Pages

Thursday, October 14, 2010

Hikmah & Pahala Wanita Hamil

  • Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil
Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

  • Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari
Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

  • Pahala wanita bersalin
Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.

Fadhilat Dhuha


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari segalah (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha : ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha. (Surah lain juga boleh).
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa :


doa dhuhaMaksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).
” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

dhuha”

(HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Waktu Doa Mustajab

doa
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-

- Semasa Lailatul-Qadar.
- Ketika hujan turun.
- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
- Di tengah malam.
- Di antara azan dan iqamah.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

7 Perkara Jangan Lakukan Selepas Makan

• Jangan merokok
Ni lah yang selalunya si perokok buat. Lepas makan je, kena sedut asap.. Kalau boleh, janganlah buat lagi, sebab mengikut pakar, menghisap sebatang rokok selepas makan akan member peluang mendapat kanser lebih tinggi.


• Jangan makan buah-buahan
Ni juga yang selalu majority kita amalkan.. konon macam pencuci mulutlah.. tapi, kalau ikut sunnah Nabi s.a.w, makan buah sebelum makan makanan lain, maka makanan yang dimakan akan mudah hadam. Selain itu, makan buah-buahan selepas hidangan akan membuatkan perut menjadi kembung. Seeloknya makan buah ½ jam atau satu jam sebeleum menjamah hidangan. Cara ini juga dapat mengelakkan kita makan banyak..



• Jangan minum teh
Selain teh, kopi juga sering disajikan untuk dinikmati sebagai alat “pembuka mata” (selalunya lepas makan, orang cakap mengantuk..) Rupanya tak berapa elok kalau ambil teh lepas makan, sebab daunt eh ada asid yang tinggi dan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang diambil sukar untuk dicernakan. (Kopi saya tak sure.. tak dinyatakan pulak..)

• Jangan longgarkan tali pinggang
Adeehh... part ni jarang menjadi.. selalunya sakan siap-siap longgar sebelum makan.. supaya makanan senang nak masuk.. hahhaha.. macam ni ok lah kot kan.. Tapi jangan longgarkan selepas makan, sebab akaan mengakibatkan usus anda memulas.

• Jangan mandi
Kalau nak mandi.. mandi sebelum makan. Mengah-mengah melantak makanan, janganlah pulak dok mandi.. sebab mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah di sekitar perut dan melemahkan system penghadaman dalam perut.


• Jangan berjalan
Perut dah penuh.. kalau kena berjalan tu.. semakin mengah lah jadinya. Berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap pemakanan yang diambil.


• Jangan tidur
Selalunya nilah yang kita akan rasa.. mengantuk dan nak tidur.. kecuali time keja.. kalau lena jugak.. mau kena ligan keliling pejabat dengan bos nanti. Jangan sleep, sebab makanan yang diambil tidak mampu dicerna dengan betul dan boleh mengakibatkan sakit gastrik.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Kelebihan Berselawat


Ya Allah, limpahkanlah sejahtera kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Ya Allah, limpahkanlah keberkahan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Banyak kelebihan yang Allah SWT berikan kepada sesiapa sahaja yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Antaranya :

1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah
2. Ditulis sepuluh kebajikan
3. Dihapuskan sepuluh kesalahan
4. Diangkat sepuluh darjat
5. Memperolehi kesempurnaan iman
6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan
7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh
8. Mendekatkan diri kepada Allah SWT
9. Memperoleh syafaat Nabi SAW
10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi SAW
11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib
14. Terselamat dari kebingungan di hari kiamat
15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16. Terhindar dari kefakiran
17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad SAW
18. Memperolehi keberkatan dalam hidup
19. Terhindar dari orang-orang bakhil
20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT
21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga
22. Menjadi zakat dan pembersih diri
23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat
24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit
25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah
26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati
27. Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi
28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar
29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat
30. Terkabul segala hajat dan cita-cita

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

”Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.


Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.


Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. ”


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Terima kasih Ya Allah, sekiranya Allah tidak menurunkan ujian yg maha berat ini sy mungkin sedang alpa dengan kebahagian & keseronokkan dunia. Sesungguhnya Allah sangat menyayangi sy...sbb mungkin sy sudah semakin hanyut. Semuanya setelah sy dpt apa yang sy impikan dalam kehidupan ini..result yang baik, ijazah, pekerjaan yang baik, suami yang baik, keluarga mertua yg baik, kawan2 yang baik. Sesungguhnya ujian Allah ini merupakan satu hikmah yg sungguh tak ternilai. Walaupun pada mulanya sy seperti org bodoh...& asyik bertanya dlm hati kenapa Allah sampai hati buat sy mcm ni, kenapa bukan org lain..& setiap mlm menangis sehingga berbulan lamanye...smpai sy rase nk saje sy ikut jejak langkah zahin..bdoa untuk tinggalkan saja dunia ini..tinggalkan segalanya, tp tiba2 statement hubi benar2 menyedarkan sy. Kata hubi...kalau sy ikut zahin, bagaimana dgn dirinya? sy terlalu ikutkan perasaan..asyik bersedih sehingga tertidur smpai sy tlupa akan kwujudan dirinya yg sentiasa berada dgn sabarnya disisi sy setiap saat. Lupakah sy..bukan semua perjalanan hidup sy sangat menyedihkan... kebanyakkan merupakan kenangan yg sangat bermakna. Lalu..kesedihan mula reda & sy semakin belajar untuk menerima hakikat ini. Terima kasih hubi...sy syg awk smpai bile2..semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan & perhubungan kami..amiin.

