Pages

Sunday, February 6, 2011

Ajaib!,Berjalan Kaki Mudahkan Bersalin

Story ni sy copy-paste dr website http://alkiram.net/salam/2010/06/18/ajaibberjalan-kaki-mudahkan-bersalin/.



Catitan hari ini..saya nak sambung sedikit cerita tentang berjalan kaki pada sambungan entry Berjalan Kaki Menguatkan Tenaga Elektron …Selama berada di bumi Mesir, agak jarang sekali saya habiskan masa dengan menaiki kenderaan atau kenderaan awam kalau perjalanan sejauh lebih 2km atau lebih..saya lebih suka berjalan kaki, bagi masyarakat arab tempatan berjalan kaki ribuan meter benda biasa ..masa mula sampai dulu memanglah nampak macam pelik..tetapi lama-lama macam alah biasa tegal biasa..tambahan plak sikap orang arab nie, kalau kita tanya  satu-satu tempat bagi dia 1 km tu ,cara dia bercerita macam selangkah dua jer..walhal nuh berpeluh jugalah nak sampai…sebab tu kalau berjalan dengan kawan arab saya tak akan tanya dekat atau jauh..tapi lebih suka tanya kat mana tempat yang nk di tuju, sekain-sekian..
Bagi diorang 2/3jam perjalanan dengan berjalan kaki tu biasa sahaja..mereka memang suka berjalan-jalan..mungkin faktor kehidupan mereka yang agak kurang kemampuan..bagi mereka wang  1.00 geneh lebih bernilai , dengan hanya untuk menaiki kenderaan awam yang harganya sama sahaja dekat atau jauh satu-satu perjalanan.
Selain faktor tu, berjalan kaki ini lebih mesra..boleh berbual-bual,  budaya mereka suka memang suka bercakap..ini belum lagi bercakap dalam telefon..adus kalau nak cerita bab berbual memang sure lari tajuk posting punya..
Berjalan kaki ini baik sebenarnya …daripada maklumat yang kita dapat dalam posting yang lepas..berjalan kaki juga amat baik sekali bagi ibu yang mengandung..ini saya praktikan semasa berada di sini sejak anak sulong.Seingat saya selepas check-up 3 hari tarikh dijangka bersalin..doktor masih suruh saya berjalan kaki..ambil angin di waktu malam, berjalan di tepi pantai..memang agak ganjil bila dengarkan ..surelah mak-mak kita kampung leter gila2 punyakan?..selalunya time mengandung ini kaki akan bengkak dan segala urat akan timbulkan..??
So,salah satu sebab kaki bengkak dan urat timbul adalah kerana kurang berjalan..alhamdulilah selama mengandung memang takder perkara2 ini..still ok jer..mungkin ada benar apa yang doktor sini sarankan..selain dari mengelak kaki bengkak…berjalan dengan banyak juga boleh menyenangkan bersalin.. kerana memberi pembukaan pada rongga2 sendi dengan mudah.. saya  amat bersyukur  sebab melahirkan anak dengan mudah ..sakitnya pun tidak lama..hanya mengambil masa sejam dari mula air ketuban pecah..baru saya siapkan diri ke hospital..itupun masih  still berjalan kaki seperti biasa….mudahkan??..mungkin ibu-ibu kat malaysia sana agak hairan..tetapi begitulah cara orang-orang sini time nak lahirkan anak….
Saya juga ada pegalaman melahirkan anak di Malaysia..tetapi pengalaman kt malaysia memang amat perit..bukan perit kerana diri sendiri ,tetapi  dengan cara pihak mengendalikan seorang pesakit wanita yang ingin melahirkan anak..ini amat berbeza sekali dengan negara yang serba kekurangan, mungkin kita  di ajar sifat manja dan terlalu komplikated.
Sewaktu bersalin anak no2 di Malaysia dulu ,saya masih lagi berkeadaan kuat dan mampu lagi berjalan, tetapi tidak di benarkan berjalan hanya minta bertelentang tanpa boleh buat apa-apa, tanpa minum dan makan.. walhal tiada apa2 kes pun..hanya semata anak sulong lahir lebih 4kg normal dan rekodnya berada di sini (Mesir), bukan kerana tertinggal rekod yer!..tetapi memang takder apa2 rekod pun kt sini..hehe..dan masa tu belum tiba lagi waktu dan tarikhnya, hanya ada tanda kesan darah keluar dan pintu rahim terbuka dan mampu untuk melahirkan anak..cuma rasa/sakit nak bersalin tu jer takdak..so, nak beranak camner??…Doktor pun hairan kenapa pintu rahim  sudah terbuka dan mampu untuk melahirkan baby..tetapi belum rasa sakit.. di fikiran saya masa tu mungkin faktor banyak berjalan kaki kot..
So, dalam kes saya tak adillah  semata nak tunggu sakit dulu..tanpa diberi makan apa2….Alhamdulilahlah saya memang dibekal dengan kekuatan diri dan semangat dalaman…bayangkana tidak makan hampir sehari../alasan doktor untuk operate , kalau masih tidak sakit..sebab terlalu lapar  hanya bekalkan doa saja supaya anak cepat2 keluar…tetiba dalam setengah jam bertarung sakit dan terus deliver…Jadi dalam hal ini doktor lebih komplikated pilihannya dari takdir Allah .Maka berletihlah kita bertarung ,dalam hal tidak makan sedikit pun…
Oklah kita biarkan saja cerita itu mungkin pengalaman orang lain dan tempat kita bersalin tidak sama..tidak kiralah hospital swasta kerajaan first class atau apa-apa class pun..bagi saya yang penting sekali adalah persediaan awal kita yang tenang, relax ,santai dan bersedia untuk menerima orang baru yang kita kandung..
Alhamdulilah saya melahirkan 5 orang anak-anak  permata kilauan hati…dengan mudah sekali…faktor berjalan kaki dalam keadaan yang sarat 8 bulan, 2/3 hari lagi nak bersalin..saya jadikan amalan sejak nasihat doktor mengandung anak sulong..mula2 dulu agak hairan jg tengok arab relax jer walaupun tengah sarat ke supermarket baru nak beli barang baby..dan pernah saya tengok “Ablah” (kakak) arab  tengah memilih barang baby..tetiba sakit nak bersalin..dengan mata sendiri saya tengok air ketubannya pecah..nasib baik hospitalnya sebelah supermarket saja..alhamdulillah..terperanjatkan???.. tu  biasa saja….lagi terperanjatnya saya..tak sampai 1 jam , hatta bus yang saya tunggu pun tak sampai lagi..saya tengok akak tu dengan selamba berjalan (ala-ala orang sakitlah) dengan berseluar jeans dan bermake-up tebal bersama hubby dia tahan taxi bawa balik baby..haha..kelakarkan???…gitulah cerita ni bukan perkara biasa pun kat sini..dan saya sendiri pun punya pengalaman yang sama….Inilah serba sedikit pengalaman dari cerita berjalan kaki.
Mudah, relax, santai ..itulah antara perkara utama yang perlu selain kita ada sedikit bekalan untuk menjadi orang tenang dan berjati diri dalam menghadapi kesakitan normal….tidak terlalu menjerit2, bersedia dengan tenang.Kehidupan  di sini memang banyak mengajar a lebih banyak hidup dengan jati diri yang kuat, walaupun kurang dari faktor kemudahn peralatan tetapi kaya dengan semangat , kasih sayang , toleransi dan spritual tinggi..InsyaAllah bekesempatan saya cerita tentang pengalaman dan petua2 sebelum tiba saat bersalin.

No comments: