, taiping.

Bsempena dgn kenduri apit & abid..kami sempat melepak kt Bukit Merah Lake Town wlpun sehari jer. Happy wedding to Apit & Abid..semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat::wink::wink::

Hotel tpt kami tinggal


swimming pool

Hari sabtu, dlm pukul 2.30..selepas kenduri Apit..kami terus pg check-in kt Suria Apartment. Ptg dlm pukul 4..kitorg btolak ke Kuala Sepetang utk pekena Mee Banjir Udang Mak Jah. Saje jer kami bwk ke Gerai Mak Jah...sbb sy & hubi dh pnh mkn mee udang..tp cap Mak Teh. Tambahan Mee Banjir Mak Jah punyalah glamer. Bagi kami, air buah kt Gerai Mak Jah ni mmg sedap..tp mee udang agak kureng sket. Sy prefer udang yg bersaiz sederhana..seperti di Kedai Mak Teh. Tapi..apa2 pun..rasa kt sini agak boleh tahan la.

Mee Banjir Udang Mak Jah

Mee goreng udang yg dipesan oleh siti om

Pulau Orang Utan:


Cih..penat aku buat aksi akrobatik...die buat tatau jer..huh!

ape tgk2..

bby orang utan yg ditahan di unit ICU dsebabkan x cukup bulan..

Mike yg berusia 28 tahun..


Laketown Teampark:

sunburn x muka i??? Ni gamba lepas mandi. punyelah takut kulit sunburn sbb diz wik rabu ade photo shooting..huhu

Gaya model
syoknyer berendamm...


before visit org utan. Adeena sedang bermesra dgn bibiks...

Adeena & bibiks berijazah..+ pakar multimedia

bgamba sblm pg ke pulau org utan..
Muka Adeena cemehh sbb takut kt hubiku yg hensem bgt..
'huh..tanak tgk uncle!', kate adeena
cian kt hubi..adeena mmg tanak dekat dgn die...takott! takot cermin mata besa kots..

'eh..ape auntie tasha buat tu????'

Eco Park:



Resepiku: Chicken Lasagna


Akhirnya cita2 sy utk msk lasagna tercapai jg. Terima kasih kpd oven baru..barula bersemangat sikit nk msk2:). Resepi chicken lasagna ni sy reka sendiri slps beberape minggu buat research dlm tenet. Alhamdulillah..jadi & licinnnn...smpai hubi ckp tinggal byk ni jer ker?? Hehe..ciannye..xpe..lenkali hney bunny buat lagi oke..

Resepi & bahan2nye sgt la mudahhh..

Sos lasagna:
1. 3 ulas bwg besar/ 2 ulas bwg putih (mesin hancur)
2. 1 sudu besar cili boh
3. separuh bungkus daging ayam hancur (mcm biase..cap RAMLI)
4. sos PREGO or KIMBAL. Mane2 pun buleh...
5. Keju Mozarella
6. 6 kepingan lasagna (Ada setengah org ckp kalau msk pakai oven x payah rebus kepingan lasagna ni...tp sy rebus separuh masak...so dlm oven tu xdela kena baked lame sgt)
7. Cendawan butang
8. sosej dipotong kecil2.
9. butter cup

Cara-cara masak:
  1. Tuang 3 sudu besar minyak jagung/ butter cup. Goreng bwg sampai wangi..kemudian masukkan cili boh td. Goreng smpai naik minyak.
  2. Lepas cili + bawang dh garing..masukkan daging ayam hancur & sosej. Masak sehingga ayam tu ala2 separuh masak.
  3. Kemudian baru la masukkan sos prego. Sekiranya perlu, masukkan garam & gula secukup rase. Bila daging ayam dh betul2 masak..masukkan cendawan butang. Tutup api dlm 5 minit kemudiannya.
  4. Letak sos lasagna td dalam loyang. Masukkan kepingan lasagna yg dh direbus td layer by layer.Setiap satu layer..lapiskan dgn sos lasagna & sedikit cheese mozarella. Kemudian lapiskan lagi dgn kepingan lasagna sehinggalah beberapa lapisan. Akhir sekali..pada lapisan paling atas..masukkan lebihan sos lasagna & tutup dengan cheese byk2.
  5. Baked dlm oven baru selama 25 minit.
  6. Settle....

Thursday, September 30, 2010

Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis?


Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.


Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Faktor Panjang Usia

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Pakar doktor jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.

Hormon Berbicara

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stres dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.

Sunday, September 26, 2010

Waktu yang terbaik untuk berdoa


1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat Kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah Jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zam-zam.