Petua Mencuci Hati

doa
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku
bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan….
3 Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.
4 Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah”
sebanyak 3X.
5.. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku
sebenarnya.. ….(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.”
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!)..
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat
.

Makanan yang melemahkan system imun tubuh


Selalunya kita suka-suka ja makan. Tak pikir masa makan. Dah siap makan, baru lah nak ingat kolestrol la, gatal la, alegik la dan bagai-bagai. Tu selalunya saya lah. Masa nampak suka-suka ja nak try.

Sekarang ni nak makan sangat mudah dan senang. Ambik oder online pun ada, telepon pun ada. Yang penting, makan, suapaya tak mati kebuluran. Kan? hehe.

Makan pun kena lah jugak pilih-pilih. Silap makan, akan makan makanan yang berlemak, dan secara tak langsung akan bagi implikasi yang tak baik kepada tubuh badan. Ni yang saya petik dari magazine Minguan Wanita Bil. 1369. Antara makanan yang boleh melemahkan system imunisasi tubuh adalah :

1. Makanan yang digoreng menggunakan minyak terpakai.

Ni memanglah. Tak elok gunakan minyak yang dipakai banyak kali ni. Nak tau banyak ke tidak, tengok struktur minyak pun dah boleh tahu. Minyak akan menjadi gelap dan likat. Masakan pun jadi tak elok. Ini adalah kerana minyak yang digunakan semula mempunyai radikal bebas yang boleh merosakkan enzim-enzim penting termasuk DNA. Akibatnya tubuh menjadi lemah kerana radang, jangkitan dan juga penyakit degenerative menyerang tubuh.

Minyak terpakai ni berpotensi untuk meningkatkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

Minyak yang baik adalah seperti minyak kacang soya dan minyak jagung. Tapi, nak pastikan ia tak cepat rosak, minyak berkenaan kena lalui proses penstabilan minyak. Tapi, masa proses tu berlaku, struktur kiminya berubah menjadi lemak trans. Kesannya sangat merugikan sebab boleh merosakkan sel tubuh. Kesan lemak trans ni lebih buruk dari lemak jenuh. Biasanya lemak-lemak ni terdapat dalam makanan seperti kerepek kentang, biskut, makanan yang diproses serta makanan segera.

2. Makanan yang mengandungi pengawet.

Kalau bahan pengawet tu dapat membantu kita awet muda, tak pa lah kan? mesti kita makan lagi bersungguh-sungguh. Tapi, bahan pengawet ni dikaitkan sebagai perosak sistem imunisasi tubuh, terutamanya bahan pengawet yang mengandungi nitrat. Jika dimakan, nitrat yang terkandung di dalamnya akan berubah menjadi zat nitrosamine. Zat inilah yang dikatakan penyebab kanser.

kalau menghadiri majlis barbeku, pilihlah makanan yang sesuai. Ini kerana makanan yang masuk dalam perut seperti daging proses, burger, sosej atau apa sahaja makanan yang diproses berkemungkinan tercemar. Hentikan juga tabiat merokok kerana rokok mengandungi nitrat.

3. Makanan mentah

Bukan semua makanan mentah selamat dimakan. Biasanya makanan mentah seperti sushi, tiram dan sebagainya merupakan tempat bacteria dan parasit membiak. Walaupun ia tidak membahayakan tapi, bagi mereka yang sedia mempunyai imunisasi tubuh yang lemah , lebih baik hindari makanan sebegini.

4. Alkohol

Memanglah benda ni tak elok. Kalau yang ketagih ni, tak lama je nampak dah mereng. Apatah lagi kalau sentiasa diambil, dan sebati dalam badan. Ia adalah racun bagi segala racun kepada semua system tubuh manusia. Selain boleh merosakkan system saraf, ia menghalang kemampuan sum-sum tulang untuk melakukan regenerasi sel darah, megosongkan cadangan vitamin B dan boleh menyebarkan racun kepada hati.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Wednesday, October 13, 2010

Rahsia Pergerakan Otot dalam Solat

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat – kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Mengidam Laksam


Dari smlm..mase tgh bace readest dgest tetiber jer teringat laksam yg kyati order mase Jamuan Raye last wiks..terliur..sedap sgt...smpai aku tambah 2 kali..x pernah rase laksam sedap mcm tu kt kl. Klu kt tganu..stakat ni xde sape leh lwn lg laksam cik ngah..nyum2. Nsib baik aritu aku ade usha-usha cara cik ngah buat mee & kuah laksam. Insya'Allah...tau kot. So, hujung minggu ni sy nk bli bahan & try buat laksam. Chaiyokk...bsemangat azirah! So, sy nk try resepi ni yg sy jumpe kt internet...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau